Bismillah. Moga teman-teman ceria dan bahagia sentiasa...
Selagi Internet P1 ini elok, Insya Allah saya Blogwalking. Ampun dan maaf kalu tak sempat ya, sebab nak post ini pun saya dah banyak kali refresh bar kat atas nun, termasukla refresh modem...
Nafkah dan barokah
Di dalam buku nota hati seorang lelaki, saya ada terbaca, perlunya seorang suami menyediakan nafkah yang halal dan tiada unsur syubhah kepada anak dan isteri. Nafkah keperluan ialah wajib. Di antara penyebab anak dan isteri susah nak patuh/dengar cakap, juga ada berkait rapat dgn rezeki yg diberi oleh suami dalam rumahtangga . Sebab itulah nafkah yang diberi makan kepada anak isteri.
Bahkan dalam tulisan lain, saya pernah baca tentang ini. Keruntuhan rumahtangga juga berkait dgn barokah dalam rumah kita, yg mana benda di dalamnya adakah dr sumber halal/ tidak halal/ syubhah. Maknanya, suami harus berhati-hati dlm soal sumber nafkah ini..
Jangan jadi macam citer Karlos tu, :) " Mak ambik duit ni, beli apa yang patut. Tetapi jangan beli barang utk dimakan... " HUHU.
Keperluan Ibubapa
Tidak dinafikan, kami sering menepikan wang gaji untuk diberikan kepada ibubapa sepertimana kami membayar bil letrik, dsbg, dan ia bukanlah wang sisa. Alhamdulillah, masa raya puasa baru-baru ini kami diberikan rezeki utk mmbantu ibubapa mengadakan majlis perkahwinan adik . Majlis perkahwinan kan, hal besar dan belanjanya besar. Meskipun sumbangan kami tidaklah besar, itu juga di antara tanggungjawab kami utk meringankan beban.
Keperluan emosi
Selagi mampu, kami akan balik utk mnziarah ibubapa. Mendengar keperluan dan meringankan beban mereka. dan semestinya, saya juga harus bersiap-siap agar urusan rumah terjaga. Bahkan hujung minggu ialah masa mengeratkan hubungan kami berdua, kerana waktu-waktu yg lain...hubby yg bekerja kilang amat penat. Tugas saya sbg isteri, juga sbg menantu, kakak dan anak semua mesti dijaga. Jauh bezanya keadaan saya semasa arwah abah masih hidup, dgn keadaan skrg ini...banyak betul yg memerlukan perhatian.
Tugas menjaga anak perempuan
Saya pernah mendengar seseorang mengatakan, " Mereka tanggungjawab aku sehingga mereka dikahwinkan. " Juga, saya melihat sendiri beberapa situasi yang menyebabkan saya terfikir-fikir, adakah tanggungjwb ibubapa habis/tamat setelah anak-anaknya dewasa?
Begitukah saya harus melayan bakal anak-anak saya nanti?
Pernah baca kisah ini? Kisah omputih, bagaimana seorang ibu yang menyerahkan satu buku akaun simpanan kepada anak gadisnya yang baru berkahwin, dgn baki 1 ribu. Si ibu meminta supaya buku simpanan itu dijadikan rekod perkahwinannya. Setiap kali ada memori indah, masukkan duit ke dalamnya dan catat memori itu.
Bacalah kesudahan ceritanya : http://sam-puansyurga.blogspot.com/2013/10/
Jika mahu terus membaca, bacalah sedikit petikan dari buku ustaz pahrol. Di bawah ni, buku saya sendiri...
TUKAR TANGAN, BUKAN LEPAS TANGAN
Koleksi anis: Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Sumber yg ditulis kembali dari Nurwahida http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2519.0
“Ah, tak habis-habis…”
“Memang ia tidak akan habis.”
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila.”
“Ya ke?”
“Itulah tangungjawab ayah,” tingkah saya.
“Ingatkan bila dia sudah bersuami, lepas tanggungjawab saya.” “Tak juga. Bukan lepas tangan, cuma tukar tangan. Dari tangan ayah ke tangan suami.”
Menanggung dan Menjawab
Saya menambah, “Itulah tanggungjawab. Kita perlu menanggung, kita akan disoal dan terpaksa pula menjawabnya.”
“Maksudnya?”
“Anak kita adalah tanggungan kita. Tegasnya, amanah Allah. Kita wajib memenuhi semua keperluannya.”
“Saya rasa semuanya telah dibereskan… sejak kecil hingga dia telah bersuami sekarang.”
“Maaf, apa yang awak faham tentang keperluan seorang anak?”
“Kenapa awak tanyakan itu?”
“Sebab… jika kita faham semua keperluan seorang anak, barulah kita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya. Dan setelah itu barulah boleh kita menjawab sama ada tanggungjawab itu sudah selesai atau tidak.” Dia diam. Berfikir barangkali.
Keperluan Seorang Anak
“Apa keperluan seorang anak?”
“Keperluan fizikal dan material. Makan minum, pakaian, perlindungan…”
“Itu sudah. Sudah saya penuhi.” Saya mengangguk. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sudah sewajarnya.
“Keperluan akal. Maksudnya ilmu. Ilmu akademik dan ilmu agama.”
“Itu pun sudah. Dia berijazah. Ilmu agama? Sejak kecil dia telah saya bekalkan ilmu fardu ain. Khatam Quran di sekolah rendah lagi.”
“Keperluan perasaan…”
“Ha? Keperluan perasaan? Nilah baru saya dengar…,” balasnya terus-terang.
“Keperluan perasaan ialah hak anak untuk didengar kata-katanya. Hak anak untuk dibelai melalui kata-kata. Mendapat pujian, rangsangan, dorongan, teguran, simpati, empati dan ….”
Keperluan Perasaan
“Tunggu, tunggu! Semua ini membuat saya keliru. Keperluan perasaan… tolong jelaskan.”
“Hak untuk didengar. Maksudnya, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik kepada anak-anaknya. Kita dengar cerita, rintihan, keluhan, suka dan duka hatinya. Itu keperluan yang sangat penting. Malah, kata pakar psikologi, manusia memerlukan kata-katanya didengar sama seperti tubuhnya perlukan makanan.”
“Begitu ya… rasa bersalah pula,” keluhnya. Mukanya tiba-tiba redup.
“Mengapa, tiba-tiba sedih.”
“Semalam, anak perempuan saya datang. Mengeluh tentang kepenatannya mengurus hal rumah dan anaknya. Minta nasihat, apakah perlu dia dapatkan khidmat pembantu rumah. Dan selepas tu minta pula tolong kalau-kalau saya ada ‘contact’ nak dapatkan pembantu rumah yang baik.”
“Respons awak bagaimana?”
Dengar Aduannya
“Saya kata, dia kan dah ada suami? Rundinglah dengan suami. Kenapa masih mengadu pada saya? Kalau masalah kewangan, boleh saya tolong. Ni, mereka mampu. Hanya nak datang mengadu… ha, pening saya. Bukan awak tak tahu, saya pun sejak akhir-akhir ni tak berapa sihat.”
“Itulah keperluan perasaan seorang anak. Lain rasanya, bila anak-anak luahkan masalah di depan suami berbanding seorang ayah. Siti Fatimah pun pergi bertemu ayahnya, Rasulullah untuk mengadu kepenatannya dalam menguruskan rumah tangga ”
“Ya, ya… sekarang baru saya rasa.”
“Itu baru keperluan perasaan. Ada lagi satu keperluan yang jauh lebih penting…”
“Ada lagi?” Dia terkejut.
“Keperluan hati, keperluan rohani…,” jawab saya seakan berbisik.
“Macam mana tu?”
Soalan Yang ‘Basic’
“Keperluan hati ialah keperluan mendapat didikan. Anak-anak perlukan pendidik dan pemimpin dalam hidup mereka. Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin.”
“Macam mana nak mendidik anak?” Tanpa sedar dia menyoal soalan yang sangat ‘basic’. Seolah-olah orang yang belum mempunyai anak, sedangkan dia sebenarnya sudah bercucu. Namun dalam hati, saya sendiri sebenarnya dihujani pertanyaan yang sama.
“Kita ibu bapa perlu jadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak. Didikan yang berkesan melalui teladan. Kita cuba sedaya upaya menjadi insan soleh untuk memimpin mereka menjadi soleh dan solehah. Agar dengan itu mereka boleh contohi solat, puasa, kegigihan, kejujuran, ketulusan, amanah dan lain-lain sifat mahmudah kita.”
“Wah, itu berat. Benar-benar berat.”
It’s a Journey
“Sekarang, secara tidak langsung kita dah boleh menjawab apakah tanggungjawab kita sudah selesai apabila anak perempuan sudah bersuami?”
“Sudah. Saya mengaku, betul, ni terus-terang… saya belum selesai lagi tanggungjawab sebagai ayah. Keperluan perasaan, keperluan hatinya belum lagi saya penuhi…”
“Awak, saya dan semua ibu bapa tidak akan dapat menyelesaikan…”
“Maksud awak?”
“Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan. Tidak ada ‘dead-line’. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai... it’s a journey, not a destiny!”
“Tapi selalu saya dengar, ada ibu bapa yang kata ‘anak saya dah lepas’. Apa maksudnya tu?” “Entah, awak yang selalu dengar, agak-agak apa maksudnya?” kilas saya kembali.
“Tak pasti pula. Tapi setahu saya, maksud ‘dah lepas’ tu ada dua. Pertama, dah lepas pengajian dan telah bekerja. Jadi anak tersebut sudah ada sumber pendapatan sendiri, tak payah lagi ditanggung oleh ibu bapanya…”
“Satu lagi?” “Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah ‘lepas’ tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka.”
Jadi Co-Driver
Saya rasa istilah ‘lepas’ tangan tu tidak berapa tepat…”
“Kenapa?”
“Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak bertanggungjawab. Macam kita memandu kereta… tiba-tiba kita lepas stering. Buruk padahnya.”
“Jadi, istilah apa yang tepat?”
“Tukar tangan. Kita bertukar tangan dengan menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan kita. Umpama memandu kereta… sebelum anak kita kahwin, kita jadi ‘driver’. Tapi bila anak dah kahwin, kita jadi ‘co-driver’… menantu lelaki kita pula jadi ‘driver’.”
“Cantik perumpamaan awak tu.”
“Awak tahu apa tugas co-driver?”
“Dia tak boleh alpa. Memang dia agak rehat sedikit tetapi bukan rehat sepenuhnya. Dia mesti sentiasa menemani ‘driver’ dan sedia untuk membantu bila-bila diperlukan. Ibu bapa yang baik sentiasa menjadi penasihat, pakar rujuk, kaunselor, pendamai dan mentor untuk anak-anak, menantu, cucu dan cicitnya… Selagi hayat dikandung badan.”
“Wah, itu rupanya maksud tukar tangan… bukan lepas tangan!”
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment