Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, September 29, 2011

Made for each other : Tujuan berkahwin

Salam sejahtera,

Seronok kan, bila fikirkan jodoh kita telah ditetapkan di Loh Mahfuz? Satu tempat yg kita tidak tahu di mana dan rahsia di dalamnya. Cuma yg kita yakin, Allah telah tetapkan semua makhluk berpasangan di dunia ini.

Cuma, janganla berputus asa. Kerana Allah tidak suka hamba-Nya berputus asa.

Saya teringat banyak benda yg saya telah alami sepanjang hayat saya ini, dan saya rasa masih tidak layak saya mmbincangkan hal mengatasi masalah rumahtangga. Tetapi apa yg saya alami adalah bertimpa-timpa, dari awal berkahwin sehinggalah skrg tidak habis diuji dgn macam2 perkara , mmbuatkan hati saya terdetik mencatat rasa di sini. Moga jadi pengajaran, mahupun panduan, terpulangla.

Moga kita semua mndapat hikmahnya. Amin.... Serius sikit kali ini, tapi... SENYUMLAH, kan nampak cantik dan muda tu buat penawar hati suami..


^____^


Tujuan berkahwin:


1. Berkahwin, janganlah menghalang kita mendekatkan diri kepada Allah. contohnya dahulu bujang, selalu solat malam. Sekarang dah tak sempat sbb alasan penat, atau melayani suami/ isteri, atau anak-anak.

Atau dahulu suka solat di masjid. Lepas kahwin, dah suka solat di rumah bersama isteri sedangkan nabi SAW menyuruh lelaki bersolat jemaah di masjid sedaya mungkin.


2. Berkahwin, janganlah sampai melalaikan kita dari kewajipannya terhadap Allah. Contohnya sebelum kahwin dia amat menjaga solatnya. Tahu takut larangan Allah utk orang yg melalaikan solat . Tetapi selepas kahwin, dia sibuk pelbagai urusan dan penat sehingga dia telah lalai menjaga solat 5 waktu.

Contoh juga, sebelum kahwin dia tutup aurat tapi dapat suami yg tak kisah akhirnya dia mahu mengikut fesyen dgn 'tujuan memikat hati suami' dan akhirnya terjebak dalam hasutan syaitan untuk mmbuka auratnya.


3. Berkahwin sepatutnya tidak melalaikan kewajipan kita trhadap ibubapa. Hatta Mertua atau ibubapa kandung. Kerana taraf mereka ialah ibubapa kita dunia dan akhirat. Harus ada kerjasama dua pihak. Suami haruslah sabar mengajar isteri utk melayani Mertua sprtimana ibubapanya, bahkan Isteri haruslah berlapang dada utk mnerima keadaan apa pun kerana pastinya cara keluarga Mertua pastinya berbeza sangat dari keluarganya sendiri. Isteri sepatutnya trlebih dahulu memahirkan diri dgn ilmu rmhtangga spy dia tidak berasa rendah diri bila brgelar seorang isteri. Haruslah bersifat pengasih trhadap mertua yg pengasih, haruslah mengasihi, ehsan dan rasa brtanggungjawab trhadap masalah keluarga mertua mahupun ipar-duai. Kerana dah sifat suami adalah fokus dgn kerja dan tanggungjwbnya. Jadi dah tugas kita utk hal2 rumah sprt itu. Bila kita berlapang dada, kita dapat elakkan berselisih faham krn kecil hati, rs disisih dsbg. Taati Allah, berdoalah selalu spy hubungan sntiasa baik.

Sama juga dgn keluarga isteri. Suami harus melayani mertuanya sprt ibubapanya. Meskipun suami MESTI melebihkan ibubapa kandung, tetapi kebiasaannya ibubapa perempuan akan lebih mengalah dalam hal ini, dan suami tidak perlu risau mereka brkecil hati atau apa. Yg penting, ibubapa isteri itu lebih menggalakkan anak mereka TAAT pada perintah suami dan tidak mengongkong walau apa jua keadaan. Kerana sbg ketua keluarga, adalah HAK suami utk menentukan hala tuju hidup anak perempuan mereka, dalam keadaan susah atau senang, selagi dalam keadaan yg diberkati Allah. Dan dgn itu, si Suami kenalah mengucapkan terima kasih kpd ibubapa isteri itu yg mengakui haknya utk mmbuat kputusan rmhtangga dengan 'berbakti' kepada mereka apabila mereka dalam kesusahan atau sudah uzur. Kerana Allah akan merahmati rumahtangga mereka, berkat doa ibubapa ini..


4. Berkahwin tidak mnghalang kita dari melakukan kegiatan luar, sprt HOBI, perjumpaan dsbg.  Selagi bukan berkaitan  yang maksiat.... Bila kita cuti, kita ajak ahli keluarga bersantai di tempat orang, yg lain suasana dr tempat kita. Bahkan kalau kita ada hobi sekalipun, janganlah diabaikan sehingga kita terlalu fokus pada isteri/suami atau anak-anak. Jiwa kita akan letih. Sekali-sekali, isteri boleh saja balik kampung brsendirian, atau suami boleh travelling sendirian utk tujuan yg baik dgn kawan2 dsbg. Kerana berdua-duaan itu akan mengakibatkan JEMU. Tetapi trlalu sibuk mengakibatkan jiwa TIDAK SUBUR dgn kasih-sayang. Berhati-hatilah mnjaga masa. 2 pihak harus bekerjasama dalam ingat mengingati dan berpakat-pakat. Bahkan lagi elok ada adik beradik yg rajin mngadakan gathering keluarga, kerana kerjasama itu mendatangkan permuafakatan, menambah ilmu dan bertukar fikiran. Jadi, ada masa elok privacy bersama keluarga, ada masa elok kita berjauhan demi merapatkan cinta kasih, ada masa kita elok beramai-ramai. Pilihan di tangan kita. :))


5. Berkahwin bukanlah masa bersenang-senang bagi isteri, bukanlah masa memerintah bagi suami. Pernah saya baca satu keluhan bakal suami yg takut duit tak cukup bila berkahwin. Keliru dgn definisi isteri tak diwajibkan bekerja, suami diwajibkan beri nafkah pada isteri utk keperluannya dan menyara keluarga. Di sinilah letaknya persefahaman dan kasih mengasihani.

Ada suami yang tidak kisah isterinya bekerja atau tidak, kerana mndapat isteri yg biasa hidup susah dan tidak banyak meminta, atau kerana mahu isteri melengkapkan kekurangan diri dlm urusan rumahtangga dan melayaninya. Tapi dia tidaklah memanjakan isterinya, bahkan tidak juga suka memerintah sehingga isterinya berasa kecil hati dan tidak dihargai. Urusan urusan dalam rumah semua trpikul pada isterinya, dan urusan dia utk nafkah. Krn kemanjaan akan mmbuat isteri tidak berusaha lebih utk belajar. Tapi secara hikmahnya, bantu-bantu dalam apa jua urusan PENDAPATAN atau KERJA RUMAH amatlah digalakkan dan rumahtangga pun lebih stabil di zaman ini. Sama2lah berusaha...

Namun zaman ini juga, ramai di antara kita trpaksa kerja utk melunaskan hutang pelajaran. Sistem hutang yg diamalkan di negara kita. Keluar belajar je, hutang menimbun. Tapi kerja, secukup makan. Jadi, kehidupan ini haruslah diteruskan, janganlah berputus asa atau berputus harap dalam kesusahan itu. Suami harus redha dgn isteri yg harus bekerja, isteri harus redha bahawa suaminya banyak menanggung hutang sana sini demi memenuhi keperluannya dan keperluan keluarga juga. Janganlah berkira, nescaya Allah akan mmberkati perkahwinan itu. Percayalah!


6. Berkahwin tidak mnjauhkan kita dari keluarga . Ada isteri yg trlalu mengikut cakap suami, 'bendul dan jujur' sehingga semua orang mngambil ksempatan padanya dan dibuli. Jiwanya parah dan kecewa. Jadi, pengubat dan tmpat mengadu ialah family sendiri. Mengadulah terlebih dahulu pada ALLAH, barulah pada keluarga sendiri, kerana kekecewaan kita tidak lagi bercampur baur hasutan iblis dan EMOSI kecuali meminta pandangan. Jadi di situlah peranan family utk mmbawa isteri ini mengubati hatinya dan mmbawa rumahtangga mereka ini ke jalan yg disukai Allah, yg baik utk anak mereka dan suaminya.

