Dah ada target nak masak apa hari ni? Jika ada permintaan, seronok betul memasak, kan? Suami saya tidak begitu. Karenahnya hanya nampak bila tak sihat sahaja. Saya takde motivation nak masak. Tapi takpelah. Saya tak mahu menjadi seperti cerita seorang isteri yang terpaksa membuang Lauk dalam periuk. Lauk itu tidak termakan kerana suaminya nak makan Lauk lain. Haru tu... Dan juga ibu yang terpaksa memasak mengikut jenis lauk kegemaran anak. Jika tidak, anak tak mahu makan. Lagi haru tu...
^__^
Jumaat ini, saya ingin meninggalkan Nasihat dan doa di bawah. Tidak tahulah ia berguna atau tidak, tapi sekurang2, amalkan doa yang kat bawah.
JANGAN LUPA
Seorang Anak jangan lupa. Segala kejayaan kita, bukan semuanya dari usaha kita, di dalamnya ada sumbangan Ibubapa, guru dan oranglain.
-Justeru, haruslah jangan bersikap buruk terhadap oranglain, dan dampingi sifat syukur. Supaya oranglain mengambil kita sebagai tauladan yang baik
JANGAN MUDAH
Ibubapa, Jangan juga mudah mengeluarkan kata bahawa Anak yang selalu dirundung masalah itu kerana UNTUNG NASIBNYA.
- Supaya ibubapa tidak terlupa, mereka juga sebahagian dari hidup anak itu. Dan mungkin ada memberi SUMBANGAN dalam masalah Si Anak itu. Justeru, sentiasalah mengambil hati si anak, dan orang-orang yang dikasihi si anak di dalam hidupnya. Supaya si anak mahu mendengar nasihat orangtua.
Seorang Suami jangan mudah mengatakan bahawa jika perasaan isteri terluka, itu adalah NASIBNYA. Pandai-pandailah menghadapi.
- Isteri ialah pendampingnya, jika perasaan isterinya terluka, mungkin suami akan terluka sekali. Isteri merupakan Tiang Seri rumahtangga. Jika hilang serinya, hilang juga seri rumahtangga. Haruslah difikirkan, bahawa ia memerlukan campurtangan suami atau tidak.
Seorang Isteri janganlah mudah hilang arah ketika perasaannya terganggu atau tidak mendapat apa yang diingini.
- Kerana jika suami mengambil tahu, memang mudahlah kita mendapat perhatian dan pujukan. Namun, jika tiada siapa yang hendak memujuk, buat apa hendak MERAJUK HATI? Bagaimana cara kita melayan suami, seperti itulah nanti anak-anak akan mengikut cara kita. Anak-anak akan mudah mengambil hati dengan cara kita. Kerana pengaruh Ibu terhadap anak itu sangat dekat berbanding bapa. Begitulah nanti mereka akan melayan isteri atau suami mereka. Si anak lelaki, menjadi seorang penyabar dan melayan-layan rajuk isteri. Si anak perempuan akan cepat mengumpul rasa terhadap suaminya. Jadi, untuk mengelak masalah begini, lekas-lekaslah mengubah diri! :) Insya Allah, Allah akan bantu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik
(O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu.
Sumber: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment