Bismillah.
Moga saya tidak terlalai dgn urusan internet ini.
Saya tidak berharap sepenuhnya kpd blog, kerana ia host FREE . Sedangkan blog bertanda dotcom pun masih banyak yg saya klik, tetapi yg tertulis di situ dah expired. Sebab itulah saya belajar utk tidak bergantung kpd internet. Takdelah kita stress apabila tak boleh nak online selama berhari-hari... kerana broadband pun nak kena topup juga. P1 ni mahal, terpaksalah berjimat-cermat. Even, yg berbayar tolak by Ccard sekalipun.
Apa-apa sekalipun.... kita harus ada BACKUP, sayang jugalah segala hasil penulisan/resipi ciptaan kita terkubur mcm tu saja. Segala penat lelah kita mengasah idea..
HUTANG
Kita tak terlepas dr itu.
Bila saya berbincang2 dgn Hubby, dia setuju bahw kos hidup semakin tinggi. Inflasi? Entahlah.
Dahulu kami menerima cam gitu jer keadaan, maknanya, nak buat camana... bayar jela. Tetapi sekarang ini, kami cuba menongkah arus/gaya hidup.
Tiada orang yg tiada masalah. Semakin dewasa, bahu semakin terbeban dgn pelbagai tanggujjwb. Ada yg nak kahwin, ada yg perlu memiliki kereta, ada yg perlu beli rumah. Dgn kata lain, mereka kata mereka terpaksa. Dharuriyyah kata orang... Saya dan Hubby juga tidak pernah lepas dr benda semacam tu.
Bila saya rasa TAK SEDAP HATI kerana mendengar komen orang itu dan ini, atau melihat adik2 terpaksa hidup dgn gaji yg seadanya, sedangkan semua harga semakin naik, saya rasa diam itu lebih baik. Berfikir-fikir... Sesungguhnya bukan semua orang yang dilahirkan saja, dalam keluarga mewah.
Duhai adikku, kalau akak menghalang-halang dr kamu berbuat itu ini yg mmerlukan belanja yg besar, bukanlah niat apa-apa. Ia kerana kak sayangkan kamu, takut kamu tersilap langkah... dan kak tak berduit banyak nak bantu kamu. Ibu kita pula bukanlah berharta sangat nak pinjamkan kamu duit. Tak macam sesetengah orang, boleh bergantung dgn family bila2 kesusahan, walaupun dia tidak mndengar kata. Tetapi kalau kamu, yang tersilap langkah, kak akan terasa ' sakit hati' KERANA kak tak mampu menolong kamu dr kesusahan. Itulah besarnya kasih kak kepada kalian semua....
Itu juga besarnya kasih ibu dan bapa kepada kalian.
* Nak kahwin, kahwinlah dgn Si Gadis yg hantarannya semampu kamu. Kamu pun hendak buat kenduri di rumah ibu kamu lagi, nak mnjaga airmuka ibubapa kamu.
* Nak berkenderaan atau berumah, janganlah sampai buat pinjaman 2-3 tempat.
* Nak buat bisnes, belajarlah dr orang yg boleh membimbing kamu. Barulah keluarkan modal.
* Nak membeli barang yg harga lebih 2-3 ratus... menyimpan itu lebih baik.
Jangan padankan hidup kita dgn hidup orang . Tiada apa yg dimalukan kalau kita tak mengikut cara hidup orang. Sebab itulah ulamak selalu pesan, kalau nak bandingkan juga, bandinglah dgn orang yg kurang dari kita. Supaya kita selalu memandang ke bawah, sedar, langit tidak sentiasa cerah.
Sentiasalah belajar dr orang yang tersungkur banyak kali dan bangkit, ambil TAULADAN dari dia.
WISHLIST JAR
Saya juga ada wishlist, tetapi sebelum ini Hubby sentiasa berusaha mengadakan utk keluarga kecil kami, sampaikan saya terlupa yg kami bukanlah orang yg sentiasa ada 'duit mengalir masuk'.
Sejak kami ada rumah sendiri, barulah kami tahu bebannya macam-macam. Dari A to Z. Dahulu ada tinggal di rumah sewa, tidaklah kami fikir detail sprt itu. :) Katan orang, bila ada anak, kita hanya fikirkan keperluan anaK, berhabis segala benda sebab SAYANG . Macam tu jugalah sayangnya suami terhadap isterinya.
Janganlah kita sbg isteri mengambil kesempatan.
Sejak dulu dah mula menyimpan-nyimpan duit utk perkara sprt ini, tapi tak serius. Rasanya kena serius, sebab ekonomi di luar skrg pun tengah serius.
Di antara Belanja :
Wishlist jar :
JAR KOSONG- Saya buat guna paint saja. Copy saje kalu mahu.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment