Salam sejahtera, salam Ramadhan,
Alhamdulillah, kita mula berpuasa. Macam mimpi pulak rasanya. Ramadhan ni, bentuk spiritual. Ia tak nampak, tetapi gelora... seronok.. auranya terasa. Macam tiba-tiba birthday kita tiba.... camtulah rasanya lebih kurang. Cantik betul tahun ni, kita solat terawikh selepas Isyak hari Jumaat, dan mula berpuasa hari ini, hari Sabtu, hujung minggu.
Jadi takde can nak ngelat kata penat berpuasa, ya, bagi anak-anak yg baru belajar berpuasa. :D
Tapi kita orang dewasa ni pun satu, hujung minggu gini, mudah terasa nak makan. Jangan pulak tiba-tiba tersinggah restoran mamak, order roti canai dan teh tarik lak. haha...
(Kami pun nyaris nak terminum :) Dugaan juga berpuasa sepanjang hari di rumah. :)
Oh, saya sediakan sahur dari jam 4 am. Tetapi biasalah, dah lama tak bangun seawal itu, jadi blur pulak pagi-pagi. Kami makan sahur pukul 5 am. Lepas makan dan rehat, rasa macam suntuk sangat masa, rasa nak gi surau je.. Tapi Hubby nak juga gi masjid. (dia ada pengalaman banyak kali, pergi Surau dekat rumah masa subuh terpaksa berimam 2-3 org dgn bilal jer :) Mungkin kita lebih seronok bila tengok ramai jemaah... Tapi rasanya bulan puasa ni, orang rajin nak gi surau pagi-pagi :)
Rasanya esok-esok jadual sahur kami kena pada 4.30 - 4.45am.
Sebab kalau nak jemaah kat surau, memangla dekat sangat . Tapi nak berjemaah kat masjid time hujung minggu, jarak masjid berkilometer, dalam 15 minit baru sampai. Tolak tambah masa, makan campur nak kejar saf pertama waktu subuh... memang kena awalkan sikit sahur. Tahun ni, masjid pun buat qiyamullail dan sponsor sahur setiap hujung minggu. Seronok juga, kan? Nak kena arrange jadual ni..
Insya Allah, ada hal juga hari ini. Nak ambil phone hubby yg kena repair kat samsung lowyat, sepanjang minggu hubby guna phone saya. Nak beli barang dapur kat NSK lagi, nak jumpa kontraktor tanya-tanya progress reno rumah, nak jumpa my adik Siti kat midvalley yg selalu jarang dapat bertemu.
Teringin nak ucapkan salam kepada seluruh teman blogger, tetapi Insya Allah, Insya Allah bila berpeluang nanti. Kita selesaikan hal yg patut-patut dulu...
:)
Moga dilimpahi Rahmat dan keberkatan Ramadhan... Moga kita semua sebagai suri, isteri dan ibu, berjaya melaluinya dan mendapat keredhaan dari ibubapa... amin..
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
SALAM RAMADHAN & BERKENALAN
ReplyDeleteSAYA ORG BARU DALM DUNIA BLOGER, PLZZ SUPPORT ME & FOLLOW ME THERE .. TQ YA!!
http://rayyanrizqie.blogspot.com/
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat Nurindah. moga bulan Ramadan dpt dijalani sebaiknya. kat Msia subuh lambat...boleh sahur lewat. akk kul 3 pg dah selesai sahur sbb subuh awal 3.26pg....
ReplyDeleteSalam ramadhan Nur..selamat berpuasa semoga kita semua mendapat rahmat dariNya..insyaAllah:)
ReplyDeleteSalam ramadhan al mubarak Nur,lama akak tak singgah sini akak pun sama minta ampun n aaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan di alam maya ni
ReplyDeleteRamadan Kareem,
ReplyDeleteSemoga kita naik kelas di Madrasah Ramadan kali ini.
Salam Ramadhan yuyun,
ReplyDelete:) Selamat datang! Insya Allah, akak ke sana..
Salam Ramadhan mamasya,
ReplyDeleteWah.. pukul 3 kak? Harap mamasya dapat lalui Ramadhan di mesir dgn lancar, amin.
Salam ramadhan kak nieza,
ReplyDeleteInsya Allah, moga kita dapat tekun beribadah dan merebut RahmatNya :)
Salam Ramadhan kak,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ramadhan ialah masa pertautan ukhuwwah. Selamat berpuasa kak. Saya juga memohon maaf atas apa jua kesalahan.
Salam Ramadhan makbonda,
ReplyDeleteOh.. nak naik kelas makbonda? Saya pun nak ikut! Insya Allah, lebih baik dr sebelumnya. Doakan saya istiqamah ya ;)