Bismillah. Dgn izin Allah, laju pula internet..
Sejujurnya, saya tak minat roti yang bila saya tekan, keras semacam. Tak pandai nak makan.. hehe. (kecuali roti perancis). Sebab itulah, saya selalu membeli roti kentang yg ada jalur kastard kat atas tu, roti manis/susu, dan keluaran massimo, high five atau gardenia. Pernah beli roti di kedai barangan burger, tetapi akhirnya saya belah2, buat puding roti..haha. Saya lebih suka guna roti beger/frankfurter high 5.
Ini membebel namanya... ;)
Masa bulan puasa dulu, saya terbeli roti goreng (yang dibalut kulit popiah). Hum... lembut dan panas isi dalamnya. Orang yg tak penah buat roti macam saya, terpaut jugalah. :) Tetapi bila saya cari-cari roti kat kedai beger, saya tekan keras semacam jer... hum. Akhirnya, saya teringin pula nak cuba bila terjumpa roti tempatan kat kedai 1malaysia. Besar gedabak RM2 lebih. Ada 6-8 ketul , gitulah.... lembut sedikit bila saya sentuh.
Ha.... makan ngan jem + butter sedap jer, cicah air teh susu, laju jer.... macam roti orang kampung yang satu paket 6 ketul di kedai2 kat kampung dulu . hehe. Bila sarapan, teringin ala savouri. Teringat roti sardin kak Nor secubitgaram. Tu dia, rasanya adalah ala-ala roti goreng popiah yg saya makan kat pasar malam aritu ... :D
Saya buat versi senang jer, buat macam roti John, tapi bubuh sardin. Cuma cara memakannya tak perlu bubuh sos bagai (bagi saya la, sebab sardin dah rasa macam ada sos.. ;)
Er... konon mengambil gambar berhadapan dgn sliding door. Sepenuhnya guna cahaya matahari kat luar.
ROTI SARDIN Nurindah
3 ketul roti frankfurter besar - dibelah tanpa putus, sapu majerin sikit.
Dicampur semua:
Sardin 1 tin sederhana diambil ikannya sahaja. Hancurkan.
Bawang besar, cili merah dipotong dicincang kecil.
Telur 2-3 biji dikacau dgn garfu.
Garam sedikit.
Ajishio blackpepper
majerin sbg pengganti minyak
Cara memasak: (boleh tengok stepbystep roti John )
1. Panaskan kuali leper , dan bubuh sedikit majerin.
2. Tuang adunan telur secukup lebar roti. Biar telur sedikit kental.
3. Tindih telur dengan roti, semasa bahagian atas masih cair. Dengan itu,telur akan melekat pada roti. Biar telur benar-benar masak.
4. Tangkupkan. Balikkan utk panaskan skit bahagian kulit roti kiri dan kanan. Angkat.
Hubby pun suka. walaupun dia kurang makan sardin. Roti sardin yg panas, sedikit garing. ;) Terima kasih kak Nor atas idea kak... :))
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
sedap jugak kan buat cam nie:)
ReplyDelete