Moga semua teman sihat2 dan ceria selalu. Kelmarin:
Breakfast: Roti telur, Nasi lauk balance dinner, dan Teh Earl Ahmad bersusu (Sejak saya hidang teh Ahmad ni waktu pagi, jarang pula my hubby tu bersin pagi2, hidung pun tak berair, hehe :)
Dinner: Nasi putih, taugeh, dan ayam masak badang. Memang berselera makan. :)
1. Menyambung tema kebersihan 'PC'. Jenuhla saya mengemas Bookmark. Sejak pandai main bookmark ni, ada je fakta penting, terus saja klik bintang tepi bar tu. Bookmark resipi mmg banyakla, sampai dah kelabu mata dan mencairkan air liur. hehe..
2. Membasuh cadar-cadar. maklumlah, nak bentang cadar dgn rmh apartment, terpaksala korbankan pakaian lain. Bagi cadar tu kering dulu. :)
CERITA SAYA HARI INI
Breakfast: Sedikit mee hailam yg dikeringkan ditansform jadi mee goreng.. hehe. Teh earl Ahmad, dan roti dan kaya madu Agromas. Beli dpan masjid, saya suka kaya ni.
Dinner malam tadi: saya buat Mee Hailam. Tukar selera sbb selalu makan nasi. Banyak saya buat, campur udang sotong ayam. Puas la makan :D
Pagi ni, cuaca tidakla secerah kelmarin. Saya pula beberapa malam yg lalu mimpikan Abah saya la, Mama dan adik-adik la... Termenung skejap. Saya dan suami balik banting setiap bulan, tapi kampung saya, agak dekat puasa baru balik.
Tapi, saya bernasib baik dr teman2 yg lagi jauh di seberang laut. Itu nikmat Allah.
.....
Ini ayam kampung. Kenal tak? :D
MENGGAPAI RINDU
Meski, macam mana SUSAHNYA kehidupan bersama ibubapa semasa kecil,
Meski kerap makan Maggi dicampur dgn Nasi, makan 8 orang.
Meski, pernah merasa mandi dgn mencedok dari air perigi.
Meski, merasa pakai baju lama-lama pemberian kakak abang tiri yg dah bekerja.
Meski, makan lauk ikan dan telur hari-hari, dan cuma makan ayam bila orang datang, sebab Abah sembelih ayam kampung.
Meski, disuruh naik basikal malam2 sebab kena prgi mengaji Quran.
TAPI SEMUA ITULAH YG MEMBUAT SAYA RINDU...
Masa tu, kesedapannya lain. Kita juga tak membandingkan diri kita antara satu sama lain. Kita saling BERKORBAN dan SALING MENGASIHI.
Jika ada di antara Adik-adik yg menyangka saya dah senang dan LUPA semua itu, kalian salah. Mestilah saya senang hati, kerana berada di sisi suami yg mencintai dan saya kasihi. Tapi, apabila saya berada di kalangan keluarga Suami, saya pasti teringatkan keluarga saya.
Apa yang kalian makan sekarang?
Apa yg kalian buat?
Kalian tengok cerita apa kat TV?
Kalian tgah sembang apa?
Apabila suami saya mula menonton video keluarganya, dan kurang selera makan, saya sering menghiburkan dia dgn memasak resipi ibunya. Dan bila dia kurang sibuk, saya akan mengajaknya balik ke banting. Saya amat memahami perasaan itu. Dia rinduka keluarganya.
Lalu,
Saya akan teringatkan adik-adik saya yg masih bujang. Jauh dr keluarga, mungkin juga sedang makan seorang diri. Mungkin juga inginkan tempat bersembang. Atau sakit dan mahu bermanja-manja...
Oh...
Setiap kali memandang wajah Mertua, saya terbayangkan wajah ibubapa saya. Lalu saya bersungguh-sungguh cuba berbakti kepada mereka. Jika saya terasa sekalipun, ia hanya kekhilafan saya sbg anak yg dahagakan kasih-sayang. Tidak lebih dr itu.
Halaman rumah. Jauh di tepi pokok rambutan, ada sebuah gerai kecil.
Saya terima kenyataan, itu dah Adat bergelar isteri orang Jauh. Kalau dekat, setiap bulan, pasti saya akan ajak suami balik Besut. Kadang2, ibubapa bukan nak duit sangat. Mereka cuma nak bermesra dan berkumpul dgn anak-anak. Sepertimana kita rindu utk berkumpul dgn mereka sprt kita kecil2 dahulu. Tapi sbb usia kita dan besar, kita haruslah bersikap matang. Takkanlah mak kita penat sorang2 masak kat dapur, kita cuma tau nak makan. Usia Tua mak kita, tak sama macam kita kecil dahulu.
