Saya tidak menangis.
Saya ucapkan begitu.
Sejak akhir-akhir menjelang Ramadhan ini, saya kerap berasa hiba bila teringatkan keluarga.
Bila saya berkecil hati, saya tetap husnuzzon pada orang itu. Bila saya 'jatuh', saya bersangka baik pada Allah.
Pengalaman mengajar saya begitu.
Mungkin perubahan usia mahukan saya bersikap begitu.
Saya tidak lelah menahan rasa pahit, manis, tawar, gula-gula atau pelangi sementara di rantau orang. Kerana saya percaya di mana muka bumi Tuhan, kita adalah sama...
Dahulu saya amat merendah diri dgn oranglain kerana memikirkan Ma Abah saya tersangat merendah diri orangnya, tersangat memikirkan nasib oranglain LEBIH BAIK dari keluarga kami, memikirkan oranglain lebih bagus dari kami.
Namun apabila saya keluar dan melihat keluarga oranglain,
Saya lihat semuanya hampir sama.
Kejadian hampir sama.
Masalah keluarga mereka pun sama...
Saya melihat keluarga oranglain pun ada yang bercerai-berai. Ada yg bermasam muka kerana tanah, ada yg keluarganya berlapis-lapis kerana dari isteri lain-lain, ada yang sudah tidak rapat hubungan kerana kurang menziarah satu sama lain..
Rupa-rupanya, bukan keluarga saya saja yg ada jadi begitu. Keluarga oranglain pun mempunyai kisah di sebalik setiap senyum tawa mereka.
Kita semua sama saja di sisi Allah. Kisah keluarga kita juga tidak banyak beza dengan kisah keluarga oranglain. Kenapa harus berasa rendah diri?
Oh! Saya tidak menangis,
Saya tidak mahu bebankan hati Ma Abah.
Saya hanya ingin kata saya sayangkan Ma Abah meskipun saya AMAT susah menyatakan.
Anakmu ini sendirian di rantau orang.
Anakmu berjiwa tabah, mengikut kata dan berkorban demi menyatakan bahawa daku zuriat daripada ibubapa yg baik. Yang pandai mengalah dalam segala hal.
Kerana itu, saya tidak menangis.
Oh, maafkan saya menjelang ramadhan ini dgn kisah sedih.
Doakan hati saya gembira...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
saya pun hampir give up di tempat orang kerana sudah selesa di tempat sendiri.. sehingga saya mengalami stress yang teruk
ReplyDeletetapi demi anak2 dan keluarga saya saya belajar jadi tabah..
salam kenal dan follow sini
jgn la sedih sis..
ReplyDeleteindah,
ReplyDeletesmg lebih tabah mghadapi apa jua mendatang"
Allah syg kita lalu Allah memberi kita ujian bwh kemampuan kita.
take care dik
salam ramadhan!
Salam Saleha,
ReplyDeletekadang-kadang rasa down sangat.
Ya, kita mesti bertabah. Thanks Saleha. salam kenal kembali :)
Salam cinta untuk kita,
ReplyDeleteTak, tak sedih dah.. :))
Salam kak Lyyn,
ReplyDeleteInsya Allah,
selagi kita tak berputus harap, Allah masih memegang kita..
take care kembali kak. Thanks :))
p/s: saya dah padam yg berulang. blogger hang tadi kan? :)