Kulit wantan masih ada lagi kat freezer. Kali ni guna ayam cincang jer. :)
Salam sejahtera,
Buat wantan goreng petang kelmarin. Ini sebab dah teringin sangat bila tgok Ika, kak zanarose dan chikmimi, buat wantan goreng. Semuanya resipi berbeza, tapi rupanya tetap sama... ;)
WANTAN GORENG - bahan filling diubahsuai dr resipi wanton soup ika
BAHAN:
* 150g Minced chicken atau udang
* 2 Ulas Bawang Putih cincang
* Kicap manis secukup rasa
* Tepung jagung
* Minyak Bijan sikit jer
* Lada Sulah
* Lobak merah -dicincang
* Garam
* Gula
CARA:
1. Gaul sebati semua bahan filling.
2. Ambil satu kulit wantan, isikan filling. Boleh buat bunjut macam versi saya atau lipat2 macam di sini. Untuk versi bunjut, lebih cantik kalu isi jgn penuh sangat, pastu ada jurai lebih. cantik...
3. Goreng di dalam minyak penuh, api slow skit, supaya intinya masak.
4. Toskan, hidang ngan sos cili thai...umph!
memang tercari-cari resepi ni ..alhamdulilah terima kasih kerana sudi berkongsi
ReplyDeleteSalam Fuzids,
ReplyDeleteSama-sama..moga dapat membantu. :)