Klik kanan new tab. saiz besar ni. sesuai wat planner, atau catatan.
Kelmarin, saya dan suami ke majlis perkahwinan teman roommate suami masa belajar . Kendurinya di Bangi. Hadiah + kertas balut hadiah + minyak dan tol + jarak perjlanan dkat 80 km. Tidakla bernilai sangat berbanding melihat My Hubby tak habis2 senyum dan gelak dengan teman2 lama. Saya biarkan dia berbual lama-lama.. Petang dekat Asar baru kami bertolak balik.
Lepas majlis, kami ke Ikano, nak hantar blender phillips yg dah tercabut tangkainya kat Harvey Norman. Aiceh, itu terbeli kat situ. Bukan bermaksud takmo beli kedai letrik biasa. Cuma masa tu, ada SALE, jadi rembatla satu. Kami siap tambah RM50 untuk extended warranty 5 tahun . Malangnya, rupanya mereka cover motor blender jer! Jug ke, tangkai ke, butang ke, semua tak cover. Sedey.... jadi, kena gi cawangan phillips untuk beli jug baru kalu mahu.
KISAH DULU-DULU
Dulu saya sangat suka berbual. Saya juga mudah melayan makcik-makcik atau kakak senior. Dan saya ingin membawa diri saya dgn baik. Dan satu masalah, makcik-makcik ni mudah sangat luahkan masalah mereka pada saya. Saya pula selalu menyangka mereka jenis " Tawadduk " yang selalu saja merendah diri di hadapan seorang gadis kecil macam saya.
Satu hari, masalah timbul dgn satu keluarga, apabila ada rakan satu rumah sewa mula cakap belakang, katanya saya terlalu melayan keluarga makcik itu. Kerana makcik itu kerap singgah ke rumah kami. waktu tu, saya fikir tak salah, sebab saya tak rasa apa-apa pun. Barangkali saya terlalu berfikiran lurus. Sebab sikap makcik2 dan kakak kadang2 suka mengomen itu dan ini dan suka bertandang ke rumah untuk berbual. Agaknya teman serumah rasa kurang privacy.
Saya pula memang takde kakak betul, kakak tiri ada la, itupun duduk jauh dari kami dan jarang berjumpa. Mak sedara pula memang jarang jenguk kami, jadi saya tak tau macam mana rasanya ada makcik2 dan kakak ni. Makcik itu pula sangat baik, dan dia bukan jenis suka mengumpat orang. Bahkan selalu kasihan pada kami yg duduk bujang ni. Dan suka menegur remaja macam kami supaya berkelakuan baik. Makcik tu selalu ajak kami makan malam. Memang syokla. Malahan ajak kami bermalam di rumah mereka, yg itu saya tolakla, sebab saya segan sangat ngan pakcik.
Satu hari, saya rasa bersalah kerana anak makcik itu bagitau saya, bahawa maknya keguguran. pakcik tgah outsation masa tu. Rasanyala, First orang yg anak-anak makcik tu cari... ialah SAYA! HUHU.... saya tengah tido masa tu, belum ada hanset dan pintu bilik dikunci. Rakan2 belum balik. Setelah maknya dibawa ke hospital, anak bongsu makcik tu merajuk sakan dgn saya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, sampai temankan makcik tu kat hospital utk buat D&C.
Dan masa tula, saya rasa satu tanggungjawab yg tinggi apabila kita terlalu rapat dgn seseorang. Saya pindah pun, sebab banyak sangat orang cakap belakang, jadi saya pun taknak susahkan sesiapa. Sampai saya dah pindah dari rumah sewa tu, ada rakan serumah masih lagi menyalahkan saya kerana berbaik dgn makcik tu kerana makcik tu suka memanggil mereka kalau nak mintak tolong apa-apa. Saya senyum jer, kerana selepas pindah, saya rasa rindu dgn keadaan itu. :)
Memang banyakla kenangan saya dengan makcik Penang tu. Tapi dah lost contact.
Macam tu jugalah yg terjadi dgn seorang lagi makcik Kelantan, dia dah arwah. (al Fatihah) Saya cuma tahu setahun selepas perkahwinan saya. makcik tu dulu sangat baik pada saya. Dia orang berniaga, selalu mmberi makanan lebihan berniaganya. Daging masak hitam dia, sangat sedap! Tak pernah saya jumpa di mana-mana. Disebabkan saya ni orang masih belajar, tak berduit banyak. Selalu jugak saya seakan berkunjung ke rumahnya, padahal saya teringin daging masak hitammya itu! Malunya bila difikirkan. Itulah budak-budak perempuan bila keluar merantau dan dok jauh dari keluarga. Bab makan jer, yg paling dia cari. Dia nak yg MURAH TAPI SEDAP! Alahai, maknanya burger, laksa penang, kue teow goreng, nasi lemak jela hari-hari.. huhu.
Tapi saya sedikit pun tak terniat nak mengambil kesempatan. Sebab semurah-murah hati orang, kita kena tau membataskan diri. Mama saya tak ajar saya mengendeng makanan orang. Barangkali, mama saya pun tahu anak-anak perempuannya jenis suka makan. Oh, Masa ramadhan kat surau dekat rumah sewa tu pun, penuh dgn kami nak berbuka dan solat terawikh. Setiap kali, mesti makcik tu bekalkan kami lebihan lauk berbuka surau. Memang gembira hati. Buat SAHUR.. :) Di situlah saya kenal makcik tu, sebab rumah dia dekat surau.
Bila sampai satu masa, saya mula membaca masalah2 dalam familynya. Sebab kadang2 mereka macam tegang di hdpn saya. Suaminya polis, mungkin strict sikit caranya. Jadi, lama-lama saya jarang ke rumahnya. Cuma ada sorang anaknya perempuannya, kerap naik basikal ke rumah sewa kami. Baik budaknya.Dan saya selalu layan dia untuk exam sekolahnya. Tapi sekarang pun, dah lost contact, sebab hanset saya rosak dgn simcard. Jadi, tak simpan nombor mereka. Kesian arwah makcik tu bertahun2 nak jumpa saya. Tapi masa tu, saya amat sibuk dgn kehidupan baru berumahtangga. Dan mengikut suami. Al Fatihah.
Nak tau? Masa saya tengah lurus, bendul, berbaik dan bergaul dgn jiran2 tu, meskipun tertekan dgn pelbagai perkara yg saya TAK FAHAM, sebagai gadis remaja, saya rasa banyak Rahmah yg saya dapat. Hidup saya tenang, lancar, dimudahkan, dan hal duit tidak mnjadi masalah kalau sekadar nak makan. Namun, bila dah jauh dari lingkungan itu, saya jadi huru hara sikit, dah tak tenang, selalu jer kelaparan. Duit selalu shot. Pelik, bila saya fikirkan. Agaknya saya dah jauh dr Doa mereka barangkali...
Bila dah bukan bergelar anak gadis, benda yg paling saya takut bila dah bergelar seorang Isteri, ialah komitmen dgn sedara mara, kawan2 dan jiran tetangga. Sebab kita bukan lagi budak2.. kita dah masuk Dunia makcik-makcik itu.
Saya biasanya diam dengan orang yg tidak mengenal saya mahupun jarang2 jumpa saya . Saya HORMAT pendirian atau pendapat oranglain, sebab saya pun tidak rasa pendapat saya benar sepanjang masa. Mungkin pendapat saya salah. Sebab itulah kita elok DIAM. Ia baik untuk mengelak pertelingkahan, tapi baikkah untuk mengenal satu sama lain?
Tanda2 kita kenal satu sama lain, ialah apabila kita tau apabila dia sedih, kecewa, marah, gembira, dan segalanya expression dia.
Meskipun kita merendah diri, tidak bermakna kita lurus bendul. Atau harus mengikut cara oranglain. Suami saya selalu cakap, kita mungkin boleh mendengar cakap orangtua kita, tapi kita jangan bangkang, sebab menyakiti hati mereka, tapi meskipun bgitu, Tak semestinya kita kena ikut semua cakap mereka. Mula-mula saya rasa mungkin itu cara terbaik untuk menjaga Hati orangtua. Mengikut Cara beragama . Kemudian, saya pula rasa, Sebab kita tak bagitau pendirian kita, dan terlalu memendam rasa, mereka tak tau apa pendapat kita, dan bila satu masa kita bagitau, mereka akan mungkin marah sebab kita tak bagitau awal2.
Ada pro and cons di situ. Kenapa kita tak " belajar " meluahkan rasa? Supaya satu saat kita tak rasa dikhianati, kita tak rasa bersalah, tak mudah disalah faham, dan kemudian tak rasa merindui kenangan itu, sebab hubungan dah jauh? Moga Allah merahmati ahli keluarga di atas yg banyak mengajar saya, dan saya amat merindui kenangan itu!
No comments:
Post a Comment