Resipi di SINI
If you desire Allah swt to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the thing He loves” – Imam Ahmad ibn Hanbal
Bismillah
Bangun tidur yg dah lewat, terus panaskan oven, hehe... Dapat idea serta merta, sebab malam tadi Hubby belanja makan pizza crunchy versi baru tu kat Rawang (maklumla awal bulan :).... Komen kami, #geleng. Tak suka versi baru, susah nak tarik dgn garfu meskipun cheesenya berjurai2 bila ditarik.. hehe. Saya ambik pizza tu dgn tangan jer. Hubby lebih suka versi pizza ayam mushroom blackpepper katanya. Dah dinner roti.... kita sambungla roti lagi utk sarapan.
Letak dalam tin muffin ni..
Saya set utk Hubby punya lebih cair. Ini saya punya... :)) Senang wat gini, tak yah bakar roti asing, buat telur msk separuh asing-asing... Er, blackpepper ajishio tu jangan taruk banyak2 tau sbb masin hehe..
Allahukhbar, semasa kuliah syeikh, ada pertanyaan ttg puasa sunat dari 1-9 Zulhijjah. Dgn pertanyaan seorang sahabat kuliah... kita mndapat peringatan ttg puasa sunat yg paling hampir dgn musim raya Haji , Allahuakbar!
(Aduhai.... serdak biskut raya pun masih ada dalam balang. Utk mngingati raya haji yg mnjelang, baiklah kita bersedia utk puasa sambil ganti2 ..;)
MUDAH INGAT:
* Sunat berpuasa dari 1 Zulhijjah - 9 Zulhijjah ( 9: paling disunatkan iaitu pd hari Arafah di mana hari jemaah haji berwukuf di Arafah ).
* 10 Zulhijjah (Hari raya Haji), 11,12,13 Zulhijjah ialah hari 'tasyrik' yg diharamkan berpuasa.
* 10 hingga 13 Zulhijjah, sunat menyembelih haiwan korban sambil bertakbir.
Meh kita paksa diri baca Hadis kelebihan berpuasa hari Arafah di dlm bahasa arab. hehe.. kalu tidak, camana nak ulangkaji bahasa quran ini? Rujukan kitab kecil La tahqiranna minal ma'ruufi syai-aa, oleh Syeikh Muhammad Nuruddin. Kami bertalaqqi buku ini di hadapan syeikh sendiri di masjid bkt sentosa ... Biznillah.
Terjemahan saya kutip dari sini: Sumber, sumber
52. ( 'An Abi Qataadah R.A qaala: )
Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu Baginda menjawab: "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini
54. ( Wa 'an Abi Sa'id al Khudri R.A qaala... )
Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.
Sumber: Galeri Ilmu FB, majalah islamik Anis . Foto: Jemaah haji wukuf di Arafah.
Pada 10 hari pertama Zulhijjah, kita dituntut untuk melakukan ibadat haji dan umrah (bagi mereka yang berkemampuan). Oleh itu bagi yang tidak melakukan ibadat haji di Tanah Suci, kita turut diberikan kelebihan-kelebihan tertentu, di antaranya:
PUASA: Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sekadar yang mampu iaitu pada 1 hingga 8 Zulhijjah, tetapi pada 9 Zulhijjah kita sangat dituntut untuk berpuasa.
TAKBIR, TAHLIL & TAHMID: Umat Islam disunatkan untuk bertakbir pada beberapa hari tertentu bermula pada waktu Maghrib 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah terutama selepas menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.
BERKORBAN: Umat Islam disyariatkan untuk melakukan ibadat korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji atau Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
http://www.andalusia2u.com/2011-08-15-07-10-58/aturcara-haji.html
* Sampai crop jadual haji Andalusia. Sifat orang yg beria-ia nak belajar cara orang menunaikan Haji. :D Insya Allah... Rasa terpukul bila tengok di FB ada remaja yang dah pergi haji kerana ibubapanya menyimpan Tabung Haji utk mereka sejak berumur 10 tahun. Rasa nak kuat menyimpan jugak! Dah umo macam ni, kena cepat berniat nak pergi Haji....
* 8 Niat ihram
* 9 Wukuf di arafah
* 10-13 melontar jamrah.
Pesan utk diri dan teman-teman :
Dah istighfar 50x utk membersihkan hati . Sejam lagi nak istighfar lagi 50x. Syeikh Nuruddin menyatakan Rasulullah istighfar 100x setiap hari... Tak perlu istighfar berlagu, baca macam biasa. Kalu tak sempat nak kira, 10x setiap jam, tak perlu lebih, jangan terkurang... :)
Alhamdulillah, semalas dan letih sekalipun, 1 ms membaca al Quran dimestikan ke atas diri ini, selepas solat. Ustaz sms sekolah dulu menyatakan mesti mengaji 100 ayat setiap hari (di luar solat) utk dapat pahala... tetapi selalu tak sampai :)
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
subhanallah..nampak sedap je sarapan tu..hihi..cepatkan masa berlalu..dah tiba musimm haji..(^_^)
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeleteInsya Allah..perkara segera mmg sedap dan mnyenangkan hati. hehe.