Salam sejahtera, selamat petang,
Nak update post lunch cepat2 ni. Aritu beli terung, teringin nak buat terung grill kak hana. Biasanya kami jarang makan terung. Nak try resipi ni plak. kak hana dah expert bab terung ni, sebab terung faveret kak hana. Jadi, kita cuba. Yum...terung grill ni rasa segar, dan manis2. Saya grill atas pan juga. Ish ish... sedapnya! Saya yang tak gemar terung pun, sedap jer geget2. rantah pun sedap nih..Terima kasih kak hana sebab tayang resipi ni. Mintak halal saya share resipi kat sini. :)
TERUNG GRILL PAPRIKA - sumber kak hana, asal majalah jepun.
Bahan-bahan
Bahan A
* 3 biji terung - potong serong
* minyak zaitun (nurindah: takde minyak zaitun.saya ganti minyak jagung)
* black pepper (nurindah: saya tumbuk halus)
* garam
Bahan B
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu
* 1/2 inci halia - cincang
* 1 sudu besar syouyu - bleh ganti kicap (nurindah: saya ganti kicap manis)
* 3 sudu besar sos tiram
* air sedikit
* lada capsicum merah dan kuning - potong dadu (nurindah: saya guna capsicum merah je)
* daun bawang - hiris (nurindah: tak bubuh)
* sedikit black pepper
* gula sedikit
* lemon@limau nipis - optional
Cara-cara
* Gaul semua bhn A. Grill terung sehingga masak. ketepikan.
* Panaskan minyak. Tumis bwg dan juga halia hingga naik bau.
* Masukkan syouyu, sos tiram, sedikit gula, blackpepper dan kacau sebati.Masukkan air sedikit sahaja.
* Masukkan lada capsicum. gaul. jika kurang masin masukkan garam. tp bagi hana tk perlu sbb dh cukup masin.
* Curahkan ke atas terung grill tadi. dan taburkan daun bawang. perahkan lemon jika suka.
* Sedia utk dihidang.







salam nurindah...ni yg x syok ni,pantang tgk terung nih, ade mkn 2,3 pinggan kang-rosak diet (kenkonon) :D
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeletewah...suka terung juga? resipi ni sedap, deliah. kami makan rantah2 je. :)