:-)
Tengah buat apa? Moga dalam kasih dan hidayah Ilahi jua.
Aktiviti?
Aktiviti kami, hanya di hujung minggu. Jika dahulu, sempat jugalah ambil cuti hari biasa. Alhamdulillah, menghadiri kegiatan masyarakat. Ada gotong royong di surau berdekatan. First time kami kat Adenium, sebab last gotong royong masa syaaban tahun lalu, kami tak sempat nak pergi.
Ia lebih kepada sesi masak, makan dan menghias surau. Ada sesi mengecat dan membersih, ada sesi menumbang seekor lembu, prepare, masak dan makan. Segan juga, sebab orang pandang-pandang. Kami pun sampai dah lewat.
Niat Lillah, niat Lillah.... bisik hati. hehe.
Akhirnya saya menyelit memotong daging lembu yang banyak, sambil berdiri. Sebab semua tempat dah penuh. Oklah juga. Sambil tegur-tegur orang senior yg dah lama tinggal kat situ.
Pastu, kami bergerak ke Klang.
Ha, apa lagi.... setiap kali pergi sejam dua awal dari waktu tutupnya pukul 7pm, Hubby bawa saya meronda kat GM Klang. Nga.... Rumah apartment Hubby kat Botanic. Dekat sangatlah!
Teringin juga membeli secara borong, pastu jual kat orang. Tetapi masih tak tahu nak jual apa...
Kelmarin, rembat pashmina wane peach RM15, dan inner neck jenis lycra. ( Jenis cotton sangat ketat) Memang banyak pilihanlah! :D
Jika orang KL, ke jalan TAR, orang Klang, memang ke sinilah untuk membeli borong. Petua nak berjalan di sini, wanita harus tahu nak cari apa. Sebab tak semua kedai yang jual jenis yang kita nak tu. Lepas tahu tak ada, hop kedai lain pula. Banyak... Dah dapat, jangan terus beli, bagitau nak try dulu.
Kadang-kadang, lepas tu kami ke Jusco Bukit Tinggi, beli Takoyaki, my faveret, heheh!
Lepas tu, macam biasa, kami berehat di apartment kami, Palma sampai waktu malam. Biarpun apartment, semua orang kat sini, saya agak tentu senang hati sebab dekat dengan pusat membeli belah. Masuk highway pun senang. Hubby beli apartment tu dari awal ia dibina, memang dia sayang sungguh ( jeles gak ni ;-). Hari tu, bagi sewa kat orang (vendor sebuah kilang kapal), mereka biarkan saja kerosakan alami (maintenance biasa) tanpa bagitau kami. 4 years! Lepas tu, dorang mula cuai membayar sewa hampir setahun. Lepas kami bertegas, dan dorang pindah, kami 'pulun' membaik pulih kerosakan alami yang ada.
Sebab itulah, sejak berpindah ke Adenium bulan Ogos tahun lalu, sekarang ini kami menanggung dua buah rumah. Nak mencantikkan dua buah rumah. Berat juga. Sebab itulah, rumah yang kami diami sekarang masih tidak berkemas sepenuhnya. Segannya, bila fikir ada orang nak menziarah.
Terhibur hati apabila melihat ini. Susah nak berbuah ni!
Barang masih berselerak sebab belum decide nak beli rak dan kabinet manamana. Ruang yang kecil, menyukarkan untuk mengukur ruangan. Harus kena custom cabinet agaknya. Selalu survey ikea, kerana nak beli wall cabinet, jadi semua barang 'taruk' atas. Ruang dapur cuma 9x10 sahaja, tolak table top design L sinki dan cooker, dan fridge.... ha, tinggal 4-5 kaki kat tengah. hehe.... kecil je kan?
Kat ruang tamu kami, lagi la... :D Rumah ini masih perlukan banyak cat yang elok dan kabinet.
Be cool. Don't lose focus.
Kelas hadis
Aktiviti last kelas di surau Muhajirin yang lalu, sempat berjumpa Syeikh Nuruddin. Sentiasa, ada orang yang membawa baby untuk ditahnik. :) Jelesnya saya... Syeikh cakap, kami akan berjumpa lagi 1,2,3 Ramadhan setiap 11 malam untuk belajar kitab Misykat (kitab tafsir hadis). Sentiasa rindu untuk berjumpa Syeikh. Lagipun, surau tu tak jauh dari rumah kami, kan? hehe. Alhamdulillah Hubby berpeluang ke kelas hadis meskipun dia selalu balik kerja waktu maghrib, kepenatan...
Free Ramadhan Planner baru?
- Ada, kat ramadhan planner di side bar atas tu, http://ramadhanplanner.wordpress.com/. Ia sesuai untuk wanita manage masa seperti fly-lady ramadhan, (mengurus keperluan rumahtangga, menyusun jadual ibadah). Ink-friendly.
- http://ramadanbattleplan.com/ultimate-ramadan-planner/
Untuk semua. ada kalendar, ada hadith, ada timetable. Ada bimbingan rohani.
- http://tj-ramadan.tripod.com/a_mothers_ramadan_organizer.htm
komen: Bukan ink-friendly. Banyak guna dakwat. Jadi, pilih dahulu sebelum print. Memang bagus untuk para ibu menyusun aktiviti untuk family sepanjang ramadhan.
Semuanya free dan printables. Saya suka semua ni, meskipun taklah print semua dan guna semuanya. Sekurang-kurangnya, otak saya tak blur dengan pelbagai probs yang ada. Hubby tak faham bagaimana wanita melakukan itu dan ini, bagaimana wanita menguruskan emosi. Jadi, kita sendirilah belajar berenang, dan belajar terbang. Gerakkan tangan, gerakkan kaki, guna kepala. Jangan kita terlalu sibuk keluar rumah membuat itu dan ini, tetapi banyak tertangguh perkara lain lalu kita mengeluh, sebab di dalam rumah lebih stress daripada kita berjalan-jalan di luar. Lakukan sedikit demi sedikit, kita tak mampu jadi perfect melakukan semua perkara dalam satu bulan ramadhan.
Doakan saya mampu melakukannya. Saya doakan teman-teman dan visitor begitu jua.
^___^
Salam sayang
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Terima kasih indah untuk planner tu..insyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya..(^_^)
ReplyDeleteSalam teacher,
ReplyDeleteMay Allah bless us. :))