Tak comey.... tapi sodap! Taugeh takde.. kucai pun takde. Telur tu bagi 1/2 masak jer. heheh..
Salam sejahtera,
Pagi ni, saya masakkan Kue teow untuk my hubby. Dia kerja separuh hari. Bekerja di hari cuti umum camni lagi 'double triple gaji' katanya. Saya tidak kisah, sebab kalu dia tak cuti hari cuti umum, dia sentiasa berusaha mengambil cuti hari biasa. Katanya cuti di 'hari biasa' banyak urusan dapat diselesaikan katanya. Pulak.. bila nak rehat? Sometimes, saya goda dia supaya dok kat rumah diam2... hehehe...
Selingan : Selamat menyambut Krismas untuk semua yang beragama kristian. Dan seperti kata-kata di dalam saifulislam.com, kami kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary, orang yang sama iaitu Maryam dan Isa. Namun Risalah Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya kepada mencintai sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]
Terima kasih kepada ustaz Hasrizal kerana membuka mata saya agar memukul sama rata dalam konsep berdakwah. Iaitu, kasih-sayang dan saling memurnikan.
Masuk balik cerita saya. Apa saya nak tunjuk ya?
Kue Teow ni paaaling senang. Guna sos char kue teow segera, jenama Syah flavour. Kami beli kat Food Festival 1 malaysia kat PWTC haritu. Ternampak bannernya waktu belikan tiket bas. Ada pertandingan masak-memasak. My hubby cakap, jomlah.. kalu nak tengok. :D
Saya beli botol kecik. Ada resipi yang disertakan bersama sos ni iaitu char kue teow basah, atau kering. Boleh juga digunakan untuk masakan sayur, dll. Macam sos kicap berperisa la... http://www.shahflavor.blogspot.com/. Hensem wooo chefnya. ;)
Cara masak saya: Senang jer. Tumiskan setengah sudu cili kisar, masukkan segenggam kue teow. Pastu kacau sebati. Pastu boleh masuk taugeh/kucai. Kacau. Masukkan sos ni secukup rasa (sos dah masin), saya tambah air sebab nak basah. Akhir skali, baru masuk sebijik telur. Buka api besar, kacau satu arah. Angkat dan hidangkan.Telur separa masak jer. Sedap!
Berbalik pada festival food 1 malaysia kat pwtc. Masuk jer... 90% chinese dengan banner 'non halal' besar2 (bahagian street food). India tak nampak, Melayu ada beberapa booth termasuk booth sos char kue teow tu. Tak tau mana 1 malaysia. Booth alatan masak pun banyak, coway la, blender la, buffalo, bowl mixer industri, juga makanan dan minuman paket yang biasa kita dengar. Pulak kat gerai street food, takde makanan chinese yang halal. Tekak ni teringin gak nak makan Dim Sum ker, dan aneka makanan bangsa lain yang jarang kita makan kat kedai kan? Vadei pun tak nampak. Tak adil la... buat saya terliur jer... heheheh.
Pertandingan masak-masak tu anjuran Lee Kum Kee. Produk Lee Kum Kee ni pun, ada sosnya yang cop halal. Saya pernah beli sos hoisin, ada cop halal dari Islamic China Association. Kalau tak silap, beli masa nak masak terung sos hoisin. Begitu juga Kicap Cair. Skrang payah betul cari kicap cair produk malaysia. Jadi, saya nampak kicapnya ada cop halal berani la beli.
Gambar di bawah ni bukan dari pertandingan, tapi pameran restoran2 cina . Kan orang cina suka makan seafood. Pergh! Terliur betul. Orang cina ni kan, kalu masak masakan restoran, sebijik yang kita tengok dalam cerita chef2 kat tv tu. Ada, kan... yang cerita pertandingan memasak restoran-restoran tu.... Klik la untuk view besar. Gambar ni semua my hubby yang amik, guna hanset. Er.... geram tengok ketam ngan udang kara gedabak! Saya ada sentuh kuah ketam tu... ingatkan plastik jer. Rupanya lembik, er.... masakan betul rupanya. heheh...
Gambar-gambar di bawah ni pula, yang masuk pertandingan tu... termasuk sesi memasak chef kat luar. Nampak comel chef2 ni pakai topi tinggi. ;)
Adeh banyak betul gambar kena edit harini... Nak rehat skejap. Cari mood. Mana tah mood ni hilang. Nak masak lunch pulak. Walaupun tadi my hubby kata tak balik lunch, kena prepare juga. Slalu tiba2 dia muncul kat pintu. Nak jemur baju dalam rumah, tengah2 ujan ni, lagi.. nak kemas bilik tetamu sebab adik Nuyu akan tido sini next week sampai balik maktab. Pastu.. pastu.... ish, macamla sibuk sangat! :D
salam indah, k.mas suka sangat koewtiaw...sedappnya...
ReplyDeletetu la, org cina ni memang berseni dlm masakan.....cantik betul tengok gmbr2 tu..
Hi Nur...simple but irresistible kway teow! Teringin plak nak makan! hehehe ;)
ReplyDeleteI just love to see the Chinese make up their food...mmg artistic kan..
Nice pics :)
@mas:
ReplyDeletesalam kak mas,
Saya pun kagum... rasa nak cuit2 jer setiap pinggan. hikhik..
@love2cook:
Hi sis Love,
ya, artistic! Geram tau .. hihi