Bismillah.
Saya tenang. Tapi fikiran dah menerawang lama di dalam bas. Wanita yg mnjadi penjual sayur di pasar itu sering brtanya hal saya. Saya tidak kisah jk dia org indonesia, dan saya cuma kenal dia di pasar saja. Tetapi brtanya ttg peribadi seseorang secara begitu, sangat tidak baik.
Jika saya datang brsama suami, dia kelihatan sangat SOPAN. Tapi jika saya datang seorang, sangat banyak tanyanya, dan tidak tahu menapis cakap. Berani betul dia. Kerap bertanya hal saya, hal Anak dan pekerjaan saya.
Suami saya bukan bekerja sebagai buruh di tengah panas? Kami mempunyai aset. Dan tidak perlulah saya berkata bahawa saya mmbina perniagaan di internet. Kenapa saya harus bercerita kisah hidup saya kepadanya, hanya utk memuaskan Hatinya?
Malangnya, saya tidak reti menunjuk Muka. Saya tidak tahu untuk berasa marah atau apa... kerana saya kasihan padanya. Saya melihat dia bekerja kuat. Di pasar basah, pasar malam, mencuci rumah orang.
Kehidupan yang sangat berbeza, rezeki yg diberikan berbeza...
Saya bersyukur dengan Nikmat Allah kepada saya.
Aneh, wanita itu tidak tahu menjaga Hatinya. Barangkali dia tidak berasa bahagia melihat oranglain bahagia dan cukup dengan apa yang ada.
Rasa bahagia itu tidaklah mahal
Untuk berasa tidak bahagia tersangatlah mudah
Saya, utk tidak berasa bahagia, memang ada banyak cara.Lihatlah sekeliling. Cubalah gambarkan betapa Mewahnya orang. Tidak ada Syaitankah akan mengusik Hati?
Saya merasai bagaimana, saya yg kerap kena buat kerja lebih, kerana saudara yg lain sibuk menjaga anak. Dan hasilnya, saya lebih cekap menyediakan masakan keluarga. Perlukah saya berasa rendah diri dengan keadaan saya?
Saya melihat saudara saya berkahwin dengan wanita yang pernah sakit berat. Setiap kali melahirkan anak-anak, saudara saya itu terpaksa mmbiayai Operation hospital Swasta (ceasarian) untuk setiap anak. Sedangkan dia hanya anggota kerajaan. Isterinya mudah lemah, tapi subur. Saya tidak tahu nak berkata apa. Dah rezeki isteri dia, suaminya sanggup bergolok gadai demi dia. Adakah saya perlu rasa tidak bahagia kah melihat semua ini, dan berasa Suami tidak sayangkan saya? :D
Sikap suami saya berlainan, mana boleh disamakan dgn saudara saya. Dah itu rezeki isterinya. Mungkin saya tidak berkenan, sebab, mereka masih mahu berhutang untuk menutup lubang lagi. Hidup mati di tangan Allah, janganlah meminta yg di luar kemampuan suami.
Memerhati
Seringkali, saya memerhati perilaku adik-adik, kerana saya tahu orangmuda sangat mudah melakukan kesalahan. Dan tidak mustahil juga, Ibubapa memerhatikan saya, kerana saya juga tidak lepas dari kelalaian.
Apabila kita memerhati, sering kita MENCARI kelemahan untuk DIKOMEN. Itulah syaitan yg mengusik Hati. Berjaga-jagalah dgn Syaitan itu.
Harus letakkan kesedaran sebelum marah-marah di hadapan oranglain
Harus letakkan kewarasan sebelum memperkecilkan orang
Harus dampingi Rasa syukur sebelum membenci perlakuan orang
Muhasabahlah diri kerana mengharap kasih Allah, bukan kasih manusia
Nota Nurindah : Jika orang merampas dan merendahkan Harga dirimu, jangan biar dia juga merampas Kewarasanmu.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
coretan yang sangat indah..terus menusuk ke hati dan sanubari saya..
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDelete:) terima kasih kak. Allah maha pengasih. Kita kena berbahagia dgn rasa bahagia meskipun sedikit. :)
Salam ano,
ReplyDelete:) sama-sama. ia sekadar coretan hati.