Salam sejahtera,
Sajer nak update menu. Geram pulak bila tengok menu teman2. Sedangkan saya, masih malas nak main masak-masak. Aduh, ntah kenapa saya ni. Segan nak BW bila tengok menu teman2 yang menggoncangkan perut saya nih!
Menu yang lepas2. Resipi dah ada dalam list MENU, kecuali kari ikan bawal tu. Tak susah pun. Sedap pulak pada tekak kami ni. Aci tak kalau kari tanpa santan dan 4 sekawan? :)) Sajer tak mahu bau rempah lebih sangat. Kari pula guna kari daging. Bahan utama ikan bawal. Yumm... asalkan ikan bawal tu masih fresh. ;)
KARI IKAN BAWAL TANPA SANTAN
3 ulas Bawang merah - dihiris nipis
1-2 ulas Bawang putih -dihiris nipis
1 inci Halia -dihiris.
Air asam jawa
1 sdb serbuk kari daging - (dicairkan dengan sedikit air)
Air secukup ikan
Garam
1. Tumis bawang, halia sehingga naik bau.
2. Masukkan pes kari tadi.
3. Tuang air asam jawa dan air secukup untuk memasak ikan saja. Tambah garam. Biar air mendidih.
4. Masukkan ikan perlahan-lahan Gaulkan sekejap bagi rata. Tutup kuali. Biar ikan masak.
5. Balikkan ikan supaya masak sekata. Tambah air jika nak lebihkan kuah. Rasa manis ikan sudah cukup, tak perlu tambah perasa atau gula.
6. Tutup api, dan angkat perlahan. Hidangkan.
BUTTON MUSHROOM OMELETTE
UDANG GORENG BERSOS TIRAM DENGAN KACANG BUNCIS
MEE GORENG
salam indah....amboi..banyaknya menu..sedap2 lak tu, rajinnya indah...
ReplyDeleteadusss..terasa lapar di malam2 hari ni nur..kalau nur jiran akak, wajib kena bg org sebelah tau hahaha
ReplyDelete@mas: salam kak mas, itu menu2 dalam rajin dan malas kak. hikhik...
ReplyDelete@catlina: salam kak catlina, er... Boleh jer. tapi tunggu menu baru dulu. ikiki..
lama tak jenguk ni, maaflah sbb sibuk pindah ni..
ReplyDeleteSalam che Mid,
ReplyDeleteTakpe.. moga che mid sekeluarga gembira di tempat baru. :)