Alhamdulillah.
Bertemu lagi. Sajer buat nota muka ni lambat sikit sebab nak test line internet. :)
Tadarus? Kami banyak kegiatan luar baru-baru ini... namun Alhamdulillah. Sementara menunggu waktu berbuka di KL, kami berehat di taman tasik titiwangsa.
Terasa nikmatnya, kami berdua membaca al Quran bersama. Saya mengikut juzuk yg hubby baca.
Lompat juzuk da.
^__^
Dulu rasa malu nak membaca al Quran di tempat awam. Tetapi sejak belajar, kita dah rasa mudah nak mengaji kat mana-mana. Lebih2 lagi... bulan Ramadhan yg juga bulan al Quran. Nuzul al Quran, 26hb, Jumaat ni dah. Cuma kena guna tefon la, sebab bukan sepanjang masa ada wuduk. Tingin nak bertadarus dgn Hubby. Tapi belum sempat di rumah... kat tgah jalan pun, jadilah! hehe.
Al Quran notes:
(Klik newtab utk saiz besar.
Source: http://www.quranexplorer.com/ )
سُوۡرَةُ البَقَرَة ٢٠٢-٢٠١
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (201) Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya. (202)
سُوۡرَةُ البَقَرَة ٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (214)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (215)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)
Ramadhan Diary
Cooking :
Rabu
Day 8 - Sahur
Nasi putih, Tomyam ayam + carrot + jagung muda, Telur dadar. itu jer. :)
Day 8 - Iftar (berbuka)
Nasi putih, gulai ikan aya, sotong tumis cili dgn nestum, air jus tembikai.
Khamis
Day 9 - Sahur
Nasi putih, ikan aya recyle dijadikan ikan masak kicap, tomyam ayam, telur dadar.
Day 9 - Iftar (berbuka)
Jumaat
Day 10 - Sahur
Day 10 - Iftar (berbuka)
kurma dan air di dalam kereta, rumah mak Banting
Sabtu
Day 11 - Sahur
Day 11 - Iftar (berbuka)
Menghadiri jemputan Iftar. Menu saya nasi arab, sedikit kambing bakar, beberapa cucuk sate, dessert dan banyak buah-buahan.
Ahad
Day 12 - Sahur
Day 12 - Iftar (berbuka)
Menghadiri jemputan iftar.
Isnin
Day 13 - Sahur
nasi putih, ayam goreng berempah, sup sayur kangkung + udang.
Day 13 - Iftar (berbuka)
Simple, dah tak cukup bahan masak. Nasi putih, ikan bakar, kerabu pegaga, jus epalGa ( epal campur pegaga, ;)
Selasa
Day 14 - Sahur
Selasa
Day 14 - Iftar (berbuka)
Nasi putih, ayam masak kicap, kentang bercili api, buah limau + mangga.
All weekly checklist : Saya semak setiap hari Isnin/Selasa - Klik SINI
Ramadhan Daily Checklist day 14 :
☐ Mesti buat : Basuh dan jemur baju, lipat baju, kemas rak pakaian.
☐ Mesti buat : Cuci sinki dan kemas dapur. Selasa, Khamis, Sabtu hari kutipan sampah - buang sampah awal pagi.
☐ Mesti buat: Exercise Session -
☐ Mesti buat: Siram pokok.
☐ Daily Quick cleaning -
☐ Baca al Quran bersama quranexplorer - target khatam , bookmark di situ. Atau bookmark je.
☐ Tanda fasting tracker (ramadhan calendar) - senang nak ingat berapa hari kita boleh puasa, berapa hari tinggal sebab uzur.
☐ Ramadhan control Journal bersiri- Ikut program ramadhanplanner.wordpress
* Flylady ramadhan- mengurus rumahtangga.
* Siri 3 bulan Ramadhan : http://ramadhanplanner.wordpress.com/2013/07/21/ramadhan-planners-weekly-selections-1434-jul-21-jul-27-2013/
* Siri 2
* Siri 1
☐ Print Ramadhan battle planner - second 10 days, last 10 days.
* Check your ibadah.
* Insya Allah, ia akan organize masa kita. Ada reminder.
☐ Timetable :
* Manage time berdasarkan waktu Solat - cth Fajr (Subuh) baca al quran, Zohor.
* Productive Muslimahs plan their days around their salah. Using this worksheet, your salah gets top priority on your schedule. Productivemuslim recommend working on the daily planner during the previous night, so that you wake up with your schedule in place.
☐ Daily Jannahsteps reminder- Start a family Halaqah. Not yet!
or send your neighbour a gift?
Blogger planner
☐ Draft isu atau info, nama masakan yang kita nak post. Jadi, kita dapat hint apa yang nak ditulis atau dicatat.
* draft : malam - 7am.
* Take your time ;) Selang seli dengan Solat, jemur baju, suami nak pegi kerja...
* Schedule: pagi ramadhan diary, petang sikit recipy, Insya Allah malam naseeha/hadis yang baru dipelajari. (kalau internet laju...huhuh)
To Do :
☐ Start a family Halaqah
☐ Sediakan masakan utk jiran/ ramadhan gift sekali harung. Maybe boleh buat sedikit juadah dan paketkan. Hantar ke semua jiran.
☐ Shopping List
* pasaraya (baking supply for iftar and Eid , gift), add up for each trip, clothes, home improvement etc. )
* Groceries for iftar and suhoor meals, Eid (bakul Eid), bakul Ramadhan.
☐ Ramadhan/Raya budget
* Track your Spending printables for Ramadhan/Raya season. Usual bills juga tulis pada copy no2.
* Isnin - Pay Day for usual bills
* Jumaat/ Sabtu - Pay Day for Ramadhan/Raya session - Utility bills Adenium/ botanic/ season square, CCards.
* Groceries
* Kenduri my bro in law.
* Raya sadaqah for parents.
Nota Kuliah dimasjid al Mukarramah :
Dari ibnu umar r.a, nabi saw. bersabda :
" Jadikanlah solat witir, akhir dari solat malam kalian. " (HR. Imam Bukhari no 998, muslim 1791, ahmad 4710, abu daud 1440, ibnu khuzaimah 1082 dan nasa'i)
Perantara: Syeih Nuruddin al banjari, kitab Bintang yang bersinar.
Sumber Doodle: wanhazel
Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih buat visitor dan teman2 yang masih sudi berkunjung.
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
seronok baca catatan ramadhan indah yang penuh dgn aktiviti ilmiah..semoga berterusan..(^_^)
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeleteSaya buat yg termampu saja, teacher. Planning dulu, buat pelan-pelan.. :)