Bismillah,
Hidup mesti mengikut aturan
Apabila manusia melanggar aturan sesuka hati, maka terjadilah bencana, terjadilah perselisihan.
Seperti jika tidak mengikut aturan traffic light di jalan yg sesak. Lampu merah pun hendak dilanggar.
Seperti hendak memotong kereta/lori di jalan yang 'double line', orang yang memandu di jalan bertentangan pun tidak menyangka tiba-tiba ada kereta di tengah-tengah.
Orang muda, pastilah hanya hendak mengikut darah muda, maka peranan ibubapalah yang berhak menyekat atau memberi teguran supaya mereka tidak mengikut perasaan.
Apabila seorang saudara lelaki yang berkahwin dahulu kerana mengikut sunnah, adakah peranannya supaya saudara-saudara perempuan yang lain juga turut dikahwinkan?
Berkahwin - dikahwinkan ialah sesuatu yg berbeza.
Apatah lagi jika mereka sudah tiada bapa.
Selalunya, jarang saudara lelaki hendak mngambil tahu nasib saudara perempuan selepas mereka berumahtangga. Sibuk.
Aturan Allah, ia tidak begitu. Aturan Allah dah cantik.
Sepertimanalah jika ibubapa itu meskipun tidak banyak jasa kepada anak-anak, atau meninggalkan mereka. Tetapi aturan Allah, tetap menyatakan kita mesti menjaga mereka.
Sepenuh hati.... Jangan berburuk sangka kepada Allah. Hal jiwa dan sebagainya, ikutlah fikiran dan pertimbangan kita.
Meskipun Allah menyuruh kita beribadah. Allah juga menyuruh kita bermu'amalah. Allah menyiapkan model PesuruhNya, rasulullah SAW. Bagaimana rasulullah menjalani kehidupan seharian, mengikut aturan Allah. Cara rasulullah melayani oranglain, cara rasulullah berakhlak, cara rasulullah menegakkan yang batil juga yang hak.
Sunnah, ia satu yg disukai rasulullah. Sebenarnya, masih banyak sunnah rasulullah yg kita telah lama amalkan dalam masayarakat kita. Cuma kita saja yg tidak sedar. Kita KETERLALUAN membantah, TERLEBIH memandang yang kurang sahaja.
Bersederhanalah...
Jangan sampai terlalu mengejar yg katanya utk bekalan akhirat, tetapi rupanya ada lagi hak oranglain yang dia abaikan. Nau'zubillah.
Jika Allah meminta kita membuat bekalan utk di akhirat kelak, sebelum mati, maka bersiaplah. Jangan leka dgn bersuka ria dgn keluarga tak tentu hala. Jangan leka dgn sumber pendapatan yg syubhah. Jangan leka dgn CINTA yg tidak membaiki agama kita...
Jika CINTA tidak sampai ke situ.... tetap bersederhanalah, Ketakwaan itu bermula dari diri, jadi haruslah melihat diri serba kurang, barulah boleh mengubah keadaan. Jangan sekali-kali berasa diri lebih hatta dari ibubapa yang serba kurang ilmu agama sekalipun...
Ikutlah aturan Allah, buat yang wajib, tinggalkan larangan, berusaha menjauhi syubhah.
Amin.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment