Utk mengisi waktu Jumaat yg berkah.
Inilah, saya jumpa link videonya, semasa daurah Syeikh nuruddin. Ini bab wudhuk. Sesi 'perbincangan hadis' pelbagai riwayat dalam kitab Misykat al Masobih semasa daurah di bkt beruntung.
Dlm penerangan syeikh, ada masa rasulullah SAW berwudhuk ulangannya 3 kali, ada yang 2 kali , ada 1 kali sahaja. Riwayat berbeza mengikut guru yg berbeza. Sebab perbincangan ini tujuannya mencari cara rasulullah SAW berwudhuk.
# Jangan sekali-kali mencari mana yg salah/ mana yg betul. Kerana itulah kalu membaca kitab, kita mesti BERGURU. Sbb ada musabab dan penerangannya...
Jangan pening, cuma kena bulatkan mata cari bahagian mana yg syeikh sdg cakapkan saja. Hehe.
Penerangan : Tatacara wudhuk.
hadith 207 : Dikaitkan dgn hadith "mata pengikat dubur " (hadith no 168 ) , spy senang nak faham.
hadith 208 : Istinsyar.
hadith 209: time 13:43 Abdillah bin Zaid bertanya : bagaimanakah rasulullah SAW berwudhuk?
Nota saya:
Bismillahirrahmanirrahim
(Sebelumnya kita bersugi)
Menuang air di atas telapak tangan.
Membasuh tangan.
Berkumur-kumur (madhmadha : Madhmadha adalah memasukkan air ke dalam mulut, kemudian berkumur-kumur dengannya, lalu disemburkan keluar.)
DAN memasukkan air ke dlm hidung dan mngeluarkannya (Istinsyaq dan Istinsyar)
Membasuh muka.
Menyapu tangan sehingga ke siku, kanan dan kiri.
Menyapu kepala dengan 2 belah tangan (Tengok caranya dari ubun-ubun sehingga tengkuk lalu dibawa ke depan semula :)
Menyapu telinga.
Membasuh 2 belah kaki.
LINK VIDEO 00015 sebahagian daurah Syeikh Nuruddin utk bab ini - rakaman seorang sahabat daurah (er, tak berkenalan pun dgn dia :) Cuma sbb dia rajin mengambil video. My Hubby pula rajin rakam mp3. Boleh rujuk petikan buku di bawah, klik newtab.
" Mata pengikat dubur " (hadith no 168 ). Yg bawah ni, bab sebelumnya : apa yg mewajibkan wudhuk.
Penerangan : Tidur boleh menyebabkan batal (menggaru2 tanpa sedar, keluar angin). Maka di antara yg mmbatalkan wudhuk ialah tidur.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment