Melayari hati, menyusur memori...
Aku betah di sini mengungkit kenangan indah.
Aku betah menyusun semua sifat buruk dan kulemparkan jauh dr nafsu hati.
Aku teguhkan rasa sedih dan kutimpakan rasa kasih..
Inikan cuma 'sri uji'? Dari rasa cinta yg tidak berbanding?
Alangkan,
Wajah hitam kusapu-sapu,
agar hilangnya kelam timbulnya zamrud,
Kukucup belas dgn deraian,
Di kala hatinya nan satu,
kuminta kepada Allah dia bersujud,
jangan kepada manusia mengharap belaian...
Akhirnya aku yg terbuat begitu.
Mengharap harga dr manusia. Tinggi atau rendahkah aku di sisi Tuhan?
Aku hulurkan tangan yg pendek ini mengurut lelahnya orang..
Padahal aku sakit menahan nista orang..
Aku hulurkan hati ini mengharap kasihnya orang..
Akhirnya aku sendiri menggigit ulam jantung.
Kukirim ubat kepada orang,
Padahal aku sendiri menanggung sakit.
Tuhan,
Adakah tongkat untukku berdiri?
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
doa terburai, air mata berlinangan
ReplyDeletepada-Mu Ya Allah ku sangkutkan harapan
pada sahabatku ini ku mohonkan ihsanMu
jagailah dia Ya Allah, Kau jagailah dia
agar hatinya tenang, jiwanya suci mencintaiMu..
jaga diri ya Iza.. moga Allah memeliharamu~
Salam sayang sahabat,
ReplyDeletekalaulah saya boleh mncintai Tuhan sebesar itu.. selalu diri ini kalah dgn bujukan nafsu,muslihat dunia.
Airmata ini telah kering, dan daku bertatih kembali. Semua akan kuredah, sahabat.
Terima kasih atas doa kasihmu,
Moga dikau juga sentiasa dikunjung malaikat Rahmat...