Salam sejahtera, selamat pagi,
Alhamdulillah, dah sampai hari Jumaat. Saya diizinkan panjang umur sampai ke hari ini. Diam tak diam, hari ini dah 22 JamadilAwwal. JamadilAkhir, Rejab, Syaaban, dan mula Ramadhan...memangla Ramadhan bulan 8. Tapi kita bila kira mengikut bulan2 Islam, kita dah mula tambahkan ibadat dan banyakkan puasa sunat bermula Rejab...."Puasa Ganti" pun dah kena rush hour ni...
Aritu ambil baju kurung kat kedai jait, tukang jait siap pesan,
"Last ambil tempahan baju raya, sebulan sebelum puasa ya..." uhukss..
Yg biasa amik tempahan biskut,memang dah mula sibuk kumpul bahan mentah. Bagi kita? mula2lah berjimat untuk keperluan diri dan keluarga di hari Raya kelak dan belanja kos balik raya di kampung.
Oh!Ya, lusa, hari Ibu. Bagi yang nak buat surprise utk ibu, bole dah nak rancang.. ;). Pagi ni, buat roti pizza. Ternampak kat rumah kak nor,secubitgaram kelmarin. Teringin nak makan. Buat bahan2 yang ada dalam peti ais. Ada sedikit daging rebus, tomato puree, shredded cheese, sedikit capsicum, dan juga roti. Jadi, horrey! versi abeskan stok.takde dok fikir2 lagi, apa aku nak buat ngan balen2 kronik lam peti ais ni. hikhik... Alhamdulillah. Dapat 4 keping.

Sebelum

Selepas
ROTI PIZZA
Roti gardenia
Tomato puree (kimball)
Keju parut
Daging rebus - dipotong nipis, (bole juga disiat)
Serbuk lada hitam (bole juga lada hitam tumbuk)
capsicum -dihiris atau didadu
CARA:
1. Panaskan oven 180c, api TOP
2. Atur dulang pembakar, letak roti.
3. Sapu roti dengan tomato puree.
4. Tabur daging rebus, capsicum, serbuk lada hitam, dan keju parut secukupnya.
5. Bakar selama 15 minit sehingga tepi roti dan keju kelihatan sedikit garing.

No comments:
Post a Comment