Saya teramat sibuk mengurus laman web. Juga tengah berusaha mmbuat anjakan paradigma. Kesibukan mebasuh dan mengurus pakaian suami baru pulang bbrp hari lalu.
Utk sesiapa yg tidak jemu. :))
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Seorang yang biasa-biasa seperti saya, tidak pandai menghuraikan. Tetapi ada mendengar di TV9, ada seorang motivator yang mghuraikan teknik berkomunikasi dgn anak remaja. Di samping mnceritakan, ada ibubapa yg mengeluh di hadapannya.
" Saya dan isteri dari keluarga baik-baik, kami tak tinggal solat, selalu solat malam, dan mndoakan anak kami tetapi anak kami mnjadi orang tak mndengar kata dan mmbuat hubungan luar nikah sehingga mengandung "
Begitulah lebih kurang kata-katanya.
" Bersyukurlah"
"Kenapa kami kena bersyukur sedangkan anak kami berbuat dosa dan menyakiti hati kami?"
"Allah telah berjanji, Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu. Bersyukurlah dalam keadaan nikmat dan musibah. Janji Allah itu pasti. Mungkin dgn izinNya, hidup anak ini akan lebih sempurna kelak."
Saya trkedu. Begitu rupanya huraian ayat ini.
Bagaimana pula dgn orang yang berniaga tapi tidak kaya-kaya, atau orang yg bekerja tetapi tidak cukup?
Bila mahu berbuat baik?
"Kenapa mahu brkira sgt dgn saudara-mara yang sudah uzur walaupun anaknya kaya, berkira dgn adik-adik yang sudah bekerja tetapi baru memulakan hidup, berkira dgn anak-anak kecil yang bapanya berharta? "
Bukankah mereka juga memerlukan. Perhatian..
Berkongsi itu nikmat. Nikmat persahabatan, nikmat perhubungan, dan nikmat yang bukan sedekah semata-mata kerana menunjukkan kita ini ada. Nikmat bila memberi dan menerima.
Bagaimana jika harta kita dirampas orang, mampukah kita redha?
Kenapa kita selalu rasa kita orang susah, sedangkan orang susah pun manis mukanya semasa mmberi makan orang.
Kekayaan itu adalah pada Hati...
Maka jadilah orang seperti itu!

buat baik slalu..insyaAllah ada ganjarannye..
ReplyDeletesalam kunang-kunang,
ReplyDeleteya, benar kak. :)