Bismillah,
Untuk musim kemarau ini, tidaklah sampai kawasan kami langsung tiada air . Malam tadi, air tangki dah mula masuk. Alhamdulillah, lebih awal dr jadual catuan syabas. Hubby terkejut tiba2 meter bergerak laju sangat, hehe. Masa tu air dari tangki dah nak habis (tangki rumah kami kecik kot) dan mula guna air dalam tong.
^___^
2 hari ni esok , saya kena pulun basuh baju dan isi air dalam tong lagi. Saya mendoakan kawasan yang terjejas teruk cepat mendapat bekalan air.
Hal masak-masak?
Hum, kelmarin sempat masakkan sotong kembang tumis kicap bercili padi , ikan bakar pes segera. Sup brokoli dan cauliflower makan dengan roti gardenia bakar salut mentega bawang putih. heheh. Hasil membaca buku chef Sobri.
MEGI KETAM: Sebab kebetulan ternampak Menu Alam kat tvalhijrah masak hot plate dan dia makan megi ketam.... Sebab ketam ada, pulun la saya cari resepi megi ketam dan jumpa di blog Che mat tiffinbiru. Alhamdulillah, saya tak ikut semua resipi chemat tetapi melaluinya saya rasa mudah membuatnya. Cara saya, rebus dulu ketam dgn bawang besar hiris, bawang putih, halia, cengkih, bunga lawang, tabur daun pasli utk mengurangkan hanyir ketam. Lepas tu tapis airnya dan masukkan dalam meggi yg sedang dimasak. Saya buat macam hot plate, tapi tuang dalam mangkuk juga.. hahah.
Jika semasa musim kejadian banjir di beberapa negeri dahulu, kita mengambil ia sebagai ibrah (peringatan) dari Allah yang maha menjadikan sesuatu, dan kita hanya sebagai hambaNya yang harus menerima, dan prof Kamil seorang penulis buku dan motivasi menyarankan agar kita melakukan solat sunat banyak2.
Mengenangkan itu . saya rasa selain bersolat istisqa' (solat mohon hujan), kita juga harus mengamalkan solat sunat lainnya. Meskipun negeri ini maju, Allah juga berkuasa menundukkan hati kita agar beringat, segalanya pemberian Allah, sama ada ia dalam kawalan manusia ataupun tidak, sama ada kita orang profesional ataupun tidak. Tidak lupa, Pemimpin juga harus amanah dalam menguruskan hal ini, ;)
Sumber grafik: PTS
Doa ketika hujan.
Maksudnya - Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat (yang membawa kesuburan dan kemakmuran)
Allahumma soyyiban nafi'an.
O Allah , (bring) beneficial rain clouds.
Bukhari 2/518
Kita buat ulangkaji melalui kisah nabi Nuh a.s:
source PMO
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.`
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu"
"Dan Ia akan memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)
"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan (kekuasaanNya),
"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat- tingkat
"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang- benderang)
"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna
"Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
"Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
"Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya."
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Walaupn rmh akak tak terjejas akak tetap juga mengambil langkah berjimat cermat. Terasa benar ianya berharga melebihi emas permata yg sekadar jadi hiasan tubuh. Tanpa air sukarlah kehidupan. Kak ida
ReplyDelete