Juga tidak juga pada suami. yang isterinya mngambil kesempatan atas kelembutan hati suami, sehingga suami yang terpaksa mmbuat kerja rumah sejak awal perkahwinan atas alasan si isteri badan tak kuat mmbuat kerja rumah. ya mngkin mula2 dia sabar, ttpi bila dibandingkan dgn isteri teman2nya, dia akan mula brkecil hati dan KECEWA. Si isteri patut sedar kewajipannya, krn sayidatina Fatimah lebih keras mmbuat kerja rumahnya brbanding kita yg hidup serba moden ini. Bahkan kerja itu ada berkatnya yg menyihatkan tubuh badan. Percaya tak? :))

Juga isteri yg mengambil kesempatan atas kasih sayang suami dgn mengatur raya setiap tahun di kampungnya shg ibubapa suami yg menanti penuh harapan trpaksa sedih di hari raya. Tak lupa yg kerap sangat ajak suaminya balik kampungnya shg keluarga suami berasa kecewa dgn sikap isteri itu? Meskipun duit minyak balik kmapung itu, adalah duit hasil bekerja si isteri, meskipun kereta yg suaminya bawa itu adalah kereta isteri, kena ingat, suami kita diredhai Allah apabila ibubapanya REDHA padanya. Jgn pentingkan hati kita atau anak-anak kita sahaja. Letakkan belas ihsan, letakkan rasa tanggungjawb, letakkan rasa HAMBA dalam hati. Jadi kita akan merendah diri meskipun harta kita segudang pun. Bukan senang mndapat redha Allah ni kan?.. Kena korban banyak benda, kerana itulah seorang hambaNya.


7. MADE FOR EACH OTHER. Kadang2 ada keluhan, kenapa dia mndapat suami macam itu sedangkan dia seorang yg baik dan solehah. Kenapa dia jadi seperti itu, dari seorang lelaki brtanggungjwb pada ibubapa, tiba2 mnjadi lelaki yg derhaka kerana trlalu sayangkan isterinya. Kenapa dia mndapat dugaan masalah keluarga yg bertimpa-timpa sedangkan dia sentiasa berkorban. Suami garang, dapat isteri yg penyabar. Isteri jenis bengkeng, dapat suami yg tak kisah sangat.

Yg pasti, Allah dah made them for each other. Sama ada kita bertahan atau berputus asa je. Kerana banyak kekurangan diri kita, biasanya selain ibubapa, HANYA suami yg bertahan dgn kekurangan kita tu. Juga, hanya isteri yg sanggup bertahan dgn kekurangan suaminya. Bukan kawan-kawan, bukan juga anak-anak. Kerana anak2 lagi banyak protesnya selagi dia belum matang berfikir. Kerana dalam ikatan perkahwinan itu, selain kasih-sayang dan cinta, adalah IMAN yang mnjadi benteng. Benteng dr suami berlaku zina di luar, benteng dr isteri tidak setia kpd suaminya. Bila kita mampu menerima kekurangan pasangan yg tidak seberapa brbanding kebaikannya, walaupun orangluar asyik mengganggu , then.... semestinya YOU TWO MADE FOR EACH OTHER, insya Allah. bertahanlah dalam ujian, bekerjasamalah, jangan putus asa dalam melayari rumahtangga.




~~~ Pesanan Penting:

Bertunang bukan lesen untuk lelaki berbuat apa saja kepada kita. Buat adik2 puteri, ingat tu! Kita tak perlu patuh cakap tunang, dengar cakap tunang, kecuali kita melayannya seperti rakan-rakan lelaki yg Ajnabi lain sahaja. Meskipun kita sarat dgn rindu dan kasih dan nak menunjukkan kelebihan kita kpd tunang, itu masih belum diperbolehkan sehingga dia sah mnjadi suami kita. Dia pun takde hak control kita. Meskipun ibubapa kita 'open minded', atau 'sporting' mmbiarkan kita keluar dgn si dia di luar, kitalah yg lebih patut mmbantah dan menjaga diri. INGATLAH, masa bertunang itu lebih bahaya dr masa bercinta. Kerana kasih dan rindu kita berlebih-lebihan waktu ini, syahwat pun tinggi.




No comments:

Post a Comment

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers