Bismillah,
Alhamdulillah, lewat petang kelmarin sempat keluar membeli barang dapur di kedai mnjual barang basah sprt daging, ayam, seafood dan sayur mayur. Kedai kat bkt sentosa. Pilih udang yg saiz sederhana, 1 kg RM29... Saya ambil dlm RM 8. Ikan bilis pangkor pun, haih, 1 kg hampir RM40, tapi ikan bilis kan ringan...hehe saya ambik beberapa ringgit saja ;) . Yg masih murah ialah ikan cencaru/ 'ikan berjaket' satu kg RM8. Ayam sekor RM14. Ambik itu ini.... kena tak sampai RM50 pun. :) Alhamdulillah.
Subhanallah... tak sangka makin berderet foto masakan yg saya ambil. Dlm kesibukan ini, rupanya mnjadikan saya semakin rajin. haha. Aduhai, masih terasa kaku tangan apabila kembali memetik coolpix kami ini sebab dah lama saya tak siarkan sesi memasak...
Ketika ketiadaan idea utk mnyediakan menu keluarga, bertawakkallah kepada Allah. Hanya Dialah tempat kita berserah. Tengok bahan memasak yang tinggal, belek resipi sana sini kot mana yg boleh dijadikan rujukan.
Di bawah ni, masakan sebelum ke kedai. :) Pening juga macam mana nak memikat selera dgn bahan yg sangat kurang. Nak minta Hubby ke kedai tengahari camtu , tak sampai hati pula... Ada makerel tin, ada setengah ekor ikan selar, sedikit daging yang niatnya nak buat inti karipap. :) Subhanallah.... saya juga mempunyai 1 bekas kentang yang siap dikopek di dalam peti sejuk. Hehe, macam tu la taktik utk memaksa diri saya utk masakan masakan berubi.
Tapi, nak jadikan apa lagi ?
Hidangan terdesak di akhir bulan... hahaha...
Begedel saya dah macam rupa kuih cucur badak kan? hehe.... Di bawah resipi ringkas saja. Dahulu saya pernah buat begedel, tetapi hasilnya lembik. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati.
Syukur, ia lebih menjadi...
Alhamdulillah, seronok tengok mr Hubby tak berenti makan begedel tu.... :))
BEGEDEL WAN
Sedikit daging yg ada, saya kisar dgn food processor. Daging ini digaul dgn sedikit lada hitam Ajishio , lada sulah.
Kentang yg siap dikopek - Cara potong, belah macam wedges dulu 6 bahagian , kemudian belah kecil2. Rebus hingga hampir empuk (Boleh cucuk dgn garfu. Jangan terlalu empuk sebab nanti kentang menyerap banyak air).
Setelah empuk, tapis, dan lenyek semasa masih panas.
* Sukatan agak-agak 1/3 daging kisar berbanding sukatan kentang lenyek. Kentang kan lembik sikit sebab ada kandungan air, jadi kena pandai agak sukatan daging dgn kentang.
Utk tambah mengentalkan begedel, saya bubuh Bawang goreng segera, diramas sedikit.
Boleh tambah daun sup/ daun saderi sesuka hati.
1 biji telur saiz sederhana dikacau dalam mangkuk berasingan - untuk mencelup begedel.
Cara memasaknya :
1. Saya mengadun begedel ini semasa kentang masih panas.
2. Kentang yang siap dilenyek digaul bersama daging kisar yg digaul tadi.
3. Tambah sedikit garam , daun sup jika mahu .
4. Ambik sedikit, bentukkan bulat leper.
5. Panaskan kuali
6. Celup doh begedel dalam telur, dan terus goreng.
7. Guna api perlahan supaya ia masak di dalam. :)
Apa ni? Sayur bendi masak bening. Sama jer ngan cara tempe masak bening kelmarin dulu. Kadang2 sayur bendi ni my MIL masukkan asam keping :) Yg bulat2 tu, bebola ikan sempoi.
BEBOLA IKAN DALAM SAYUR
Sempoi jer... Separuh ikan selar yg ada, saya tarik kulitnya, ambil isinya mentah2, lalu saya tumbuk lumat. Didihkan air beserta bawang2 dulu, baru masukkan sayur. Isi ikan tadi kita kepal dgn tangan dan terus masukkan dalam periuk sayur. Biar hingga bebola kental baru kita kacau kuah sayur. Tambah garam, dan perasa.
Lauk sensasi hujung bulan.... ikan makerel tin. Hum, rasanya sadin lebih sedap. haha.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
assalamualaikum...
ReplyDeletelauk nie pun dh kira sedap jugak!..
Waaalaikumsalam,
ReplyDeleteSalam mesra Fyda.
Kadang2 beli sadin, atau makerel buat stok. Di antara dua, saya tetap pilih sadin sebab lebih juicy..yum, :)