Cuti 2 hari yang lalu, kami bersama-sama menghadiri Solat sunat tasbih di malam tahun baru, bersama T.G.Syeikh Nuruddin di masjid Shah Alam. Bersama suami, mak, ayah, juga adik ipar.
Di dalam kawasan sebesar itu, terasa sempit pula dengan ramai orang. Solat sunat tasbih secara berjemaah bermula dari selepas maghrib. Kami tiba di waktu maghrib dan lekas-lekas masuk Saf. Dan saya, terpisah pula dari my MIL. Waktu itu, saya terasa pula berada di padang mahsyar... huhu. Semua terpisah, dah tak tahu di mana. Maka saya mengambil kisah Nabi Muhammad SAW yang sering bergurau senda bersama keluarganya, dan bila tiba waktu azan Rasululah SAW sudah seperti tidak mengenal keluarganya jua keluarganya tidak mengenal baginda, kerana menyahut panggilan Allah, Hayya Alas Solah!
Alhamdulillah, saya mencelah ke hadapan di kalangan Muslimat yg mgkin ada urusan lain untuk keluar dari saf selepas maghrib. Jadi, dapatlah Saf kedua. Dapatlah lihat tuan guru dgn jelas sikit. :)
Menurut Syeikh, Solat sunat tasbih, khasiatnya untuk memohon keampunan pada Allah. Dan lebih berkat di Malam Tahun Baru yang mana saat seluruh dunia orang menyambut tahun baru dengan hiburan, dan perkara melalaikan...
Saya akui, pergi dalam keadaan lupa untuk semak cara solat sunat tasbih. Meskipun pernah buat, ia suatu yg kita tak selalu buat. Syukurlah Syeikh bagitau secara ringkas caranya. Dan semasa solat, saya jelas mendengar di mana saat beliau baca tasbih, tahmid, takbir tu, dan sempatlah saya habiskan bilangan tasbih saya . Solat ini dibuat 4 rakaat dengan 2 salam. Kemudian, kami mengalunkan zikir yang sedap-sedap bunyinya.... lepas tu ramai yg tersedu-sedu dan menitikkan airmata. Kata Syeikh, di masjid, kita mudah rasa terharu kerana kita berada bersama malaikat dan malaikat telah menyentuh kita, sebab itu, kita terharu...
Saya... pejamkan mata rapat-rapat masa alunan zikir tu, sebab kadang2 nampak budak2 atau orang berjalan di saf lelaki. Akhirnya, saya mampu juga menitiskan airmata, dan saya menangis semahu-mahunya. Alangkah kerasnya hati ini... Allah..
LOVE AND MERCY
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you love and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought."
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Surah AR-RUUM - Ayat:21
Dengar Ayat ini di sini: http://www.alquran-melayu.com/30-ar-rum/
New From Him - nayzak
http://nayzak.deviantart.com/art/Love-and-Mercy-275840601?q=gallery%3Anayzak&qo=3
AND
HOW TO DRAW HIJAB MANGA STYLE

No comments:
Post a Comment