Salam sejahtera,
Alhamdulillah, 'marathon' dah selesai. Itulah yg saya katakan pada adik saya, Nuru. Adik bongsu saya. Sepanjang hari kelmarin, saya bawa adik masuk kuliah sekali. Dia baru sampai Jumaat lalu dan demam sikit. Dia cuti seminggu. Kesian, saya suruh dia ikut saya kerana kawasan aprtment kami sunyi, jiran2 balik kampung, jadi risau nak tinggal dia seorang diri di rumah.
Saya pujuk dia, kita 'marathon' hari ni ya, Dik. Ikut akak. Sebulan sekali jer, kuliah Syeikh ni. Akak sayang nak tinggal bab kitab tu. Akak pun risau nak tinggal adik sorang2 kat rumah dgn demam2 ni. Nasib baikla dia ikut, terima kasih ya, Dik! :) Harap2 cuti seminggu raya cina ni, demamnya tak melarat.
Terima kasih saya ucapkan, kepada teman2 yg mengucapkan anniversary buat kami berdua. Salam kasih dari saya. Moga rumahtangga teman2 juga dalam kasih sayang Allah. 2 hari ni, saya sibuk dengan tetamu di rumah dan pergi kuliah kitab bersiri Syeikh Nuruddin di masjid bukit sentosa.
KELAS TAFAQQUH FIDDIN
Bulan ini cuma sehari saja kuliah Syeikh Nuruddin, tidak 2 hari macam dulu. Lgpun, cuma sekali sebulan Syeikh datang. Di tempat lain, belum ada tafaqquh fiddin sprt ini. Ramai juga orang dari jauh2 pun datang.
Meskipun TAK SEMUA orang boleh ISTIQAMAH untuk datang kuliah bersiri sprt ini, dan sedar kepentingan kita belajar kitab2 ulamak dahulu, sebenarnya... masih ramai yg mahu. Cuma, sayang, ada segelintir yg menganggap kuliah Tafaqquh fiddin ini yg ertinya 'Kefahaman dalam Agama', macam kuliah biasa2. Jadi, mereka mendengar sambil lewa tanpa Kitab atau pen di tangan. Sayang sekali... Kadang2 Syeikh mmberi ijazah. Contoh, " Ini saya ijazahkan amalan ini untuk anda semua amalkan. Moga2 mmberi manfaat." Ia semacam hadiah dari seorang guru.
Belajar kitab2 macam ni, lebih kpd ASAS pelajaran 'Pondok' atau madrasah. Sesiapa yg teringin anaknya belajar hafazan al Quran, atau belajar kitab2 ulamak lama, bolehla menghadiri kuliah Syeikh Nuruddin ni untuk tahu. Syeikh pun ada sekolahnya di Bogor, Indonesia. Bahkan sekolah tahfiz di Repek, Kelantan yg mana ustaz Subki sbg pengetuanya, pernah belajar dgn Syeikh di Mekah.
Jadi, untuk memahami konsep pelajarannya, kita kena memahami adab2 berguru. Barulah kita dapat mendaki tahap berguru. Syeikh mengajarkan kitab hasil tulisannya sendiri. Hasil belajarnya berpuluh tahun di Mekah. Jika kita menghormati dan menyayangi masjid Nabawi, masjidil Haram, Kaabah, seharusnya kita menghasihi dan menghormati mereka yg pernah belajar dgn guru2 ulamak yg sanadnya terus kepada Imam Syafie, dan seterusnya kepada Rasululullah SAW. Jadi, kita ada tempat rujukan yg benar.
Selain itu, ada banyak lagi guru lain yg kita boleh ikuti seperti Habib Ali, dan majlis2 ta'lim yg lain. Boleh juga lihat di internet seperti. http://www.darulmurtadza.com/
Namun, seperti kata Syeikh, berguru dalam Internet, kurang berkatnya seperri mnghadiri kelas berhadapan dgn guru itu sendiri. Jadi, setidak2 haruslah ke kelas itu untuk merasai suasananya. :) Kelas2 sprt kelas Syeikh Nuruddin, Habib Ali, dll, para pelajar tidak kira tua atau muda, mesti mmpunyai kitab. Setidak-tidaknya 1 kitab. Barulah kita dapat mengikuti pelajarannya. :) Cubalah!
Belajar itu memang payah, kerana dalam payah ada manisnya. Manisnya untuk akhirat kita. Sekurang2nya kita dah bukan sekadar BACA buku atau kitab, tapi kita belajar kitab DENGAN BERGURU . :) Carilah mereka, cubalah rasai suasana jemaahnya. :)

No comments:
Post a Comment