Assalamualaikum warahmatullah,
:)
Mohon maaf sebab lama tak on. Orang kata, tak 'Get along'. Macam orang ajak ke mana-mana dan kata : Jom! Tapi saya menolak. Ya, sekarang ini saya belajar bagaimana untuk menolak.
Dulu2 saya taktahu bagaimana untuk menolak, jadi diam itu lebih baik. Tetapi seringkali disalah tafsirkan orang... :) Sedangkan dalam kehidupan saya, banyak wanita di sisi saya amat2 sensitif orangnya. Orang kata, anak sulung ni macam tak mudah tunjukkan perasaan.
Dahla my hubby anak sulung juga, hehe. Maka terpaksalah saya menjadi more sensitif untuk melihat-lihat juga orang sekeliling.
:)
Beberapa tahun ini amat merumitkan bagi saya. Meskipun sedaya upaya saya bersama suami dalam susah dan senang. Pandangan luar tetap nampak saya seolah2 saya tak buat apa-apa untuk our little family . Yup, orang tak nampak airmata saya...
Seriously,
beberapa tahun awal perkahwinan, saya agak sibuk membina rumahtangga, mengurus perbelanjaan dan hutang piutang, bahkan cakna kepada keluarga suami yg masa itu menghadapi musibah.
Musibah tetap akan datang, dan pergi.... kita ambil tauladan saja. Allah nak uji.
Step 2 pula datang kepada keluarga kandung saya sendiri. Maka tekanan yang dahulu datang kembali, sampai saya hampir nak meroyan. (tak beranak pun :) Until now, saya sedang juang untuk menjaga keutuhan perhubungan family kandung saya selepas ujian bertimpa-timpa itu, bahkan bermujahadah untuk menjaga keutuhan 'my little family' yang dah genap 8 tahun 2 bulan belum dikurniai zuriat.
Orang kata, biar sedih atau duka... kita tetap bersama -sama? Kabhi khushi kabhi gham? heheh.
My hubby cakap, dahulu...awak cakna keluarga saya. Sekarang saya pun sama-sama dengan awak. Saya jadi bersyukur kepada Allah meskipun saya amat takut menyusahkan dia.
Bila masuk soal duit
Sedangkan saya berusaha untuk tidak membebankan dia. Saya berjimat, saya membeli pakaian bila time duit bonus atau hari raya sahaja. Saya pun tak membandingkan diri dengan ahli keluarga suami, atau dgn adik-adik yang bekerja.
Perbelanjaan rumahtangga pun sama saja jumlahnya, sama ada gaji naik atau tidak.
Kami berjalan-jalan pun ke tempat yang sama juga.
Apa yang suami bagi, saya anggap satu amanah. Tok buat kokse-kokse (translate besut: hal yang bukan-bukan)
Barangkali ini nasib perempuan, orang tak nampak apa yang kita usahakan untuk mengurus rumahtangga. Kalu nampak herot, orang tak puas hati. Nampak berkecah sikit, orang ngumpat kata kita bermalas-malas. Dok depan komputer? heheh... lagi kena kutuk. :)
Seringkali, perkara-perkara yang kita buat, dia buat-buat TAK nampak tetapi jika ada satu benda kita belum buat.... itulah yang dia kritik . Perlukah berasa 'down' ?
Perlu perfect ke supaya semua orang puas hati? Mungkin melalui perjalanan umur, banyak mengajar saya sesuatu bahawa semakin kita cuba menjaga hati seseorang, semakin kita terasa dilukai, terasa dipandang rendah. Perasaan itu dr dalam diri, maka perkuatkanlah semangat. Sebab nak lakukan dengan niat Lillah tetapi dibalas bagai ditusuk-tusuk duri, perlu lebih kekuatan untuk membalutnya.
Seingat saya, saya pernah melakukan begini kerana sangat emosi kerana orang melarikan diri dari hutang, dan melepaskan bebannya kepada kami. Saya dimarah kerana bersikap begitu, sedangkan saya berasa kami teraniaya.
Saya tak pernah kata saya tidak boleh marah.
Satu lagi, ketika ada orang luar yang melakukan perkara salah dalam keluarga kami, serata tempat saya mencari dia untuk minta penjelasan.... dia melarikan diri. Tak meroyan ke tu?
Tetapi jika kita dilukai... pantaskah kita melukai? Jika waktu menjadi jawapan bermakna kita takut diuji. Jika kita berasa tidak mahu marah, adakah maruah kita tercalar?
Saya sering berbincang2 dgn Hubby tentang soal ini. Katanya, kalu mahu marah, kita akan marah. Jika tak mahu marah, orang buat apa pun, hati kita akan keras. Keras kerana Allah.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Setiap masa kita di dunia ini kita diuji. Cuma terkadang samada perasan atau tidak saja jika diuji. Waktu santai juga ada ujian yg kita tak nampak. Lagi bahaya tu...setiap ujian pasti berlalu....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteYa, ano.
Ada ujian nikmat, ada ujian musibah. Ujian datang dan pergi... :)
Thanks ano..