Bismillah,
Tengah refresh camana tulis resipi. hehe.
Siang kelmarin, saya tengok balance ayam 5-6 ketul kecik jer, bahagian dada dan tulang campur. Selalu pening nak masak apa. Malamnya , nak masak dinner lagi.. Saya diamkan saja lalu belek buku resipi. Malas pula nak keluar ke kedai mncari bahan dapur... Tengok dalam fridge ada pula sayur sawi cina dan sedikit bunga kobis. :) Hum, haritu dah buat masak tomyam...
Teringat sup makaroni. Stok bahan kering sentiasa ada.. kali ni saya guna cara yg paling simple.
Lepas masak sup ni, masih tinggal balance ayam bahagian dada utk digoreng salut tepung utk makan malam. Yeay!
Bahan asas masakan bersup yg mnyelerakan : Lebihkn bawang putih dan guna air rebusan daging, sedikit ikan bilis, halia, lada hitam dan sulah. Tambah perasa kiub.
Utk kali ni, saya tak ada air rebusan daging.
SUP MAKARONI MUDAH
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com
Sukatan: 2/3 periuk besar.
Bahan utama:
1/2 paket makaroni kering direbus 8 minit - tapis. (Saya guna jenama kimball)
Kuah:
Bawang putih 4-5 ulas
Sedikit halia
Beberapa bahagian tulang ayam dipotong
Sedikit isi ayam dihiris kecil (yg sesuai nak gigit)
Ada sedikit daging- beberapa hiris saja utk rasa.
1 kiub daging knorr
1/2 kiub ikan bilis maggi
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Balance sayur- sawi cina, bunga kobis.
Cili padi hiris.
Sedikit hirisan bawang merah/besar - kalu mahu.
Cara-caranya:
Bawang putih dan halia ditumbuk bersama.
Panaskan periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi dgn sedikit minyak.
Tuang air secukup kuah yang perlu.
Masukkan bahagian tulang ayam, isi ayam dan daging tadi, kiub daging dan kiub bilis.
Tambah garam, lada hitam, lada sulah secukup rasa.
Biar sehingga mendidih dan bahan rebusan empuk.
Bubuh sayur, makaroni dan cili padi hiris. (Tambah lada hitam jika perlu).
Biar sekejap dan tutup api.
Hidangkan.
Saya pernah buat sup makaroni.Tapi tak simple sprt ini. Guna asas resipi saja, kadang2 saya buat mee sup, mungkin bezanya tambah kicap sedikit atau bubuh telur . Mama dan adik2 suka mee rebus macam tu, berselera bila makan malam..
Buah jambu air, beli RM5 1 kg = 10 biji. Sebiji 0.50. Hum.... berselera.
Haritu kecewa dgn buah mangga RM2 sebiji tetapi rasanya tawar...
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
sedap pula tgk makaroni tu..pasni bolehla cikgu buat utk anak2..mesti depa suka..hehe..thanks for sharing..(^_^)
ReplyDeleteSedapnya hirup sup panas2 kan Nur... yummy!
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeletemakaroni kalu buat sup memang sedap, sbb terasa kuah sup dalam rongga makaroni tu.. fuh! Teacher sesuaikanlah dgn selera ya. :)
Salam kak Gee,
ReplyDeleteYa kak... makan ni panas2, sampai berpeluh. Tak perlu dah cari sambal kicap, hehe