Bulan Cinta dan Kasih
Assalamualaikum wr wbkth,
Tahun ini, rasa meriah sekali sambutan Maulidurrasul. Sejak dari bulan Safar lagi, dah banyak perancangan jadual kuliah dan sambutan maulid Nabi di masjid-masjid. Seperti jadual paparan di SINI : http://majlisilmu.blogspot.com/2012/01/sambutan-maulidur-rasul-di-sekitar.html
Memang sejak dahulu dah ada, tapi sambutannya sekadar berarak, dan melaungkan Selawat. Dan sambutannya tidak semeriah Maal Hijrah!
Bulan ini juga musim2 kahwin. Hari ini saja kami dah ke Kelana Jaya meraikan pengantin officemate Hubby. Selepas majlis tersebut, kami singgah di Sunway Piramid pula sekadar bersiar-siar berduaan :)
Di Mall sprt itu, Bulan cinta, terserlah di mana-mana.... Dan ia digandingkan dgn perayaan CNY yg baru berlalu. Namun, jika bangsa lain meriah menyambut 14 Febuari, Kita besar-besarkanlah semangat dgn Cinta yg ini..
Kata-kata dari frame gambar yg baru saya beli, Ia buat saya tersenyum.
Saya rancang nak letak gambar di frame ini, setelah bertahun lama tak 'print out' gambar.
Duhai Perasaan.
Ya al Mu'allim, Rasulku,
Pernah,
Daku tidak memahami,
kenapa perlu meniatkan
" Aku membuat ini adalah kerana mengikut sunnah Rasul ",
dalam waktu mengerjakan amalan harianku,
"Seperti Daku senyum adalah kerana mengikut peribadi Rasulullah"
" Atau Daku memakai jubah ini adalah kerana mengikut cara pakaian Rasulullah "
Perlukah?
Senyum juga Sunnah
Daku masih lagi ingin mencari Tawadukku...
Dan,
Di Hari Lahirmu Rasulullah,
Daku mndapat Ilham yg menyembuhkan Daku dari teka teki itu.
Wahai Rasulullah, kekasih Allah,
Sepertimana Daku harus memuji-muji dan berzikir dahulu dgn nama Allah yg sebelum meminta-minta keinginanku,
Bahawa sepertimana kita harus mmberitahu rasa CINTA kepada seseorang itu,
supaya dia menyambut CINTA kita,
Seperti itulah Daku harus melahirkan rasa CINTAKU padamu, Rasulullah,
Dalam tiap perkataanku yg mengikut perkataanmu,
Dalam tiap perbuatan yg mengikut kecantikan perbuatanmu,
Dalam tiap Ibadah yg Dikau ajarkan kepada kami...
Seperti mabuknya seorang pencinta terhadap yg dicintainya.
Daku sentiasa menyebut namamu dalam lafaz Syahadahku,
Dalam selawatku,
Tapi Daku sering gagal menyemai rasa KASIH padamu,
Wahai kekasih Allah,
Sesiapa yg mencintaimu,
ialah seperti mencintai Allah.
Salam Rinduku terhadap SYAFAATMU,
Salam Cemburuku terhadap orang yg berkumpul bersamamu....
My Prophet,
When I count my blessings,
I count you twice!
Sallallahu alaihi wasallam
Video2: No Word Is Worthy Piano
No Word Is Worthy Lyrics
(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What’s deep inside
salam...selamat menyambut maulidur rasul...selawat jom
ReplyDeletesalam cekgu Maz,
ReplyDeleteSallallahu ala muhammad...