Allah yang menerangi langit dan bumi. Allah is the Light of the heavens and the earth.
(Petikan dalam Surah An Nur, petikan dalam ayat ke 35)
Petikan: http://www3.pmo.gov.my
Salam sejahtera dari saya. Salam kasih buat semua teman-teman.
Melakukan Ibadah dengan baik.
Pernah saya membaca cerpen. Ada satu babak, luahan hati seorang bapa, yang menemui calon menantunya. Dia bertemu secara sendirian dengan lelaki pilihan anak perempuannya itu. Dia bertanya macam-macam, dari menyuruh lelaki itu membaca Al Fatihah, rukun Iman dan Islam, bilangan Nabi dan rasul, sehingga bab Solat, puasa. Kemudian, Ayah itu mengatakan,
"Anakku tidak layak menjadi isterimu."
Bakal menantunya itu terkejut. Dia telah menjawab segala soalan Ayah kekasihnya itu dengan tergagap-gagap. Dia solat, tapi tidak memelihara solatnya. Dia puasa, kadang2 berbuka sebab lapar. Dia fikir Ayah kekasihnya itu akan mencemuhnya.
Ayah itu berkata lagi,
"Anak gadisku bukanlah seorang yg alim sangat, juga sempurna dalam perlakuan atau ibadahnya. Dia mudah menurut perasaan, dan belum mampu menjadi isteri yg sempurna."
" Tugas seorang suami sangat besar. Kita bukan saja nak kahwin di dunia, amalah kalau boleh nak kekal di akhirat nanti. .Kalau suami tak mahu sembahyang dan beribadah sebagai Muslim yg baik, suami itu telah meruntuhkan Tiang Agamanya."
Ayah itu berkata dia tidak sanggup benarkan anak gadisnya berkahwin dengan orang yg ingin meruntuhkan Tiang Agama, takut anaknya terhempap sama!
Tetapi 2 bulan selepas itu, lelaki itu tetap dinikahkan dengan anak gadisnya. Ia kerana, Ayah itu melihat perubahan calon menantunya itu dan perubahan pada seluruh anggota keluarga lelaki itu yg selama ini jauh dari Allah. Lelaki itu menjadi seorang yg tenang, bersikap baik, dan menjaga ibadahnya.Kerana dia mahu menjadi suami yg baik pada kekasihnya.
http://www.penulisan2u.my/2011/12/cerpen-cintaku-di-awan-biru/
Sikap baik yg berjangkit tanpa dihebah-hebahkan.
Kita tidak mudah menghebah-hebah kebaikan atau kebajikan yg kita buat.
Tapi Menghebah-hebah sikap baik seseorang orang yg mempunyai Hubungan dengan kita, barangkali akan dianggap oranglain sebagai RIAK. Apatah lagi kalau diulang-ulang di hadapan oranglain.
Mungkin, ia satu TANDA kelemahan yg nyata dlm IBADAH kita.
Sikap yang baik sebenarnya mudah dicontohi tanpa perlu dihebahkan. Orang melihat, mencontohi, juga menular dan berjangkit. Semua orang menyukai kebaikan sebenarnya, meskipun dia tidak bagitahu sesiapa, meskipun dia orang maksiat.
Saya terbaca akan kisah seorang lelaki yg dibeli oleh seorang lelaki. Dia dijadikan penjaga rumah. Dia diminta tuannya supaya tidak mengizinkan membuka pintu apabila tuan rumah itu keluar bekerja. Dan 3 orang wanita pelacur, yg merupakan anak tuannya itu ingin masuk ke rumah. Dia tidak membuka pintu, lalu dipukul oleh mereka. Bila tuannya pulang, dia tidak memberitahu apa-apa. Kejadian berulang 3 kali. Kemudian, anak sulung tuannya itu berasa kagum dgn sifat lelaki itu. Lelaki itu mengjaga pekerjaannya dgn baik, dan melakukan ibadahnya dengan baik. wanita itu insaf dan bertaubat kepada Allah. Kemudian, anak kedua tuannya itu melihat kakaknya bertaubat dan bersifat baik, juga melihat lelaki tadi bersifat baik, maka dia pun ingin menjadi baik. Sehingga semua anak tuannya itu bertaubat. Dan teman-teman 3 wanita tadi, melihat mereka bertaubat, asalnya dari lelaki yg bersifat teguh itu. Maka sekaliannya bertaubat.
Jauhi Menghukum oranglain
Satu perkara yg menyebabkan kita mudah menghukum oranglain, ialah kita mengikut-ngikut satu kumpulan masyarakat yg mudah menghukum oranglain. Selagi kita dalam kelompok itu, kita akan jadi seperti itu, malah lebih buruk.
Situasi yg sama, bila kita dihukum oranglain tanpa musabab yg jelas. Dan kita akan menghukum dan menyalah-nyalahkan mereka untuk menghilangkan rasa sakit hati kita.
Mungkin juga, ia satu TANDA kelemahan yg nyata dlm IBADAH kita.
Kita berharap ibadah kita tidak kurang. Tapi kita mudah terhasut dengan perasaan dan pandangan kita.
Satu kisah, seorang cucu sedang berehat dengan datuknya. Cucunya terpandang seorang budak yang jauh dari teman-temannya yg bermain. Dia berkata budak itu tidak pandai berkawan. Datuknya tidak menegur, tapi senyum. Dia ada teka teki. Datuk itu mengambil 2 pasang kacamata. Lalu meminta cucunya memakai salah satu.
"Kamu lihat sekeliling, rumah, pokok, apa yg kamu nampak?"
" Saya nampak semuanya kelabu"
Lalu datuk itu meminta cucu itu memakai satu kacamata lagi.
"Apa yg kamu nampak?"
"Saya nampak semuanya kebiruan"
"Kenapa rasanya kamu lihat berbeza, padahal kamu memakai kacamata."
"Ah, senang tu. Sebab kacamata itu dilapisi lapisan biru, yg satu lagi lapisan kelabu".
Datul itu senyum. "Kamu melihat sekelilng kamu dengan mata kamu. Tapi kemudian kamu pakai kedua kacamata itu. Ia nampak berbeza, bukan? Pandangan mata kamu, ialah yang sebenar. Semua yg kamu nampak sprt rumah, pokok, mempunyai warna tersendiri dan kecantikan tersendiri. Tapi bila kamu memakai cermin biru, kamu mula berubah pandangan berdasar apa yg kamu nampak.
"Jika kamu nak lihat semua benda dalam kecantikan tersendiri, kamu mesti buka semua kacamata itu. Kacamata itu ialah unsur negatif atau pandangan buruk yang menghalang kamu dari melihat perkara sebenar.
"Sekarang Atuk mahu kamu buka kacamata HALIMUNAN kamu itu, dan pandanglah budak itu sekali lagi!."
Sumber: the story of the boy and his grandpa, book: Life is an open secret, by Zabina Abu Bakar, page 52.
P/S: Kita semua menginginkan IBADAH yang baik dan sempurna. Ibadah itu menjauhkan kita dari melakukan melakukan maksiat.
Takut juga, jika perlakuan kita menunjukkan kelemahan dari Ibadah kita.
Salam, penting sebenarnya mendidik anak lelaki menjaga solat dan menjadi imam, kerana mereka nanti akan menjadi imam pada orang lain. Sedikit sebanyak kegagalan anak menjadi suami yang baik tempiasnya kpd ibubapanya juga..
ReplyDeleteSalam Che mid,
ReplyDeleteBenar tu kak. Allah, beratnya tanggungjawab jd ibubapa. masa kecil, kena didik. Dah besar, kena bimbing. Moga kita semua kuat menghadapinya.