Bismillah. Jam 2.20 pagi.
Akhirnya pukul 12 lebih , dah selesai daurah syeikh Nuruddin. Habis bab al Ghuslu (mandi). Ia penerangan hadis ttg mandi wajib/mandi janabah.
Hari sebelumnya penerangan hadis pelbagai riwayat ttg cara Rasulullah berwudhuk. Ia penerangan ttg hadis, bukan menterjemah satu persatu.
Insya Allah, penerangan syeikh jelas dan teratur... sama saja dgn penerangan semasa di TV al Hijrah tak lama dahulu. Tetapi bertalaqqi ni lain, bila berhadapan harus saling menghormati. Menghormati majlis tanpa gangguan bunyi henpon, atau berbual2 sesama sendiri. Syeikh marah kalu begitu, saya sendiri pernah terkena :)
Tetapi saya tak serik.... Kita niat nak blajar kan?
Nota saya:
Kita kena mandi wajib setiap bulan, sbb haidh. Jika sudah berkahwin, pastilah makin kerap kan? Tatacara mandi wajib yg disarankan Rasulullah, jangan membazir-bazir air. Rasulullah SAW hanya berwudhuk dgn 1 mud saja ( anggaran 1 botol mineral kecil), mandi wajib pula anggaran 4 mud ( 1 botol mineral besar).
Er.... mampukah kita?
Refresh secara mudah :
Basuh tangan
Membasuh 'bahagian hadapan' yakni alat sulit kita (beserta niat kerana hendak mandi wajib)
Mengambil wudhuk
Menyiram air di kepala dan menyelati rambut supaya air kena ke kepala dan serata bulu/janggut/misai .
Menyiram bahagian tubuh yg kanan
Menyiram bahagian tubuh yg kiri.
Membasuh seluruhnya.
( Jaga air wudhuk. Biasanya kalu saya- saya ulangi niat masa nak menyiram kepala, takut lupa :)
* Rasulullah SAW melarang menyentuh kemaluan dgn tangan kanan, cthnya sprt semasa bergurau senda dgn suami/isteri.
* Apabila seseorang duduk di atas 4 anggota (peha), dihalakan ke situ , hendaklah mandi meskipun tidak keluar (air mani). - Ini bermaksud wajib mandi hadas apabila berhubungan meskipun tidak keluar air mani.
* Riwayat dr ummu Sulaim: Rupa air mani lelaki itu putih kental, manakala wanita kuning cair.
Utk mngenal airmani sekiranya ternampak di atas tilam atau pada kain.
* Ummu Salamah bertanya rasulullah SAW ttg seorang perempuan yg bersanggul, adakah wajib dia melepaskan sanggulnya semasa hendak mandi wajib? rasulullah SAW bersabda ; Tidak perlu, cukuplah dgn menyapu kepala (yakni yakin air sampai ke kulit). Penerangan: Jika rambut tebal/kerinting wajib diuraikan sanggul supaya air kena pada kulit kepala.
* Rasulullah tidak menyukai orang yg mandi telanjang. Satu riwayat rasulullah SAW naik ke mimbar dan memuji Allah lalu bersabda; Allah itu Maha Pemalu, dan menyukai hambaNya yg pemalu. Ia sifat yg disukai agama.
* Riwayat siti Aisyah, rasulullah SAW ditanya ttg seorang lelaki yg menemui selimutnya basah (seakan air mani), tetapi tidak bermimpi (mimpi basah), Adakah dia perlu mandi? rasulullah SAW berkata ;YA.
Seorang lelaki yg bermimpi tetapi tidak keluar airmani? rasulullah SAW berkata; Tidak perlu mandi.
* Seorang lelaki bertanya rasulullah SAW, dia mandi janabah, solat Fajar, kemudian dia terlihat sesuatu di bawah kukunya yg tidak terkena air. Rasulullah SAW menjawab ; Basuhlah yg setakat yg tidak terkena air itu saja untuk mnyempurnakan mandi.
Masih fresh lagi, terus saya tulis. :) Alhamdulillah. Sebenarnya banyak lagi yg Syeikh terangkan, sampai tersipu2 kami Muslimat. Semuanya terang dan jelas utk Muslim, mahupun kami Muslimat. Jika Syeikh bercerita banyak, itu adalah caranya. Minggu depan bab lain pula.
Kalau nak dengar penerangan yg jelas dan lebar, datanglah bertemu Syeikh... Insya Allah kita dapat pencerahan sama ada ibadah kita selama ini 'sempurna' atau 'kurang sempurna'.
Tamat bab mandi: terakhir mukasurat 70/ 471 .
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
menarik sekali..untungnya indah dapat berguru secara langsung dgn sheikh..nmpknya skrg cikgu berguru dgn indah melalui blogla ye..terima kasih atas perkongsian!!(^_^)
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam teacher,
Saya cuma berpeluang, sbb ada orang nak bawa. Saya share mana yg mampu, teacher. :)