Saya kan, hari last syawal ni baru rasa happy beraya di rumah sendiri.
First, open house dah habis. :) jadi jemputan dah dipenuhi.
Kedua, My Mertua keduanya dan thaqif, adik ipar datang petang Ahad lalu ke rumah kami. Nasib baik kuliah masjid abis awal, macam tau2 jer tetamu nak datang rumah, hehe. Sempatla kami kemas rumah.
^___^
Ketiga, kak Fzi, FZMENU, datang ke rumah. Dah lama trserempak tengah jalan, tapi tak ajak lagi ke rumah. Rumah kami dekat woo rupaya, tak sampai 10 minit. Gi pasar, pagi2 tu, ada jodoh trjumpala. hehe.. Aritu hajat nak bertandang juga ke rumah kak fzi, tapi, selalu ada hal. Maceh kak... sudi datang ke teratak saya :D
Bawah ni, biskut yg saya buat sehari dua seblom balik banting aritu. Tapi saya tak hidangla biskut ni kat mertua aritu, sbb dah puas makan. Tapi dapatla kak fzi merasa juga, masih ada saya simpan.
Biskut oreo tu, ramai yg kata dari luar nampak misteri jer.... hitam lak tu. Tapi bila rasa, mereka kata sedap..! hihi. Resipi kat wan, citarawan, tapi ambil kat blog kak azlita. Thanx kak, sbb tayang kecomelan biskut kak. Dan mohon halalkan copy dan share kat sini.
BISKUT OREO BLACK BEAUTY
Versi saya, tak lorek coklat putih '__^
resipi: kak wan, Citarasawan
Copy dari: kak azlita masam manis
Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder
Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.
Cara ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.
Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..
Ini satu lagi biskut, femes tul biskut ni tahun 2011 ni. Mana-mana pun ada orang hidang. Tapi saya sorang je yg salut nestum, adeh. Tak sempat beli serbuk roti masa kelam kabut nak buat haritu. Tapi, yg saya rasa orang punya, snow almond salut serbuk roti lagi senada rasanya. Yg saya punya salut nestum, jadi trmanis. Mgkin coklat dia kot... Tapi Rasa biskut dia sedap! Saya ada makan yg belum bersalut coklat, :D
Terima kasih buat empunya resipi dr umifeeza MyR. Buat kak Juwita, maceh banyak2 kak. Mohon halal copy dan share kat sini.. :))
BISKUT SNOW ALMOND
Versi saya takde serbuk roti, salut nestum lak.
Resipi: umifeeza MyR
Copy dari: Kak Juwitafariz
Bahan-bahan
BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi( ita gunakan nescafe)
1 biji kuning telur
BAHAN B:
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar( boleh lebihkan dan adjust di sukatan tepung untuk lebih terasa nestum)
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb
Cara-cara
Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:
Post a Comment