Allah,
Rasa tak bermaya.
Hubby baru saja siap memasang rak kasut. Juga sakit kepala.
Kadang-kadang kami 'sebau' dalam bab sakit kepala.
Ntah siapa menjaga siapa. Hubby masih larat ke surau, tetapi saya memilih solat di rumah sahaja.
Dah lama saya tidak menyuap Hubby makan. Dulu-dulu masa mula kahwin, kerapkali saya menyuap Hubby jika nampak dia keletihan dan nak tidur. Saya tak mahu perutnya kosong.
Hari ini rasa belas melihat dia. Saya menyuap dia, sambil menyuap diri saya juga. Seronok begitu.
Terasa alpanya saya kebelakangan ini untuk memanjakan buah hati.
Sibuknya kita menghadapi musim raya beberapa hari lagi. Saya rasa ketinggalan sangat.
Sana-sini orang bersiap-siap,
Sana-sini teman2 membuat kuih raya.
Aduh! Berhempap masalah sejak kebelakangan ini.
Rumah sewa di Botanic tiba-tiba perlukan pintu baru sebab saya dan Hubby terpaksa memecahkannya kerana kuncinya rosak.
Saluran air di belakang dapur yang melimpah. Dah makin surut airnya.
Biskut raya yang dipos dgn kasih sayang utk family di Besut, bila sampai dah takde rupa biskut. Hancur berderai.
Saya berasa perlu membuat majlis housewarming/doa selamat. Tetapi mampukah saya buat?
Bilik yang belum berkemas sepenuhnya. Yg baru beli, rak buku ikea.
Stok kerepek perlu dijual semuanya.
Dan banyak perkara berderet yang perlu kami settle.
Saya terima dgn redha. Hubby juga.
Saya harus positifkan hati jika ada rungutan dan komen di sana sini.
Realiti, bukan hanya orang yg ada anak yang sibuk. Orang seperti saya, tidak sibukkah?
ANAK-ANAK BERAYA
Mengenang seorang anak kecil yang cuba bersembahyang di sebelah saya semasa di surau the Curve, membuat saya berhati-hati membaca dan melakukan rukun solat. Dia sangat rapat, seolah-olah mahu mendampingi saya. Saya terbayang-bayang.... saya dengan anak saya nanti, beginikah?
:)
Bila teringat anak-anak seumur 7-10 tahun yang dah kurang rasa hormatnya kepada orang lebih tua, membuat saya jadi buntu. Bagaimana seharusnya saya melayan mereka. Pada seminggu lepas raya tahun lalu , mereka berteriak di pagar rumah kami, untuk beraya (mengutip duit raya).
Tak apalah, saya sudah biasa. Masa kat apartment dulu, anak-anak siap minta duit raya depan pintu rumah. Kemudian round 2-3, suruh kawan dorang pula yang mintakkan.
Adeh. Saya gelak je.
Tahun lepas, kami baru pindah ke rumah baru sehari sebelum hari raya dan masih berkemas-kemas. Tak prepare apa pun.
"Makcik baru pindah ke sini , tak prepare apa pun. Maaf ya. "
Tetapi, ada group lain datang round seterusnya, berteriak lagi, seolah-olah nak lepas geram di depan pintu pagar. Yg besar je berani, yang kecik mengikut... Maka saya suruh Hubby berikan beberapa keping duit raya.
Bila kami melalui mereka di tengah jalan, ada sesetengah mereka yg dah besar sedikit, berani mengejek-ejek kami. Astaghfirullah. Inikah anak-anak di tempat baru kami ni?
Saya lapangkan hati.
Semasa membersihkan surau, saya cuba perhatikan anak-anak di sini. Cuba mengenali watak mereka. Ibubapa sedang sibuk membuat kerja, mereka berguling-guling di ruang solat. Main gomol-gomol dan berlari-lari. Bukan baby tu.... dah umur sekolah. Makan merata-rata di ruang solat, dan ada air tumpah di atas karpet juga. Adeh! Siapalah yg nak melarang. Akhirnya dgn niat Lillah, saya tepuk-tepuk bahu mereka, dan minta jangan bising di ruang solat. Saya berkompromi sebaik mungkin. Nasib baiklah mereka nak dengar.
Ah, anak-anak, jika dilayan kasar, mereka juga akan berkasar dgn kita. Moga suasana anak-anak ini, sentiasa menceriakan kejiranan ini. Ameen.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam Nurindah...
ReplyDeleteseronok membaca luahan hati yang ikhlas dan perkongsian pengalaman yang manis...
Semoga terus sejahtera.
Insya Allah kak azie,
ReplyDelete:) Moga terus ceria hendaknya menjelang raya ini.