Salam kasih buat teman2 yang menziarah di sini.
Rindu kat dapur, rindu kat orang-orang dapo...hehehe.
Happy birthday to ika, arah pada 17hb yang lalu. Masih kuingat, kembar tak sama mak bapak kan? :)
Tiba-tiba rasa malu-malu kucing pulak masuk dapur online sendiri.. nampak sangat berabuk. HAAA CHUH!
Saya adakala melihat perkembangan teman-teman blogger yg lain. Alhamdulillah, macam2 perkembangan terbaru. Saya juga yg ketinggalan, masih di takuk ini.
Hubby? :) Alhamdulillah, dah pandai merasa makanan macam-macam. Tp saya belajar hidang styling skit. Kenalah tambah serving dish baru...hakhak... ;)
Nota hati:
Macam-macam yg jadi... kadang2 tak terlarat nak think positive dah.
Apabila orang menyangka saya begitu, saya biarkan saja.. fikiran orang, kan? Kita tak boleh judge benda dikatakan di hati. Suuzzon, tuh. Dosa pun Allah tak kira lagi.
Cuma bila orang cakap, barulah kita jelas apa dlm hati dan fikiran. Dosa dah mula count dah...
Bila berkaitan dgn orang2 sekeliling kita, yang terdekat kita...kita jadi emosi terlebih walau sepatah kata. Hilang dah segala positive thinking tu. Cuma rasa nak bagi penjelasan 'berlembar-lembar kertas kajang'.
Padahal just kena cakap satu ayat je, "I'm not like that lah!". Rupa-rupanya....dia memang sengaja nak mencari salah kita. Apa puncanya?
Berkurun-kurun ( saya terasa begitu lah ;), hari bertukar hari, minggu bertukar minggu, saya berkurung dlm gelora perasaan.
Barangkali, bila sangat sayangkan seseorang....kita takkan mudah nak lihat buruk atau rasa curiga pada dia. Itu saja. Barangkali, dah hilang kasihnya kepada kita...
Rasa cinta dan kasih itu milik Allah. Seperti besarnya kasih ibu terhadap anak-anak...besar lagi kasih Allah. Adakala kita dikurniakan sesuatu yang oranglain tak dapat, dan kita takut kehilangannya.
Kita ada parents, oranglain tak ada.
Kita ada anak, oranglain tak ada.
Kita ada pasangan, oranglain belum dapat.
Konsep saya mudah.... bersyukur saja. Cuma adakala kita diuji dgn rasa syukur itu...adakah kita benar2 ikhlas bersyukur?
Dalam hidup, ini bukan mudah nak dapat trust orang. Saya di kalangan orang yg kena bersusah payah utk mndapatkan sesuatu, kena struggle lebih kuat. Tetapi saya susah nak melawan...lebih suka beralah. Tetapi dalam tahun kebelakangan, lain jadinya. Bila teruji... susah nak gambarkan camana.
Kadang kala, kita perlu mempertahankan sesuatu, right?
Banyak betul benda di luar kebiasaan yg perlu saya biasakan diri....
Moga kita wanita mndapat bimbingan yg bagus. Jangan mengharap bimbingan dari kaum lelaki saja, sebab kita yg kena 'bergerak' . Nak berkawan, carilah kawan yang ada pandangan yg baik, bukan memecah belahkan. Yg agamanya baik, dan akhlaknya baik. Ustaz yg pesan tu.
Lebih2nya, bukan yg selalu cakap 'yes' dgn segala apa yg kita buat. Berkawan dgn suami, kena hormat suami. Berkawan dgn ipar, kena tahu hormat yg senior. Berkawan dgn mertua, harus tahu memujuk hati. Perhubungan dgn keluarga kandung pun...jangan dikerat kerana salah sangka.
Cabaran terbesar ialah diri sendiri.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah..lamanya menyepi.rindu tulisan2 indah..selamat kembali ke arena online..teruskan menulis (^_^)
ReplyDeletesemoga yang baik2 sahaja buatmu.
hidup yang diuji memang tertulis begitu begini..
ReplyDeletesabar ya kawan.. sesudah gundah pasti ada tawa.. sabar itu INDAH~
waalaikum salam teacher,
ReplyDeletetengah bermasalah internet juga ni. pun kehilangan kata2.. :)
Moga teacher terus cemerlang dalam kerjaya dan keluarga. Salam rindu juga buat teacher ;)
Salam sahabat,
ReplyDeleteYg teruji ialah diri kita, YG MAHA MENGUJI lebih tahu apa yg terbaik. harap-harap persahabatan kita sentiasa indah ;)
terima kasih atas ucapan beday, shidah :)