
Terjumpa gambar ni malam tadi. Teringin nak share... dari Nayzak Devianarts. Tapi Hubby taklah menyuap saya gini.. :)
Masya Allah, kagumnya saya.
Malam tadi Hubby membawa sebekas nasi lemak yang penuh isi telur, sambal, kacang, timun. Katanya semuanya utk saya. Sedangkan saya kat rumah terkal-kial... rasa malas nak masak beria-ia. Hubby taktau tu, hehe. Bekas tu pun dr bekal sarapan egg benedict jg. hehe, Rasa dihargai seketika.
Rezeki dari dr Allah. Kagum dgn Hubby yg sering mmbawa balik nasi dari jamuan makan di kilang, kadang-kadang tu siap potongan kek Birthday lagi. Setahu saya, ia anjuran pekerja. Kdg2 Hubby balik lewat di hari tertentu, adalah makanan yg disediakan utk staf.
Allah, saya tak mahu mmbayangkan masakan saya berbanding masakan katering. Jauh bezanya, hehee... Tetapi saya tak pernah putus asa. Menambat selera suami kerana kita yg memasak, jauh bezanya dgn orang lain yg masakkan. Right?
Di rumah, saya sempat gorengkan ayam goreng serbuk rempah. Buat tambah-tambah. Sambal nasi lemaknya merah pekat... tapi rasanya manis buah. Sedap juga. :) Hubby dah kenyang betul makan kat kilang, dia balik sembahyang pastu tidur.... Ha, saya jadi Timer nak kejutkan untuk pegi kuliah.
Malam tadi ada kelas kitab, di surau Muhajirin. https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal?group_id=0
Orang bkt beruntung, bkt sentosa, taulah. :)) Memang tempatnya ke dalam sikit... tetapi Alhamdulillah masih boleh dicari. Pukul 11 malam, mahu?
Masya Allah, seorang kakak yg saya kenali di situ orang Cheras, dia dan suami sentiasa mengikut pengajian ke mana-mana. Tak kira Syeikh Fuad, Habib Ali,... Namun seperti yg kita maklum, wanita tak ramai kerana harus mnjaga anak-anak di rumah. Yg ada, ialah yg berkelapangan sprt kami. Malam tadi pun cuma 3 wanita. Yg lelaki jangan cakaplah, hampir penuh surau sebab budak2 tahfiz pun datang.
Syeikh menunjukkan tatacara wudhuk Nabi berdasarkan hadis, trmasuk riwayat dr imam yg bukan mazhab Syafie. Jadi pengamalan cara berwudhuk ini, mererka bersandarkan hadith. Beza antara mazhab hanafi dgn Syafie, dll Tetapi sebab kitab brbahasa Arab, jadi kita pandang syeikh secara berdepan saja. :))
P/S: Malam tadi saya tersenyum simpul kerana Syeikh menegur kami yg cuma 3 orang, " Muslimat memakai gincu dari kanan ke kiri ke, atau kiri ke kanan?? " HAHA. rasanya dari kiri ke kanan... tapi kena ubah dari kanan pula sebab Rasulullah mengutamakan kanan, dari bab memakai selipar, wudhuk, sehinggalah memakai baju.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment