Salam sejahtera dan moga bahagia selalu.
Sekarang keadan agak sukar buat kami.
Laptop ASUS rosak, menyebabkan kami mati kutu utk melayari internet dr bilik tidur atau di mana-mana . Nak baiki pun, bahagian dalam yg perlu diganti, jadi kami malas nak fikir untuk beli yg baru.
Bermula lepas raya yg lalu, Hubby mula bekerja syif, malam dan siang berganti-ganti.
Saya juga mula sibuk di siang hari. Hendak mmbasuh, mengejar matahari utk mnjemur kain, mengemas rumah, memasak siang, minum petang, makan malam, bekal..... sebab Hubby ada di rumah....
Saya juga harus berdandan dan pakai baju elok sikit sebab Hubby melihat saya seterang-terangnya di waktu siang... hehe, berbeza dgn waktu malam. Itulah yg berlaku bila Hubby syif malam dan ada di rumah waktu siang.
Ini yg sempat diambil semasa makan malam. Ayam goreng serbuk rempah, Tempe masak bening, dan Kentang tumis cili padi (blend jer) . Itupun ambil gambar takut-takut sebab Hubby nak kejar masa nak gi kerja jam 8 malam.
Ini bekal bertingkat untuknya. Kadang2 saya bekalkan buahan juga.
Simple saja. Tetapi bila campur2 gini.... lebih berselera makan. :)
Sbg seorang yg diperlukan, semasa syif siang Hubby akan pulang selepas maghrib, sbb kadang2 perlu berjumpa anak buah syif malam. Namun bila waktu syif malam, Hubby akan pulang kadang2 pukul 9 pagi kerana ada meeting dgn bos siang ataupun ada masalah machine jem di waktu malam.
Balik rumah, baru sekejap lelap, bos atau anak buah menelefon pula...
Saya dah biasa hidup begitu. Keadaan Hubby yg melekat dgn henpon. :) Namun, seingat saya di saat Hubby main saham FCPO, kedaannya lebih parah. :))
Namun ada masa saya stress juga. Saya mudah berkecil hati. Sbg isteri, saya berusaha memastikan keperluan Hubby cukup, menjaga rumah dan hartanya elok-elok, mnjaga diri baik-baik . Banyak benda yg saya ingin berkongsi dgn Hubby, tetapi keletihan Hubby mengatasi segala-galanya....
Sbg isteri, saya nak memahamkan diri sendiri pun adakalanya payah.. inikan pula nak menerangkan kpd ahli keluarga yg lain, bahawa masa Hubby tidak seperti dulu... Kalau dulu, saya masih mampu memujuk Hubby utk meluangkan masa utk kegiatan familynya sprt kenduri.. tetapi sekarang dah tak mampu nak cari mana masa yg tersisa... Bekerja malam ni, letihnya berkali ganda nampaknya.
Namun, dalam payah dan sibuk membiasakan diri.... saya melihat ada hikmahnya.
Hubby yg dahulu sering bercerita beruntungnya orang yg dapat keluar berjalan waktu hari kerja (weekdays) dgn jalan tak sesak, orang tak ramai beratur..... akhirnya berpeluang keluar waktu siang hari. Oh, kira2 beberapa jam sebelum mula tidur balikla. hehe.. Saya pula yg dulu merungut sebab Hubby selalu macam tak nampak saya di lewat petang, akhirnya saya boleh melihat dia secerahnya di waktu siang, berteman lagi. :)))
Namun Alhamdulillah, dalam kantuk dan payahnya, kami sempat juga mnghadiri kuliah Syeikh Nuruddin utk khatam kitab bintang bersinar hadis dari Ibnu Umar di masjid al Mukarramah yg lalu.... lega. Ilmu dunia untuk keperluan hidup di dunia, ilmu agama untuk bekalan akhirat... Amin!
Peringatan utk diri ini : Belajarlah sesuatu ilmu yg boleh mmberi manfaat kepada orang lain juga, bukan hanya utk diri sndiri...
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum..semoga indah sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan utk mengurus diri dan kelurga serta mendapat bahagia dan keberkatan dalam perhubungan suami isteri ini..Amin.
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeleteSubhanallah.. Terima kasih atas doanya...
Moga teacher sekeluarga juga dalam lindungan keberkatanNya.