Moga kita menjalani hari yg indah...
Asas utama untuk berumahtangga, ialah bakal suami yg bekerja. Bagitu jugalah asas ibubapa untuk menyara anak-anak, ialah bekerja. Selain kasih-sayang, kita memerlukan sesuatu yg menjaga dan melindungi keluarga iaitu :
Nafkah = Pendapatan = DUIT
Hidup di zaman ini, duit boleh menjadikan kita materialistik. Berbeza cara penghidupan mereka yg tidak berada di sekitar pasaraya, atau membandingkan kereta siapa paling besar, rumah siapa paling gah, ataupun anak yang mana paling cerdik.
Camana nak tutup mata?
Dulu tengok dalam tv saja, tetapi sekarang semua boleh dicapai.
Ada keluarga hidup dengan apa yg ada.
Ada keluarga bersaing-saing.
Ada keluarga memang dah lahir, dari keluarga yg mewah.
Kita tidak sama.
Kadang-kadang, saya berasa diri makin materialistik. Semua perkara di bandar memerlukan duit. Tak berbaju baru, kita malu. Berkereta lama, orang menyindir. Tidak pergi vacation bagaikan orang yg tak berduit sangat-sangat.
Saya rasa, dulu saya dan adik-adik beli kain sedondon, berarak beraya ke rumah orang seperti boria, tak malu pun.
Yalah, budak-budak...
Eh, budak-budak sekarang pun dah tau malu tau. Nak yg branded saje. huhuhu.
Penat nak menghadapi hidup yang dikatakan 'class'. :)
Hubby cakap, nanti kalau kami ada kids, dia nak ajar cara orang susah.
Ala... Hubby sendiri pun suka yg class bergaya. hehe.
Sedangkan Rasulullah saw meskipun mampu hidup mewah, tetapi baginda mengorbankan segalanya utk ummat.
Kita ni kadang2 malu tak bertempat. Kadang2 pemurah tak bertempat. Untuk membantu saudara yg kesusahan, kita berkira. tetapi nak membeli benda yg kita teringin senang saja nak keluarkan duit... Hendak mengeluarkan duit utk kemasyalatan ummah kita berkira, sedangkan utk sst yg mmberi faedah dan keuntungan, laju jer..
P/S: Hari ini, saya dan suami ada berbincang2 hal kewangan. Eh, tiba-tiba hari ni ada pengumuman bajet 2014. Saya juga terjumpa blog pakdi.net, seorang penulis buku kewangan. Banyak betul kumpulan nasihatnya. Pak Di cakap, gaya hidup yang bergaya itu ialah gaya hidup orang makan gaji. Saya pernah membaca bukunya, mudah dan membuka minda.
Di antara artikel pak Di : Rahsia-urus-hutang-hati-tenang
:) Moga memberi manfaat.
Betul ke, kita buat sesuatu yang kita suka, and we get paid for it?
Kdg2 terpaksa buat benda yg kita tak suka, kn?
Sumber: blog pakdi.net.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam nurindah, belanja berkadar kadar tu byk kebaikannya. Ukur baju di badan sendiri bak kata org. Insyallah selamat kita. Tak lupa juga hulur sedikit pada kedua ibubapa. Byk barokahnya......
ReplyDeleteSalam indah..orang kata duit tu dunia semata2..tapi kita kena jadikan dunia sbg jambatan ke akhirat..maksudnya duit tu juga akan jadi jambatan utk kita ke akhirat..semoga kita tergolong dlm golongan hamba Allah yang tahu bersyukur..(^_^)
ReplyDeleteSalam ano,
ReplyDeleteTerima kasih ano. Berkadar-kadar itulah... harus merancang. Dunia skrg banyak jeratnya, :)
Insya Allah, ada bahagian utk ibubapa.
Salam rindu, teacher, :)
ReplyDeleteTerima kasih teacher. Duit dan segala material perhiasan dunia, jalan utk mncapai matlamat. Moga ia menjadi bekal yg barokah. Amin :)