Dah bincang dgn family nak tetapkan goal Ramadhan tahun ini?
Saya sendiri, suami sangat sibuk. Ada kawannya minta tolong siapkan projek lagi. Kilang dah tak cukup main power, jadi banyak kena stay-back sampai malam kat kilang. Entah ada peluang untuk berbincang-bincang nak isi Ramadhan Planner kami...
'___'
Takpe. It's all up to me.
Yang penting, he wants to talk dan bagi kerjasama.
Saya kan, Suri.. Seorang Suri mesti kebal dgn halangan sprt ini.
Hari ini, hari terakhir untuk preparation Ramadhan. 29 Syaaban dah. Saya ada nampak checklist kak Lyyn,littlehumblelyyn kelmarin, teringin nak buat juga.
✔ Last minute checklist for Ramadhan:
☐ Print - Ramadhan Planner, Menu Planner, jadual imsak dan berbuka (maghrib) mengikut kawasan yg biasa kita singgah (saiz besar utk family).
- Tambah Jadual imsak dan berbuka dalam saiz poket, senang nak masuk dalam handbag.
- Ambik masa 10-15 minutes berbincang dgn ahli family utk tahu menu yg mereka inginkan, dan tetapkan target ramadhan tahun ini.
☐ Print atau sediakan aktiviti untuk anak-anak kecil supaya kita tenang dgn persiapan berbuka nak solat sunat, dsbg -
colouring e-book Fatimah's First Fasting Day : http://www.mini-mumin.com/RK2.html
Blog Aktiviti kanak-kanak :
http://umamahlearningacademy.blogspot.com/2011/07/ramadan-plan-for-age-2-5.html
http://rplanfamily.wordpress.com/
Child friendly Ramadhan. Sumber: facebook (klik new tab utk view besar)
☐ Start beli stok bahan bahan masak dan bahan-bahan dapur yg lain - hari ni atau besok. Biar special sikit hari pertama puasa.
☐ Prepare apa-apa makanan yang kita boleh frozenkan. Ambil masa sehari dua buat tu, kita dah boleh jimatkan masa utk sediakan menu berbuka atau sahur. Mana tau kurang sihat ke, tersangat sibuk ke.
☐ Kerap ada jemputan berbuka atau berbuka di masjid? Pastikan Menu Planner kita dibuat 2 minggu dahulu. Kemudian top up nanti mengikut keperluan.
☐ Google - Jangan lupa google maps masjid terdekat dengan tempat jemputan berbuka utk singgah solat terawikh dan Isyak. Sebaiknya makan berbuka jangan sehingga Isyak.
☐ Dah beli sedikit2 persiapan hari Raya? Kalau belum, tetapkan tarikh yg sesuai, dan ukur siap-siap measurements, colour dsbg.
☐ Ops, ada yang nak cat atau deko baru untuk rumah ke? Catat budget sekian-sekian. :)
☐ Ada sesiapa rajin buat dan pos kad Salam Ramadhan dan Hari Raya tahun ni? Saya pun dah lama tak gantung kad . :)
☐ Bagi yang berniaga, pastikan Ramadhan kita hanya menerima order dan menghantar order.
☐ Ada plan volunteer untuk kejiranan? Kalau ada, catat tarikhnya. Tahun ini pun, apartment kami nak sediakan moreh setiap Sabtu. Insya Allah, akan sediakan sedikit juadah.
☐ Bakul Ramadhan - Masukan semua keperluan Ramadhan yg kecil sprt kurma, buku nota, buku cerita utk Ramadhan story pada anak-anak, payung, skaf, gula-gula, etc.
☐ Hanger Ramadhan - Saya kata hanger sebab kita nak asingkan baju-baju utk ke surau dan masjid.
☐ Blogger - catat isu atau info, nama masakan yang kita nak post. Jadi, kita dapat hint apa yang nak ditulis atau dicatat.
☐
☐
☐
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment