Entry saya disalah ertikan. Itu biasa.
Perkataan saya disalahertikan. Itu juga biasa.
Have you not seen how Allah sets forth a parable? A good word is a good tree: its root set firm, its branches reaching into heaven. The Holy Quran: translation of 14 : 24.
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
SUMBER
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan- perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran).
SUMBER
Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
SUMBER
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik . Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (menimbulkan perselisihan ). Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
SUMBER
Bagi suami pun, isteri terpaksa mengulas berulang kali, supaya suami faham maksud point perkataannya. :)
Kadang2, seorang suka berhujah, mahu menentukan betul atau salah, seorang lagi hanya ingin bercakap-cakap dan mndapatkan nasihat.
Wanita berkata dengan Emosinya.
Lelaki berkata lebih kpd sifatnya ingin dihormati.
Kerana itu.. kerap kali saya menjauhi perkataan dan berdiam, tetapi lebih kerap menulis.
Penulisan ialah suatu yg diedit banyak kali. Tidak seperti perkataan. Saya melaluinya banyak kali.....
Menulis membuat saya rasa di Muhasabah oleh tulisan sendiri. Menjadi CERMIN DIRI..
Meskipun tulisan saya diperhatikan oranglain, saya cuma berfikir Allah lebih memerhatikan saya. Ia hanya Hasil Fikiran saya, tidak lebih dari itu. Bukan jg mmburukkan juga sesiapa.
Dan saya cuma minta DIA menunjukkan saya jalan yg diredhai. Dan saya berjihad dengan hati sendiri.
Allah berfirman:“Dan jangan lah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (al-Kahf: 28)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
SUMBER
Jihad Hati, Jihad peperangan
Pernah baca cerpen Melawan Arus oleh Ustaz pahrol?
http://genta-rasa.com/2011/07/10/melawan-arus/#more-1433
Kita mudah kalah bila dikritik atau diuji. Begitulah juga saya. Layakkah saya untuk berjihad di Palestin?
Saya melihat diri sendiri dgn amat kecil. Meskipun saya dibesarkan dgn alunan nasyid mahabbah yg mmbesarkan jihad menegakkan agama Allah...
Tapi saya malu... masih tak kuat menahan mengantuk bila terniat bangun malam untuk bertahajjud. Apatah lagi berpuasa sunat... sedangkan umat Islam dahulu berperang menentang kaafirin dalam keadaan berpuasa! Allah....

Assalamualaikum indah.
ReplyDeleteBegitulah sebaik-baiknya.
Makbonda tertarik juga dengan post di http://langitilahi.com/7046.
Teroja dengan post-post yang membawa kita bermuhasabah diri.Salah satu kaedah untuk mengubati penyakit hati.
Salam makbonda,
ReplyDeleteTerima kasih kak, saya dah baca post tu. Kebenaran benda bersuluh, moga Allah suluhkan :)
salam...manusia itu sering lemah bila dikritik...selalu mengalah bila ditekan...payah utk bangkit...lambat utk bersuara...emmm sama-sama kita renungkan diri sendiri dan sama-sama kita saling ingat-mengingati
ReplyDeleteSalam cekgu Maz,
ReplyDeletebila dahan dah teguh, badai datang pun kita bertahan kuat-kuat. :)