Bismillah. Bagaimana saya nak mulakan? Ini bukan entry yg bersandar. Ini perkara yg kita selalu tersalah sangka.
Sedar atau tidak, kita TAK banyak belajar, benda2 GANJARAN yg sebenarnya Allah nak kurniakan kepada hambaaaNya. Ganjaran itu sebenarnya lebih banyak dari kata-kata amaran Allah. Kasih sayang dan kebesaran Allah ditunjukkan melalui pengharapan doa dalam setiap kisah al quran.
Tetapi yg tertangkap oleh otak kita ialah kisah penghukuman.
Sebenarnya, bukan hanya anak yg soleh masuk syurga, tetapi orang yg walau sekecil pahalanya sekalipun memberi sprt seorang pelacur memberi air kpd anjing, tetap Allah nampak kebaikannya.
Melalui hadis yg Rasulullah sabdakan, ulamak sendiri menyatakan penghuni syurga sebenarnya lebih ramai. Apabila belajar hadis dan kitab di kelas agama, saya hanya melihat kebaikan, melihat ganjaran Allah, melihat kebesaran Allah.
Hendak masuk syurga, ada banyak jalan. Hendakkan pahala..apatah lagi.
JANGANLAH kita keterlaluan mengatakan hanya anak yang mendengar kata ibubapa yg boleh diredhakan masuk syurga. Lgpun takkan kerana sakit hati anak mmbuat kesilapan , terus ibunya nak doakan dia masuk neraka? Mestilah ada akal yg waras, ya tak.
JANGAN juga keterlaluan mengatakan seorang isteri yg patuh kepada suami dalam semua hal, tetapi membuat kesalahan pada tempat lain, dia akan selamat utk masuk syurga kerana dia taat ? Harus juga melihat bimbingan suaminya camana. Kalau suaminya bimbing, tak apalah. Kalu suaminya pun jahil ? Takut-takut.... di sisi Allah suaminya dapat share, Nau'zubillah.
Kita tak tahu apa yg Allah nampak. Kita fikir, kita betul sedangkan apa yg Allah nampak mungkin berbeza, sebab benda sekecil zarah sekalipun, Allah kira. Surah az Zalzalah.
Melalui kisah hadis2 rasulullah SAW, kita akan melihat LEBIH banyak kebaikan yg akan membawa kita ke syurga. Puasa sunat, sedekah, berzakat, hatta sekecil berjalan kaki ke masjid kita diberi ganjaran pahala yang banyak.
Sepertimana hadis, wanita yang melakukan 3 perkara akan dikurnai Syurga, patuh kepada suaminya (selagi tidak menyalahi syarak), yang berpuasa, dan yang mngerjakan solat.
Kan Allah suruh wanita itu mentaati DIA melebihi suami?
Suami salah, bimbinglah dia. Ibubapa salah, betulkanlah mereka. Mereka juga saham kita. Tetapi jangan sakitkan hati mereka. Anak-anak salah, janganlah doakan keburukan semata-mata kita sakit hati, dan barangkali...... SEBAB terlalu kuat pergantungan kita kepada anak-anak/suami melebihi daripada pergantungan kpd Allah. Itulah yg membuatkan hati kita sengsara. Di dunia terseksa , akhirat tercicir, Nauzubillah.
Harus sentiasa perbaiki diri.
Sekian. :)
Ganjaran Allah itu melebihi segalanya.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment