Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, September 21, 2011

Special.

Salam sejahtera,

Panjang cite ni. sebab tula saya peram dulu. Tekon edit gambar susun ayat semua. :))


Apa ya saya belajar dari Rewang orang Jawa?

1. Bila saya teringat cara saya blend bawang untuk Acar Buah MIL, mmg buat saya kecut perut. hehe.... Masa tu tolong MIL, kopek bawang dan blend bawang besar utk acar buah pengantin. Aiseh, macam mana saya blend? Saya taruk air utk setiap jug setiap kali blend.

`__`

Masa ni kami buat kat rumah. My Mertua sponsor Acar Buah utk ngan dgn nasi beriani.

Kecut perut saya bila dah separuh saya buat, MIL jengok dan bagitau saya, cara yg betul ialah... blend 1 jug bawang, tapis airnya. Guna air bawang yg pertama utk setiap kali blend. Tapis setiap kali. Jadi tidakla bawang kita berair.

`__`

Kira banyak jugalah air bawang tu. MUla2 nak taruk, tapi kami tak larat tunggu bawang blend tu kering, jadi tawakal jer tapis.

Proses acar buat ni, takde gambar. Sebab kamera dah terbang bersama my hubby masa ni.

Bahannya:

1. Buah-buahan jeruk utk acar buah. Berbelas kilo.
2. Bahan jeruk dgn cuka : cili padi dijeruk dgn tangkainya sekali, bawang merah dikopek dulu juga dijeruk.
3. Yg ni lupa nak tulis pagi tadi. Secret recipy : rempah biji disangai, pastu blend kering. Lupa dah apa isinya, tapi rempah biasa yg kita guna la. kalau takde yg ni pun still mnjadi. tapi kalu bubuh, lagi sedap baunya. :)
4. Bahan yg digoreng dahulu dgn minyak, baru kisar : Cili kering , bawang merah, bawang putih.
5. Bahan blend saja: Bawang besar.
6. Gula berpaket-paket.
7. Garam 1 paket.
8. Kawah besar.

Tumis bawang besar dulu sampai kuning dan pecah minyak, baru masuk bahan kisar 4. Lepas-lepas tu baru masuk cili api jeruk (buang air sbb pedasnya turun), bawang merah jeruk (masuk dgn air cukanya, rasanyala ), rempah kisar, gula, dan garam. Akhir sekali masuk buah jeruk yg dibeli tuh. Gaul rata. :)

Takde gambar masa tu, sbb petangnya terus hantar ke rumah pengantin. Tapi ini balance yg saya simpan.


2. Rewang Rumah Pengantin 1

- Mana ada gambar, sbb kamera saya takde. Tapi Mereka kahwin orang sekampung. Masing2 kerja bagus. Kenduri akad nikah malam, Sabtu hantar pengantin dan bersanding. Kenduri pengantin lelaki belah kami hari Ahad.

Kami belah pengantin lelaki. Tapi meriah juga. Bersanding lagi tuh.

Hari Jumaat, hari akad nikah lagi, dah mula masak rewang. Siangnya, Chefnya dah datang.

Kopek bawang, buat inti karipap, kisar kacang utk buat kuah rojak. Chefnya sibuk masak inti kelapa manis, buat inti koci. Juga sangai kelapa parut putih utk inti kuih Lemper. Kopek labu untuk dikukus sebagai Kuih Koci Labu. Lepas masak inti, pakat-pakat kepal inti kelapa tu untuk senang masuk dalam bungkusan koci.

Cuma satu jer yg silap, kami dah potong daun pisang awal-awal. Sedangkan nak layur daun pisang tu spy tak koyak bila bungkus. Jadi berpanasan jugak, bila layur daun pisang. huhu..

Yg lain, ada juga dimasak utk makan malam sedara-mara. Tapi saya tak jengok, sebab kami semua pergi mandi dan bersalin baju kat tmpt lain.

Malamnya sibuk mengetip kuih karipap. Dan seterusnya mghantar pengantin utk akad nikah. My hubby takde masa tu, jadi saya mengekor je My Mertua ke mana-mana. :)

3. Rewang 2

- Masa ni saya datang tengahari dah. My Hubby baru sampai KLIA malam sebelumnya. Dia penat sesangat campur sakit gigi. Sempatla beli hadiah pengantin. Terus ke rumah pengantin sebab nak hantar pengantin bersanding rumah perempuan.

Ni gambar kecik ya.

Saya dan family


 Salah-satu hidangan meja pengantin yang fofular di kenduri orang jawa. Nenas ada udang goreng rambui-ramba. :)

Lepas balik semula dr hantar pengantin, saya tolong-tolong kat dalam jer.
Orang kat luar dah siap masak Rendang Palembang, Sup Soto, Rojak, dan nasi lauk pauk. Kemas itu dan ini. Sampaila malam baru kami balik ke banting semula.


4. Hari Kenduri

- Masa ni datang kelam-kabut. My hubby suruh kemas baju semua. Katanya nak balik terus. Padahal dah berhari-hari saya kepenatan berulang-alik ke rumah kenduri..... rasa nak nangis. Mana sempat nak cekau time tu. Campur baju dia balik OT lagi. Sepupu hubby siap tegur, tak aci kami datang lewat. Saya pula jenis tak sampai hati, sebab kita kenal kan? anggap macam sedara sendiri walaupun sedara my hubby.

Terus ke sana, orang dah datang makan kenduri. Menonong jer saya masuk dapur.

`__`

Chefnya kata, ha... siapkan hidangan pengantin. Pengantin nak datang dah, sejam lagi. Ops... mana pinggan? huhu. Bukan tugas siapkan hidangan pengantin, adalah orang tua-tua yang pakar ke? Alahai...

Tapi kami semua sepakat hidangkan. Selesai. Lega.

Lupa.... Hidangan hari tu Nasi beriani, ayam goreng ketumbar rasanya, Ikan bawal masam manis, sayur goreng, Acar Buah, Dalca dll... lupa dah.



Baju pengantin petang tu, cantik betul. Ala istana melayu. Suka.... mulala berangan nak bersanding lagi. :)

walaupun banyak jurai-jurai tapi tersusun.


" SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALONG DAN ISTERI :) "



Petang tu, kami bersiap balik. Dapat rezeki pula.


Kena sengat benda ni. `__`

Kata kawan My MIL, saya dapat rezeki. sabo je. hehe. Bermanjala jugak seharian dgn my hubby macam orang baru lepas beranak. Hush.. benda tu masuk dalam kain. Tapi kena BITE kat betis dan tangan je. huh.

Sapu minyak angin tak jalan, my MIL bagi air baca selawat syifa' rasanya, hati lega skit.

Gi klinik hari Ahad, cuma klinik doc india yg bukak. Doc bagi ubat tahan sakit, ubat gatal, ubat sapu dan ubat alahan. Cucuk kat punggung da kat bahu.

My hubby siap tanya Doc, cucuk tempat lain tak bole ke? Doc lelaki india.

'__`

Tak kisahla bang, sakit sangat ni. huhu. Pedih, panas, perit, semua rasa. Padahal kecil jer bite tu.

Akhirnya kat rumah saya dapat petua ni kat intenet. Masa mula-mula kena tu baca, Al Fatihah 7 x , al ikhlas 7/3 kali, ludah kat tmpat sakit. masa mula-mula kena. pastu gi klinik la. Tak pun dapatkan air zam zam sapu-sapu. Yg ni My MIL yang buatkan. :-)  My MIL yang tolong buangkan tebuan tu dari kain baju kurung saya. Dah trlucut dah masa tu.

`__`


Bila disengat tebuan : Sumber

Maceh, Mak.... Cayang mak.  Muah utk My hubby juga. Semua tolong saya . :-)

Ini special utk Mak, balance kenduri aritu tu tau.  Saya buatkan Nasi Tomato, makan dengan...


Nasi Tomato Chef Hanieliza

Acar special Mak @ my MIL . Special ni, sebab saya tolong buat sekali. hikhik.... sedap...!

Rendang Daging Palembang yg dah dikeringkan. Asalnya ia basah-basah. Nak bagi tahan lepas kenduri kan? Elok je, rasanya tak berubah sangat. Pandai Cik Ramlah tu buat, kan?

Ini asalnya sambal kering Jawa, yg ada hati, kentang, tempe, tauhu dan sambal ditumis tu. Dibubuh santan. Versi di atas sudah dikeringkan sebab lepas kenduri kan? Elok rasanya. Seminggu lebih dah.

Ini biasala. Menu saya dan hubby. hihi..

Kita makan dgn nasi Tomato ya puan-puan... :))



4 comments:

  1. Kesian, dah penat-penat rewang dapat hadiah pulak.. tak claim dari pengantin ke..dah tau kan, kalau kenduri orang Jawa kena masak berkali-kali.. modal tak usah tanya.. hik hik.

    Ha, jangan lupa follow akak ke 'rumah' baru ni..

    ReplyDelete
  2. yg part 'hadiah' tu x tahan bc..hrp2 dah sembuh sepenuhnya. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Che Mid,
    aha.. hadiah pengantin dah tu. hehe... memang banyak mereka masak kan? 3 hari 3 malam tu. sbb menantu org sekampung, jadi ramai sedara datang.

    ReplyDelete
  4. Salam Del,
    hehe... sedara cakap, lepas kena ggit, macam ada tanda2 nak dapat sesuatu. kalu ada, seronokla saya :)

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers