Ada orang kata, seorang yg bijak dan dermawan belum tentu melayani oranglain dgn baik. Ada orang kata, seorang yg cantik/lawa selalunya bersikap sombong. Ada orang berkata, seorang yg baik dan pandai mengambil hati belum tentu dia tidak bermuka-muka atau bersikap mendesak. Andainya bertemu dgn orang yg mmpunyai segalanya pun belum tentu dia mahu melayani kita kerana kita tak setaraf dgnnya.
Itu kata orang. Actually, saya membaca pandangan seorang lelaki di FB dlm pencariannya mencari calon isteri.
Sebenarnya APA pandangan kita terhadap DIRI sendiri? Itu yg paling utama. Kenal diri sendiri, baru sibuk2 nak kenal oranglain. hehehe... orang kata biarlah sekufu.
Bahkan apa yg kita laburkan utk diri sendiri?
* Hasil pembacaan buku di library.
Dlm manage bajet Gaji sekalipun, pakar kewangan terkemuka menyarankan kita melabur terhadap diri sendiri dahulu sebanyak 30% barulah menyipikan duit utk untuk oranglain/perkara lain. Ia termasuk insurans/ duit poket/ menyimpan. Oh, jangan harap duit KWSP semata-mata yg takkan boleh dikeluarkan bila trdesak. Banyak faedahnya trmasuklah kita akan berasa selamat kerana ada duit cash sekiranya berlaku apa-apa.
# Hasil kelas agama.
Dalam bersedekah trhadap diri sendiri pun, kita dilarang menzalimi diri sendiri trmasuklah kedekut utk menambah pahala. PAHALA ialah bekalan semua umat islam untuk menuju Jannah.
Keduanya seimbang, kerana kita mmpunyai bekal di dunia juga bekal di akhirat dan kita tak rasa tersiksa. :) Teruk bunyinya kan?
? Ulasan pembacaan:
Hutang- sepatutnya kita bermula dgn tidak melebihi 30% dr gaji. Tetapi mampukah kita melengkapkan segala perkara dgn kereta RM300, minyak RM200, rumah RM300-500 . Macam mana dgn org yang gaji minimum tak sampai RM2K? Ah, benar lagi besar periuk lagi besar keraknya. Namun kita tak harus bersangka bukan2 kerana seseorg mmpunyai alasan 'daruriyyah' trsendiri, dgn cara hidupnya. Kdg2 orang memaksa mmbeli rumah sebesar hampir 2000sqf sebab katanya nak anak-anak mmpunyai bilik sendiri. Atau mmbeli kereta baru yg 'gedek' kerana alasannya anak-anak dah besar susah nak bawa ke mana-mana dgn kereta sempit . Atau seorang gadis brsusah mmbeli kereta yg baru kerana takut nak bawa kereta 'second' yg tiba2 mati di tengah jalan.
KISAH
Saya tidak tahu bagaimana menjawab soalan my Adik: "Hutang aku sekarang dah lebih 50% dari gaji. Padahal aku hidup cukup2 saja, makan kerja rumah. Camana nak buat? "
Saya ada bertemu juga dgn kenalan gadis-gadis yg jauh dr parent kerana bekerja. Dan ditambah urusan outstation serta inginkan kegiatan ilmu seperti mnghadiri kelas agama. Malangya, bagaimana hendak cari MAHRAM jika sesuatu itu terpaksa dilakukan juga? Allahuakbar, kadang2 nampak merah atau terpegun wajah mereka apabila senior kakak di kuliah mengatakan tidak boleh ke sana sini tanpa mahram (paling mudah, kawan2 perempuan). Ada hadis-hadis yg jelas ttg itu. Kasihan mereka... saya paling risau hendak menegur tanpa kata-kata yg lebih manis/sedap didengar.
Zaman sekarang zaman mengejar masa... Umur pun sekejap saja bertambah. Prof Kamil sendiri ada mengatakan di Madinah, ada wanita yg bersendirian tanpa suami kerana bekerja di situ dan selalu memohon pertolongan pemandu teksi yg jujur utk mmbawa mereka keluar kerana di sana wanita di larang memandu!
Setiap apa yg Allah gariskan pasti ada kebaikannya . Meskipun berkisar ttg mahram. Setiap kemasyalatan ummah pastilah ada jalan penyelesaiannya. Bahkan saya sendiri mmpunyai adik yg bersendiri di tmpat orang. Pastilah saya melarang dia keluar tanpa teman2 kerana satu sebab : Saya risaukan dia walaupun dia ada kenderaan sendiri. Itu saya.
Tak apalah. Kita mula dgn nama IKHLAS. ikhlas dalam bekerja, ikhlas dalam melayani anak, ikhlas dalam mengurus rumahtangga, ikhlas dalam berkata-kata. Ketepikan pandangan anasir yg tidak elok dari kalbu/Hati. Bersyukur dgn rezeki dan mintalah Allah meluaskannya supaya hidup stabil dan urusan agama pun dipermudahkan.
1) Doa dan dan pengharapan kepada Allah.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik
(O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu. Sumber doa: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin. Hadis musalsal yg kami dapat secara langsung semasa bertalaqqi dgn Syeikh Nuruddin di masjid bukit sentosa...
P/S: Hasil Kuliah kitab Misykat, bertalaqqi dgn syeikh malam tadi.... katanya Rasulllah memulakn sesuatu dgn nama Allah. kerana nama Allah mmberi kebaikan kepada seseorang. Pakaian akan mmberi kebaikan keapda si pemakai, makanan akan mmberi kesihatan kpd pemakai... Kalu tidak, ia akan mmberi keburukan sepertilah syaitan memakai pakaian itu sekali atau makan bersama kita, termasuk berjimak bersama..... OH NO! Mulakan yg kanan, dan mulakan dgn bismillah.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment