Versi kari saya agak pekat, tapi tak pecah minyaknya. nape ya? mgkin sebab saya guna santan pekat lam kotak agaknya. hai...
Salam sejahtera,
Kari ayam saya kali ni menggunakan resipi chef hanieliza. Tapi buat separuh bahan je. Saya juga kekurangan satu bahan, iaitu kerisik. Jadi, hasilnya tidak secantik dalam buku. takpela, yang penting saya mencuba ikut resipi hari ni. takde la ikut suka kepala je nak bubuh kan? hehehe....
KARI AYAM - sumber buku senangnya memasak Ayam, Chef Hanieliza
Bahan A:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cwn minyak masak
3sdm rempah kari ayam ataupun daging
1sdt serbuk jintan manis
1sdm serbuk cili ataupun cili kisar (nurindah: saya rasa, guna cili kisar lagi sedap)
2 sdm kerisik (nurindah: takde)
2 cwn santan (dr 1/2 biji kelapa)
4 biji ubi kentang - dipotong 4
3 biji tomato -dipotong 4
1/2 cwn jus asam jawa (nurindah: saya guna sedikit pes asam jawa adabi)
garam secukup rasa
sedikit Gula (nurindah: saya tambah)
Bahan B (untuk menumis):
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris
3cm halia - (nurindah: saya hiris)
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili atau cili kisar dibancuh dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan memdidih hingga ayam dan kentang empuk (lembut). (nurindah:Di sini, saya tambah sedikit gula)
4. Perlahankan api, dan masukkan tomato. Biarkan hingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi, roti, pulut, ataupun ketupat.
Salam ziarah,
ReplyDeletenampak sedap kari,
=)
Pagi tadi buat sup ayam xjadi,
hehe..
Jemput ke laman blog saya
http://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/
salam zaidharis,
ReplyDeleteterima kasih singgah. camana sup tak jadi tu? nanti akak singgah blog zaid :)