Tengah buat apa?nak menambah post ni, hehe.
Selitkan lauk semalam.
Ikan bulu ayam ni pemberian my adik bongsu, Nuyu, khas dari kedah. Sekali dgn ikan talang saiz besar, hahah. Ikan masin ni saya celup tepung segera, sebab saya pernah nampak ikan bulu ayam dicelup tepung dimakan bersama nasi ambeng. Mula-mula saya ingat masin sangat, tetapi tepung segera cap Bestari ni ok saja dgn ikan masin. Cubalah! Ada paket kotak yang dijual kat pasaraya.
Ini macam biasa, :D udang dan sayur kacang bersos tiram. Saya tambah tauhu telur yang digoreng dahulu. Tauhu ni dimasukkan last sekali. Musim raya cina ni, banyak tauhu telur dijual murah-murah. Memasak menggunakan bahan yang dijual murah-murah sempena perayaan, lebih berbaloi!
p/s: Teringat bulan lepas cendawan yang enoki dijual murah. Saya masak ala berkuah bersama sayur kobis cina.... tumis bawang putih cincang + halia, tuang air dan masukkan sayur dam garam. Cendawan enoki masuk last sekali. Ubahsuai, boleh tambah ikan bilis dan cili padi . My Hubby suka cendawan ni dimasak sup! Cendawan enoki ni cepat lembik, sbb tu masuk last sekali. :))
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum dik, baru teringat akak dapat tepung dari Kedah, khas utk goreng menggoreng ni..boleh cuba dengan ikan bulu ayam tu..rangup keruk kerak haha
ReplyDeleteAssalamualaikum Indah..sedapnya ikan bulu ayam tu..makan panas2..walla!
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeletehehe. wah, sama ke jenama tepung kita kak? memang rangup krup krak makan ikan ni. hum, syok kan, makan dgn bubur nasi... (terbayang-bayang :)
waalaikum salam wrbkth,
ReplyDeleteyup, teacher... masa dia tengah garing, walla! hehe..