Kita tarik nafas panjang. :)
Saya pun, dr awal kawen, dah belajar duduk jauh dr family. Tak sempat menuntut ilmu apa-pun dr mama saya. Adik lelaki saya juga dapat org jauh. Tapi saya tengok Ma Abah saya redha jer anak-anak dia kawen org jauh. Mgkin sbb kami semua ramai perempuan, jadi Ma Abah dah prepare kekuatan mental dan Hati, kerana anak perempuan satu hari pasti akan dibawa oleh suami.
Betapa Tulusnya Hati Ibubapa.
Setiap anak, pasti satu hari akan meninggalkan rumah ibubapa utk meneruskan perjalanan hdupnya. Itu hakikat yg pahit.
TIPS
Justeru, utk mengelak kita rasa bersalah pd ibubapa bila berjauhan, beginilah caranya kita buat bila balik kampung, ya :
1. Jangan biar Mak masak sorang2. Meskipun, Menu hari itu bukan kesukaan kita, tapi kita tolong jugalah, tolong tengok ke, tolong potong2 ke, apa saja. Bersifat ehsan pada ibu kita yg dah lanjut usianya. Meskipun, kita jg trsangat sibuk.
2. Jika ayah kita dah bersiap-siap nak ke masjid, suruhlah suami kita ikut. Kadang2 ayah akan rasa senang hati apabila anak atau menantunya sudi jadi teman dia ke Masjid atau surau. Jika dia tak larat, bantulah dia berjemaah di rumah.
3. Jika ayah kita terpaksa menganggkat benda berat, kita bantulah mereka. Tidak membazir tenaga muda kita.
4. Kalau kita nampak kain bersih bertimbun, kita bantulah melipat. Meskipun di belakang ibubapa kita. Sebab Allah nampak kebaikan yg kita buat. Sama la dgn menyapu sampah, mengangkat kain di jemuran bila nampak hari nak hujan.
5. Itu belum lagi part kebersihan. Jika nampak tandas atau lantai kotor. Cubalah berus dan lap-lapkan. Jangan merungut, sebab nanti pahala tak dapat.
6. Jika kita ini kakak atau abang, tanggungjwb kitalah utk memulakan, sebab adik2 akan tergerak hati. Juga utk menegur dan 'menggerakkan' adik2, supaya bila si kakak takde, si adik boleh diharapkan mmbantu ibubapa. Itu ilmu kendiri juga, tuh! :)
7. Bersembang, perkara2 yg menceriakan hati mereka.
8. Jika ibubapa ada keluhan ttg masalah diri mereka atau adik-adik yg lain, kita harus bijaksana memahami keadaan. Ada masalah berat yg perlu dikongsi bersama sbg satu family, ada juga yg kita hanya boleh bagi teguran. Jangan berasa tertekan. :)
9. Jika ada masalah, dan perlukan nasihat, jika kita minta pandangan mereka, sebenarnya ibubapa akan berbangga kerana kita masih memerlukan mereka utk minta pendapat. Saya sering melihat mama saya begitu. maklumlah, saya ni dah tinggal jauh dari dia.
10. Sprt jika ibubapa dah tua dan tak larat, kita tanyakan siapa yg mereka nak jumpa. Mgkin mereka dah lama nak jumpa sedara mara, atau kawan2, tapi mereka mahukan teman, iaitu anak-anak mereka. :) Kita berusahalah membawa ibubapa berjumpa orang tersebut.
Wah, saya setuju dengan apa yang di tipskan. 10 butir sudah sangat cukup untuk dijalani.
ReplyDeleteSalam Dwijayasblog,
ReplyDeleteTerima kasih. blog kamu jg bagus. saya ada melihat video Iban, anak Dwijaya di sekolah. lucu melihat anak-anak :)
Salam,
ReplyDeleteSorry, ni agak tesimpang dari topik. Pagi-pagi kak akan dengar ayam berkokok sayup2. Amazing kan, duduk di Holland dgr ayam hari2 tapi masa di KL dulu x pernah dgr.
Salam indah!! kembar mu dah sampai dr JAUHHHH hihihi... eh eh? kita terperasan menu indah ayam badang????? pestaim dgr tau! mkn mesti jd badang nii sihat dan kuat hihihi.. mekaseh utk tipsnyer juga ;-)
ReplyDeleteSalam i amsterdam,
ReplyDeletehehe. rezeki tu. Payah nak dengar ayam berkokok kat bandar skrg ni. :D
Salam Ika! :D
ReplyDeleteaha.. ayam masak badang. tapi blom kuat lagi la, nak buat muntah badang kang, tak termakan lak. hahaha.
Sama-sama, ika. Insya Allah, kita cuba baiki mana yg boleh :)
sedih bila baca..ingatkan parents kat semenanjung,,terpaksa berjauhan demi menuntut ilmu..
ReplyDelete