Jam 4.41 pagi.
Pagi-pagi terbau doh beryis yang digoreng. Seakan-akan donut. Lampu dapur belakang bersetentangan, terang benderang.
Saya teringatkan mama saya yang selalu bangun seawal ini untuk menggoreng kuih muih jualan. Saya pernah berkata pada diri sendiri, bahawa saya berusaha untuk hanya mengambil semangat juang mama, bukan menjadi seperti mama. Kerana itulah saya belajar bersungguh-sungguh... mahu menjadi orang pandai.Tetapi akhirnya cita-cita saya terbantut di tengah jalan juga....
Saya menghidu bauan itu lagi. Serta merta saya rindukan mama. Meskipun mama dalam ketegasannya, mata kantuknya. Dia tidak membebel, malah tidak lelah menghadap kesusahan hidup. Kerana kantuknya, pagi-pagi setelah menghantar kuih jualan, mama akan membelikan nasi bungkus utk kami makan bersama. Kami tidak pernah jemu memakannya semasa kecil. Begitu juga sedikit lebihan kuih yg ditinggalkan utk anak-anaknya.
Anehnya, setelah dewasa saya selalu merungut dan menidakkan sikap mama yg membelikan nasi bungkus. Saya berasa itu membazir. Sedangkan dia bukanlah orang yg berkelapangan utk menyediakan itu dan ini di waktu pagi, sesuai dgn selera kami. Saya sering menidakkan sikap mama. Sedangkan mama masih lagi meneruskan jualan kuih. Ah, saya yg tidak mengerti sikap mama. Kasih-sayang mama...
Mama orangnya MANDIRI. Mama tidak pernah menggerakkan tidur lena kami utk membantunya menyiapkan kuih muih jualan . Mama juga tidak menyusahkan kami utk menyediakan sarapan. Mama hanya menyuruh kami BACA BUKU... BELAJAR...
Tiba-tiba saya tersedu sendiri..
Bau kuih, mengingatkan saya kesusahan mama dan impian mama yg tidak pernah surut terhadap kami semua.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam.. ternyata memang indah rindukan mama... cepat-cepat call dia..
ReplyDeleteSungguh nostalgia, kan?
ReplyDeleteBila dikenang, akan memberikan rasa sayu terharu, kemudian baru kita akan rasa semangat itu membangkitkan kita.
sayunya baca catatan ini wahai indah..smg ibumu diberikan kekuatan dan kesihatan menghadapi hari2 tuanya..(^_^)
ReplyDelete
ReplyDeleteSubhanallah, chemid..
Che mid faham perasaan saya...
Salam kak azie,
ReplyDeleteSebak dan hilang segala penat dalam diri..
Hidup kita sekarang tak sesusah zaman mak kita dulu, basuh baju dgn tangan, masak air atas api tak boleh kena tinggal karang cerek kering...
Kita segalanya mudah, tetapi saya masih merungut. Pedih. :))
Salam teacher,
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya teacher... meskipun mama jauh di mata, kalau boleh ingin dijenguk selalu.