Salam mesra, dan salam kasih sayang.
Subhanallah, sekadar menjenguk blog. Minggu-minggu yang sibuk kerana masih belum biasa dgn perubahan hidup yg total.
Hubby mula bekerja shif. Sayu juga hati ini, time Hubby kerja shif malam...
Apabila tidur seorang diri kat bilik , hendak lelap mata, payah. Mengenangkan suami bercekang mata sedang bekerja, merenung diri menjaga diri dan rumah... Hendak kunci pintu siap baca ayat Kursi. Dalam hati terasa macam nak doa cepat-cepatlah waktu pagi. Aih, dah macam madah pulak. :)
2 minggu yang lalu, ada juga buat makan-makan di rumah ini.
Kali kedua buat makan-makan, saya prepare betul-betul. Sebab hanya nasi Planta lulus SIRIM oleh mr Hubby, jadi saya buat resipi yang sama untuk jamuan kali ini. Ia lebih budget, dan saya juga mampu memasaknya sendiri.
Makanan utama: Nasi Planta ubahsuai dari nasi ayam my MIL. Resipi nasi Planta.
Makanan tambah: Bihun Singapore, resipi kak Ana juga.
Minuman : Buah cocktail (jenama halal vietnam)
Dessert: kuih bakar pisang.
Biskut: apa yang balance. Yg tambah cuma almond cluster.
Hari jamuan tu, saya tidak lagi menunggu hubby pulang baru nak beli barang . Saya dan my adik Nura yang masih stay kat rumah, berjalan kaki ke kedai 1 malaysia di depan jalan besar. My adik no 5 tu cakap, untung ada kedai banyak-banyak dekat rumah. :D Tetapi kalau sorang-sorang, tak beranilah saya keluar ke kedai...
Nampak kedai plastik, cari pinggan pakai buang. Lagipun pinggan dan cawan kat rumah, tak cukup set yang sama, semua bercampur aduk. :)
Preparation jamuan haritu, Rabu sebelum habis Syawal :
11 am: keluar cari barang
12.30am: sampai kat rumah - maklumlah berjalan kaki.. ;P
Balik, kemas barang yang dibeli.
Susun meja dan kerusi, susun tin buah cocktail di atas meja sebelah mangkuk punch besar. Senang nak cari. :)
Kopek bawang, halia, dan potong serai, daun pandan.
Basuh sayur timun dan tomato. Simpan dalam peti ais.
Basuh fishcake dan fishball untuk bihun singapore. Simpan.
Buat popiah ketam - (tetapi malam itu terlupa keluarkan :P
2 pm: Adun adunan kuih bakar pisang. Bakar 45 minit.
Rendam bihun faiza 1 1/2 bungkus.
Bersihkan lauk basah yang dicairkan.
Buat rempah untuk ayam goreng, dan perap ayam.
Sediakan sambal. Kisar hancur dgn pengisar kering, simpan dalam peti ais.
Siapkan rempah untuk sup .
Rebus ayam bahagian tulang banyak:
- Saya rebus guna pressure cooker, air paras ayam sahaja. Bila berbunyi, tunggu 5 minit lagi. Lepas tu alirkan atas air mengalir dan buka penutup perlahan-lahan. Didihkan kecil di atas api, masukkan rempah yang siap ditumis, garam, dan tambah air lagi. Tutup tanpa lock. Biar sebati dan tambah kuib ayam jika perlu.
Bahan tumis nasi: Hiris bawang, ketuk serai dan ambil sehelai daun pandan. Masukkan dalam peti ais dulu.
5 pm: Masak bihun singapore. Tang ni memang kelakar, sebab kuali kecik, jadi bahan-bahan saya goreng dalam kuali. Bila tang nak masuk bihun, saya cari periuk kukusan. Kan periuk bawahnya tu, besar dan tinggi ? hehhe.,....
6 pm: mula masak nasi - 2 round.
6.30pm: goreng ayam.
7 pm: Ada tetamu nak datang awal, jadi susun nasi siap-siap atas meja (bekas bertutup). Susun sambal, ayam goreng, buka buah tin cocktail.
Sempat goreng ayam drummet takut tak cukup ayam.
8 lebih, tetamu dah mula tiba.
My adik Nura banyak membantu mengemas dan menyusun atur.
Alhamdulillah, meskipun tiada gambar, saya tulis sekadar catatan buat diri. Manage masa harus betul. Minggu tu saja, Hubby menjemput 3 family, lagi seorang datang sorang. Malam tu, bihun Singapore lebih laku, agaknya sebab ia lebih ringan. Nasi pun mereka kata sedap, seperti nasi ayam (padahal tak bubuh air rebusan ayam pun, hehehe..)
Malam itu, ada lebih makanan. Disebabkan malam itu masih ada kuliah di surau Muhajirin pukul 11 malam, maka kami bungkuskan untuk sahabat yang hadir. Saya tahu, ada juga budak2 tahfiz yang datang belajar kitab. 6 paket nasi, ayam drummet, beserta sup, laku habis. Alhamdulillah...
PAUSE. :)
Di bawah ni, salah satu kuih yang dapat menambat hati mr Hubby masa musim raya haritu. :D
Meskipun tak dapat calen kuih tart my MIL, tetapi saya dapatlah mencabar kemampuan diri, membuat kuih tart Nyonya ni. Cara pintal tu saya tiru dari sebuah buku masak. Hubby cakap, sedap rasanya, lembut... memang halus rasanya.
Tangkai tu, lama-lama tercabut jugak, hehe.
Resipi dari kak Jie, :
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya_26.html
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya-step-by-step.html
Intinya dah buat lama, saya ambil dari blog kak Embun Rosaliza :
http://embunrosaliza.blogspot.com/
Sebelum terlupa, saya tambah bunga cengkih dan 1 sdb sunquick semasa inti hampir kering.
SEDAP SANGAT..... Terima kasih buat kak jie dan kak liza. :)))
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
sedapnyer tat nenas.. tembam2 plak isinyer
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletehehe.. first round ni, sebab tu inti banyak.. bila dah tak cukup, kena kurangkan inti skit.
Tetapi, memang yg banyak inti tu lebih menyelerakan. ;)
gebunya tart indah..terliur cikgu tgk..hehe
ReplyDeletegebunya tart indah..terliur cikgu tgk..hehe
ReplyDeleteaslmkum nur.. akk pun ada stok jem.. plan nak buat masa raya, byk pulak org beri tart.. rezeki tu.. tunggu mood rajin nk buat tart sendiri n makan yg fresh dr oven..
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeleteMaaf teacher, internet di rmh saya lambat sgt. in and out.
Alhamdulillah, kita cuba mana2 resipi yg gebu. Tapi payah nak letak dalam balang ni..hehe.
Salam kak zana.
ReplyDeleteItulah, kita buat jem dulu... berbalang stok tart nenas sampai. hehe. Saya pun terasa nak buat lagi. :)