Terima kasih tidak terhingga buat semua, atas komen-komen utk post kelmarin. Rasa syahdu dan tenang yg brcampur baur..
Saya tau, Doc itu tidak brmaksud 'mncederakan' sesiapa. Caranya begitu. Cuma masanya tak kena, jd ceramahnya masuk di hati. Bukan kepala. Bila malam itu, saya waras sedikit dah. Saya berfikir yg baik-baik. Saya ambik point yg baik saja dr Doc itu.
Si suami berkata , pandanglah ke hadapan. Lupakan benda yg dah lepas. Fikirkan kita nak buat apa selepas ni.
PANDUAN
^__^ Saya pernah katakan padanya, satu panduan yg saya baca. Jika kita nak khusyuk di dalam solat, semasa kita baca ayat pertama, kita cuba ingat ayat kedua. Ingat apa ayat seterusnya. Buat begitu shg habis bacaan al Fatihah atau surah kita. Insya Allah, kita akan lebih khusyuk di dalam Solat. Utk hafal tafsir bacaan, payah sikit kan? Cubalah cara ini. Saya dah cuba, memang menjadi...
Benar suamiku, saya rasa lapang bila saya fokus, aim (ada tujuan dan target). Saya tidak mahu kelihatan lesu. Lesu mmbuatkan perut dan badan sakit jer. ;) Saya mahu kelihatan ceria. Suami mana yg suka melihat isteri dalam keadaan sedih dan murung selalu? Saya ingin mnjaga diri baik-baik..
Bila isteri tensen, suamilah yg pujuk. Sebab isteri suka meluah-luahkan. Kalau suami tensen, memang payah nak tau isi hatinya, susah jg nak pujuk. Suami akan kelihatan diam dan murung. Jadi.. jauhilah mnjadikan suami tensen. ;)
Allah... Syeikh Nuruddin ada cakap. Jika menziarahi orang sakit, buatlah dia gembira. Jangan bagi kata 'kesian' dan bercerita hal-hal yg mnyeramkan dia. Itu juga satu kebajikan, yg mgkin mmberi syafaat di akhirat kelak. Agaknya, begitulah panduannya utk merawat orang sakit?
Adeh... saya mula teringat kata-kata kakak Jiran kelmarin. Katanya... jiran hujung sekali yg meninggal dunia dahulu, sebab sakit Denggi. Gulp! Dan badan saya dah merah-merah, kerana sedang berperang dgn Nyamuk banyak di dlm rumah. Puas dah cari lopak air dan spray racun serangga. Adeh, rasa Hati dah kembang kuncup!
Nota Nurindah: Dah pergi report JMB apartment. Cuaca yg panas mmg mmbantu lopak air dr saluran trsumbat itu kering. Bila hujan, bertakungla balik. Sabar je... dah siap beli ubat jentik-jentik dan jaring nyamuk utk dipasang kat tingkap. Nasib tak beli kelambu jer.... kalu tidak, tentu kelihatan saaangat romantik kan? :D
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment