Ayam kenny rogers, tapi saya yg masak tau. hihi. Tapi cam tak bape kenny pulak, sbb tak hitam. It's juicy tapi tak terbakar. huhu. Agaknya saya terlebih kuah bahan perap. Saya guna sos lada hitam sepenuhnya. Lagipun saya bakar atas dulang pembakar. Juicy, dan wangi jer baunya. My Hubby dan saya tak sabar2 nak makan kelmarin..
Resipi ni dah merata-rata pegi. kat rumah kak hana ada. Resipi sharm myr
asalnya dari che mid . Tapi saya kopipes dari rumah ika, bangkok. Ayam kenny rogers kat rumah mereka lebih cantik, menarik dan tertarik dari saya punya. sila-silalah ke sana, ya..


AYAM PANGGANG ala KENNY ROGERS
Sumber: Sharm MyR
Resipi asal: Che Mid
Bahan-bahan: (nurindah: saya buat 1/4 ayam jer)
* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - (kak hana: tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- (kak hana gune gula perang)
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
Cara-cara
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- kak hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Nur, Love attracted to Ur roasted chicken lor! Nak mintak, tapi mesti dah abis kan...hehe ;)
ReplyDeletesalam kak....apa khabar...waaa ayam panggang..sedap nampak....
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteAduss best nyerr.. ayam kenny rogers pulak dik nur kita kali ni...hehe...paberet akak ni panggang2 camni nih nur...
Hepi mades day buat nur yang selalu ceria...moga sentiasa dalam rahmat Allah...aminnn :)
nampak sedap. nak simpan resepi ni. nanti senang2 nak perasapkan dapur hehe..
ReplyDeleteHi Sis Love,
ReplyDeletea'a..itu dinner kak. hihi
salam alimaz,
ReplyDeletekurang kolesterol ,kan? ;)
salam kak fzi,
ReplyDeleteayam bakar camni senang dr goreng..hihi. terima kasih kak atas wish. saya menumpang jer hari ibu ni. blom jadi ibu.. :)
salam kak pah,
ReplyDeletecubalah kak. sedap resipi ni. dari jauh dah wangi..