Salam sejahtera,
Masih sibuk dgn persiapan pindah memindah. Rumah baru dekat jer, kami angkut sedikit2. :) But, pertama sekali, saya mintak suami pasangkan rak kayu dahulu. Saya tak nak serabut kat lantai.
Dalam proses perpindahan inilah saya banyak kenal kelemahan saya. Sebab itulah, saya risau nak mitak tolong orang, sebab nanti orang akan J.U.D.G.E (menilai) diri saya. Yalah, semua kerja organize ni, kerja Suri. Sayalah tu... Bukanlah takmahu dengar komen, tetapi kita pun ada rasa malu dan segan juga. Dah namanya isteri, hatta Mama tegur pun, saya dah rasa malu.... apatah lagi oranglain yang tegur, ya dak?
Jadi, saya belajar sesuatu untuk organize (menyusun) semua ni.
Dulu saya pernah tengok satu rancangan realiti bab kahwin ni. Masa temubual dengan pasangan tu,juri bertanyala pada bakal suami tu, " Kalau isteri bertanya pasal haidh dan mandi wajib pada suami, apa kamu nak jawab?"
Bakal suami tu terus cakap, " Kat sekolah dulu cikgu tak ajar ke?
huhuhu.....
Wanita sebagai Suri, harus berdikari..berdikari.. sambil buat kerjarumah dok ulang cakap macam tu. Errr... mesti berzikir juga macam Siti Fatimah RA spy dimudahkan kerja.
Saya dulu-dulu fikir, suami harus tenang menunjuk-ajar, tetapi sebaliknya rata-rata lelaki suka ambil jalan mudah. Dia fikir wanita MESTI TAHU semua perkara.... dan pandai urus masa.
Tapi saya tak mahu judge semua lelaki macam tu. Ada juga yang jenis family man, ringan tulang. Ada juga yang tak berkira sangat-sangat.Ada juga yang memang suka buat kerja rumah macam chef lelaki tu, kan?
My hubby pun, dah kira baik pada mata saya, Alhamdulillah.. :))
Kredibiliti isteri di hadapan suami sering dibayangi kelemahan isteri dalam hal-hal rumahtangga, sprt tak reti nak jahit langsir, tak reti nak masak untuk ramai orang, tak reti nak jahit baju sendiri... huhu. Saya pernah rasa.
Sebenarnya, TIADA skop kerja yang khusus dalam rumahtangga, setiap pasangan ada kepandaian tersendiri. Yang penting, dua-dua kena gerak pantas, supaya sama-sama rasa adil dalam tanggungjawab rumahtangga , juga supaya rasa seimbang.
Saya pernah baca satu cerpen, katanya " Dia memang seorang wanita yang banyak kelemahan, tetapi keinginannnya untuk memperbaiki diri itulah yang meruntun hati lelakiku... " Katanya.
Saya selalu belajar sesuatu senyap-senyap, taknak heboh-heboh, sebab kadang-kadang si suami suka ngusik-ngusik seolah-olah kita hangat-hangat tahi ayam. :) Cuma yang masalah, bila part kena buat kerja tu bersama, aih! Payah nak kerjasama bila ada 2 kepala. Tapi saya bagitaula,
" Idea tu bukan dari saya. Saya pun belajar kat internet." Pastu suami terus slow.. hehe..
Oh....
Saya nak link beberapa web yang bagus.
http://www.instructables.com/ - banyak DIY step by step kat situ..
http://pinterest.com/dhuls/home-decor/ - banyak gambar cantik, pilih jer...
http://www.designsponge.com/ - DIY banyak. kebanyakan link ke blog yang empunya. Bagus..
Saya tambah: http://organizedhome.com/get-organized/moving-on-tips-organized-move - untuk orang pindah memindah. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment