Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, February 10, 2012

Penyakit kejiwaan

Bismillah. moga teman2 dan visitor dalam keadaan sihat.

DEPRESSION

Depression ataupun Mood Disorder . Lebih kurang, gangguan perasaan .  Kalau sekadar kita menangis, atau gembira, atau marah, IA BUKAN TEKANAN. Tapi ia cara kita menunjukkan perasaan kita. :)

Tekanan yg melampau ialah something yg mmbuat kita berkelakuan di LUAR batas normal. Mood kita jadi terlalu low (rendah) ataupun terlalu ganas. Jika kita masih boleh mengawal tekanan, dan senyum, itu bermakna kita jauh dari penyakit itu. Jadi janganla fikir bukan2 :)


Masalah kejiwaan. Kadang2 ia dalam dikenali dgn postpartum psychosis (meroyan), skizofrenia (masalah halusinasi), melancholia (kemurungan). Kadang2 ia disebabkan penyakit sprt gangguan mood yg melampau disebabkan rawatan kanser dan kekurangan/lebih iodin, dan pernah saya baca.. ia disebabkan gangguan Saka, jin ataupun SIHIR (benda mistik memang susah nak percaya kan? Tapi syaitan boleh mengalir melalui urat saraf badan kita. Jadi, ia tidak mustahil)

Apa yg kita rasa, akan jadi macam tu. Cubalah, tidak menyalahkan sesiapa. Carilah nasihat untuk menyelesaikan  masalah . Allah takkan menguji seseorang kecuali dalam kemampuannya, juga sebagai kifarah atas segala dosanya yg lalu.


Bagaimana al Quran menjadi penawar?

Mesti ramai yg kata " Saya tahu!". Ayat al Quran sebagai penawar dalam ruqyah (perubatan Islam), membaca al Quran menenangkan hati, doa-doa Harian kita banyak diambil dari ayat Al Quran, cth doa kebahagiaan rumahtangga ().

Tapi sebetulnya, meskipun kita yakin bahawa Allah Maha Mendengar doa hambanya, kita masih takut Allah mengadili dosa-dosa kita, yg menyebabkan doa kita terhalang sampai ke hadrat Allah.

Percayalah, bila tahu bahawa tak elok mengherdik anak sebagai bodoh, tak berguna, tapi kita tak halang lidah kita, dan kita buat banyak kali, jika satu masa Allah kabulkan doa kita, janganlah kita menyesal.

bila kita tak takut kepada Allah, cthnya, kita minta cerai berkali-kali daripada suami kita, kerana masalah apapun dan kita tak sabar menahan lidah kita, jika satu masa Allah kabulkan kata-kata kita, janganlah kita terduduk!

Saya dah lihat banyak kejadian seperti itu...
.......


Orang2 miskin pada zaman Rasulullah banyak yg pasrah dgn keadaan hidupnya. Redha dgn taqdir dan ketentuannya dan tidak meminta lebih meskipun ada dia antara mereka adalah kesayangan Rasululullah, sprt Siti Fatimah dan Saidina Ali bi Abu Talib.


Penyakit Hati nak Kaya.

Kita pula, sekarang ini, nak mintak kaya.. nak kaya... Penyakit hati nak kaya.
Agaknya siapa ya, nak mintak miskin? Meskipun ada hadis Sahih Rasululullah, doa meminta miskin. Rasulullah meminta Allah mengumpulkannya bersama orang2 miskin.. Bertuahnya orang miskin ni, kan? Jadi, kalau kita ni agak kaya, cubalah mendekati orang susah supaya dia dapat mendoakan kita.

Allah sentiasa mmberi rezeki pada hambanya selagi dia masih hidup. Ia dah ditetapkan di loh mahfuz. Rezeki di muka bumi ini luas, kita hanya perlu cari... dan terus mencari.

Dan ramai juga yg menunjukkan dia kaya, dgn menghabiskan duit simpanan sekelip mata, atau dengan berhutang-piutang. Allah.. bagaimana ya, sikap orang yg berhutang tadi, tiba2 diistiharkan bakkrup? Agaknya, masa tu, dia sanggup habiskan hartanya utk bersedekah. Kenapa BERSEDEKAH? Sebabnya Allah dah janji, sesiapa yg melapangkan masalah oranglain, Allah akan mmberi kelapangan dalam hidupnya.

Mesti banyak cerita yg kita dengar keajaiban sedekah ini, kan?



Penyakit Hati dengan Ilmu.

Ilmu ialah suatu yg ada dalam diri. Ilmu membaca, ilmu menulis, ilmu kemahiran, ilmu menghafaz, ilmu berniaga, ilmu bercakap. Ilmu itulah yg meningkatkan taraf kita di mata oranglain. Orang yg kaya, tapi takde ilmu.... seringkali tidak dipandang tinggi oleh oranglain, kerana dia akan mudah diperbodohkan orang dan hartanya akan susut.


Dan ilmu itulah, seringkali membawa kita kepada ria', takbur, sombong, ego. dll... Ia perkara susah nak dikawal. Itu kata Syeikh Nuruddin apabila ditanya. Kita cuma kena ingat, setinggi mana kita, masa kita solat di Masjid, kita masih kena tunduk dan sujud di tempat oranglain pernah duduk, oranglain pernah pijak.

Siapa kata orang paling tinggi darjatnya tak pernah sujud pada sesiapa? maka, agaknya orang tu tak pernah Solat kot? :) Praktikalnya , masa kita sujud dalam solat jemaah, jika kita di saf pertama, kita masih di belakang Imam yg sujud dalam solatnya. Jika di saf kedua... lagi ramaila orang di depan kita masa kita Sujud? Jika macam tu buat apa la nak bangga diri? Kalau nak sembahyang sorang2... takdelah Rasulullah mengangkat darjat umatnya yg BERJEMAAH di masjid dgn pahala berganda-ganda.

Di masjidlah tempat kita bertawadduk merendah diri, Muhasabah, beri'tikaf. Kalau masjid kita dekat sangat dgn rumah, sehingga kita rasa malas nak beri'tikaf... cubalah pergi masjid jauh-jauh. Cari HATI kita kat situ.

Banyak dah saya banyak kisah, orang yg hatinya tak tenang, ataupun banyak masalah... dia mendapat ilham semasa dalam masjid. Meskipun dia tak buat apa-apa, sprt termenung atau baring, atau tidur. Pernah baca kisah CHEF LI? :)


Penyakit Hati kerana penyakit

Ini kisah saya. Saya selalu jadikan ingatan bila saya sakit2 atau ada ahli keluarga yg sakit2. Tapi basanya saya tak cerita panjang, saya akan terus pujuk dia dan berlembut sehinggalah dia sendiri sembuh dari keadaan sakitnya. Barulah saya akan bercerita.

Dulu, Hubby saya pernah operation. Masa dia operation tu, demam dia teruk. Pernah ada orang katakan pada saya, kalau dah tak sihat, tak boleh bangun tu, takpelah tinggalkan Solat. Allah tahu... Tapi saya buat sebaliknya. Meskipun saya rasa nak menangis sebab saya kejutkan dia yg tengah mamai lepas makan ubat, saya tetap angkat kepalanya untuk duduk... dan spray air pada anggota wudhuknya...

Sebab saya pernah tengok keadaan Atuk saya semasa dia sakit strok, padahal dia dulu rajin ke masjid. Dia selalu tegur kami cucu2nya supaya jangan solat akhir waktu. maknaya dia masih ingat bagaimana bersolat. Tapi tiada sesiapa nak bantu dia bersolat.  Sekarang ni, saya rasa kesian sebab dah besar baru saya tahu, HIKMAH membantu orang sakit berwudhuk dan mengerjakan solat, adalah sebagai persiapan untuk menyucikan diri, mana tahu bila2 nyawa diambil Allah?

Tapi niat saya menjaga Solat suami bukan kerana itu. Sebab setiap kali saya spray air utk berwudhuk, setiap kali tulah saya berharap suami saya cepat sembuh. Setiap kali tulah saya rasa nak menangis.... Saya harap kaki suami saya sempurna seperti dahulu. Agar suami saya tidak lagi sakit setiap kali memijak lantai atau tangga.
...

Memangla orang sakit akan mengerang sikit, atau tunjuk marah sbb orang sakit kan, sensitif... Tapi saya cakap dgn lembut dan suruh dia bersabar masa nak bangun dll. Dgn cara itu dia lebih segar badannya dan tak rasa lemah2. Mujarab agaknya Air wudhuk tu. Alhamdulillah!

Bila sakit, kita rasa lemah, nak tidur je kan? Tapi dalam masa yg saya kita berharap ada orang pujuk2 kita, berkongsi rasa dgn kita. Er... jangan tak caya, masa kat hospital tu, saya siap tidur dgn Hubby atas tilam pesakit. hukhuk. Sebab dia demam dan sangat sakit. Dahla kena operation, sehari lepas tu, terpaksa FISIOTERAPI. Selama seminggu kat hospital kena fisio. Memang dia sakit sangat. Jadi... amalan saya sebagai ISTERI, saya sentiasa pegang tanggannya, kepalanya, dan peluk dia erat waktu malam. My Hubby takut sangat demamnya berjangkit, saya kata takpelah. Kurang sikit sakit abang tu! :) hati ni takdela risau sangat kan? dahla sakit, demam pulak..

Psst... saya dulu trpengaruh dgn novel SI FADET KECIL, karya George Sand. Cara dia mengubat orang yg demam, dgn meletakkan tangan di kepala dan mengusap-usap sambil kosongkan fikiran dan berdoa. Setakat ni, cara tu masih berkesan bila saya gunakan pada orang tersayang. Saya rasa ramai ibu menggunakannya utk anak kecil :)


Di waktu selang, saya baca Al Mathurat. saya baca utk tenangkan hati saya, dan hati suami saya. Dari awal masuk wad, saya tak lekang dgn al Mathurat dan yasin. Hampir setiap kali lpas solat. banyak kalilah dalam sehari... (saya baca pelan2 la sbb room tu ada 2 orang). Sebenarnya kalau check-check, dalam al Mathurat terdapat ayat2 al Quran yg digunakan sbg ayat Ruqyah, ayat penyembuh dalam perubatan Islam, selain zikir dan doa-doa.

Bab solat Jumaat, saya tanya pada doc, doc cakap, boleh dah solat Jumaat pd minggu ke3. Boleh bengkok kaki. 2 minggu  Hubby tak solat Jumaat (ganti dgn zohor). Minggu ke 3, kami kat banting. Saya biarkan Hubby pergi solat Jumaat dgn ayah. Bila hubby cakap, dia bengkok kaki masa duduk dan sujud, memang rasa nak melompat!

Hurm.... siapa kata Solat menyusahkan orang yg sakit? Saya yakin... ia menyembuhkan. Insya Allah.


Memang penyakit selalu membuat kita rasa lemah. Saya pun adakalanya macam tu. Lebih2 lagi, kalau saya sendiri yg sakit. Saya pernah kena gigit Tebuan. Memang rasa teruk sangat masa tu. Bubuhla air zam zam, minum air banyak2, bubuh minyak dan pelbagai petua lain, termasuk Ubat hospital, masih terasa BERDENYUT-DENYUT DAN PEDIH, PANAS. gr...padahal gigtan kecil je tu. Meskipun MIL bagi perhatian, suami asyik pegang saya, saya masih lagi rasa nak berguling-guling... bayangkan macam mana. hikhik. Itu belum lagi orang momok-momokkan saya, nanti betis saya akan bengkak! Masa sakit, sebenarnya kita nak dengar sesuatu yg menyamankan, juga harapan. sebenarnya, kan? :) Tapi masa tu, tiada siapa pun yg dapat kurangkan sakit saya.

Jadi, masa itu ingat sangat pada Allah. Boleh kurangkan sakit pun, jadilah. Jadi, dalam sakit itupun, saya dipapah ambil wudhuk, dan solat sambil duduk kat kerusi. Esoknya... dgn izin Allah, kaki saya tak bengkak teruk macam yg dikatakn orang tu. Huh, lega. Sebab sakit dgn bengkak, memang berkali ganda la. :)

Alhamdulillah, sejak itu saya yakin, air wudhuk, Solat, berzikir, dan membaca ayat2 al Quran amat mujarab untuk kesembuhan. Jika Ubat mengurangkan rasa sakit, yang menyembuhkan tubuh badan ialah Sel-sel badan itu sendiri. Yg menggerakkan tubuh badan ialah kita Manusia. Dan yg menyembuhkan dan pemilik tubuh itu ialah ALLAH!

p/s: Cerita saya itu, adalah sekadar menyatakan solat tidak memberatkan orang yg sakit. Ia macam satu terapi, selain bantuan ubat-ubatan. Kepayahan bersolat semasa sakit, lebih terasa berbanding waktu sihat. Saya juga selalu berasa lembap dan lemah walau sekadar sakit kepala yg sampai muntah2 tu (migrain). Dan saya berharap, suami saya akan mengingatkan saya waktu itu. :)



4 comments:

  1. Smg kita dlm golongan yg memelihara solat,begitu jg dgn keturunan kt hdknya.

    Amin

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya itulah yang terbaik. Bukan sahaja waktu sakit, malah waktu sihat juga kita mendekatkan diri pada Allah SWT. InsyaAllah hidup kita akan sentiasa tenang dan diberkati.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Lynn,
    benar, saya suka itu. Memelihara solat amat payah dalam kesibukan dunia sekarang.

    ReplyDelete
  4. Salam Ijan,
    Benar Ijan, saya sokong itu. siapa yg bersyukur dgn nikmat Allah sewaktu dia senang atau susah, maka Allah akan tambahkan lagi rahmatNya.

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers